Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1535
View
1
Reply

[Tempatan] Jalan Qinzhou, di Gebeng sudah lama dipasang MPK

[Copy link]

Author: kampring       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-2-2018 11:22 AM | Show all posts |Read mode




KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sudah menaikkan papan tanda bagi nama Jalan Qinzhou, di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP)Gebeng di sini sejak setahun lalu.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, malah nama bandar Kuantan akan turut tercatat disebuah jalan di Qinzhou, China selepas persetujuan bersama diadakan bagi program Bandaraya Persahabatan antara MPK dan Datuk Bandar Qinzhou, dua tahun lalu.

Menurutnya, papan tanda tersebut akan dinaikkan selepas kunjungan rasmi pihak MPK ke Qinzhou, China dan ia juga salah satu cara untuk menarik lebih ramai pelabur dari China, sekaligus mempromosikan Kuantan sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia.

Persetujuan ini dicapai  kedua-dua pihak menerusi kerjasama Program Bandaraya Persahabatan.

Pada ketika itu, Datuk Zulkifli Yaacob adalah Yang Dipertua MPK.

"Saya difahamkan mereka setuju menamakan satu jalan sebagai Kuantan Street di bandar itu (Qinzhou, China) dan kita juga akan melakukan perkara sama sebagai tanda persahabatan, katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Semalam, sekeping gambar papan tanda nama Jalan Qinzhou dimuat naik oleh pemilik akaun dan tular di laman sosial Facebook.

Menyentuh mengenai perkara itu, Izad berkata, papan tanda nama jalan itu bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah lama dinaikan di MCKIP semasa kunjungan rasmi dari Qinzhou, China.
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-2-2018 11:40 AM | Show all posts
malon dah dijajah cine ye @pyropura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list