Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
779
View
18
Reply

[Tempatan] Paternity Leave. Cukup la tiga hari. Tak perlu sampai tujuh hari

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-11-2019 01:20 PM | Show all posts |Read mode
MEF hanya setuju tiga hari cuti bersalin - Shamsuddin Bardan
November 14, 2019 10:17 MYT

SHAH ALAM: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) hanya bersetuju pemberian cuti bersalin (paternity leave) selama tiga hari berturut-turut kepada suami yang bekerja di sektor swasta bukannya tujuh hari seperti yang dicadangkan kerajaan.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, perkara itu telah dibincangkan pada mesyuarat terbaru bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan pihak kerajaan pada Isnin lalu.
Menurutnya, persetujuan cuti tiga hari itu juga adalah atas prinsip kos pembiayaan cuti pekerja terlibat tidak ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

Sebenarnya cadangannya telah disemak semula kepada tiga hari sahaja. MEF mencadangkan bahawa kita boleh terima tiga hari tetapi kos pembiayaan suami bercuti kerana isteri bersalin itu hendaklah dibiayai bersama dan bukan oleh majikan sahaja.
Jadi dari segi pembiayaan, kita cadangkan agar pihak majikan, pihak pekerja dan juga pihak kerajaan membuat satu dana untuk membayar imbuhan kepada suami-suami yang terlibat, katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Shamsuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran mengenai cadangan penetapan tujuh hari cuti bersalin bagi suami yang bekerja di sektor swasta akan dibentang kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pihaknya bimbang sekiranya semua kos-kos tersebut dibebankan kepada majikan dan tidak mengikut langkah yang dilaksanakan di negara-negara maju.

Di negara-negara ASEAN sebagai contoh, banyak dana sosial digunakan untuk mengambil kira isu-isu yang sedemikian. Jadi, kerajaan boleh nyatakan bahawa bayaran berkenaan tidak dibuat oleh majikan tetapi dibuat oleh badan-badan berkaitan seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tetapi oleh kerana kerajaan tidak memberikan sebarang peruntukan atau tidak memberikan sebarang geran kepada badan ini, bergantung kepada badan mana yang akan membayar kos berkenaan.

Jadi kerajaan harus menyediakan geran kepada badan berkenaan dengan peruntukan sebanyak 30 peratus daripada jumlah bayaran sebenar, katanya.

Shamsuddin berkata, produktiviti dengan tempoh cuti yang dicadangkan sudah tentu memberi impak namun pihaknya akur dengan keperluan tersebut.

Di Malaysia, kelahiran setiap tahun kira-kira setengah juta bayi dan daripada jumlah itu, jika kita katakan pekerja wanita kira-kira 55 peratus, jadi ada 270,000 pekerja wanita yang akan bersalin di sektor swasta.

"Suaminya akan ada 270,000, kali dengan tiga hari. Impak kehilangan waktu bekerja amat besar, katanya.

Shamsuddin menjelaskan, pelaksanaan cadangan tersebut akan dilakukan secara mandatori menerusi pindaan terhadap Akta Pekerja 1955.

Secara dasar kita ingin menetapkan pemberian cuti ini dihadkan kepada lima orang anak sahaja walaupun seseorang pekerja itu mempunyai lebih daripada satu isteri, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana cukup. Cuba contohi negara jiran. Paternity leave pun sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 01:58 PM | Show all posts
Alah kaum bapak ni dapat paternity leave lama2 pun bkn membantu sgt pun...silap2 bini tersadai berpantang urus baby & anak2 dia sedap2 pegi memancing, takpun dating
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols rasa gomen je la tanggung semua cost tersebut.. dah depa yg bg cadangan kan?

Sama mcm extended maternity leave la.. sebulan extra tu gomen bayar.. kompom la bos2 setuju... win-win maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 09:22 AM | Show all posts
cepatla buat keputusan
awal tahun depan nk keluar sorg lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 09:24 AM | Show all posts
cilaka punya MEF, dok pikir untung syarikat aje...kebajikan pekerja di abai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:30 AM | Show all posts
7 hari tu pon bkn 7 hari bekerja..termasuk sabtu ahad dan kalau jatuh PH, termasuk PH tu skali..biarlah,ade je bapak2 yg mmg helpful utk bantu bini urus anak..time tu gak nak register sijil lahir..ko dengki kenapa..mementang anak ko mampu antar confinement centre yg memahal..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:34 AM | Show all posts
hatikudus replied at 14-11-2019 01:58 PM
Alah kaum bapak ni dapat paternity leave lama2 pun bkn membantu sgt pun...silap2 bini tersadai berpa ...

sister wanita ke ponen? kalau wanita amat jelek iya cara reply seolah2 sis tak mahu laki bantu pergi register anak, uruskan post natal check up anak etc. bukan semua mothers yang boleh buat seorang diri without helps from husband. ke sister meneran anak pun belom lagi?
kalau ponen no comment iya
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih. At least bg la 5hari. 3 hari tu xkuat lg. Yg xsetuju tu mesti jenis jantan malas nk tlg bini time pantang
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:39 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 14-11-2019 02:04 PM
Meols rasa gomen je la tanggung semua cost tersebut.. dah depa yg bg cadangan kan?

Sama mcm exten ...

bayaran extra 4 hari cuti tu compensate dlm tax deduction company salah satu cara..
community pun perlu lah supportive utk perkembangan keluarga... kalau government sahaja duk pikul burden semua perkara penat lah
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:40 AM | Show all posts
anony-mous replied at 15-11-2019 11:36 AM
Sedih. At least bg la 5hari. 3 hari tu xkuat lg. Yg xsetuju tu mesti jenis jantan malas nk tlg bini  ...

jejans kerja kuli batak mostly setuju jah... yang menentang level2 boss yang nampak keuntungan syarikat semata mata
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
3 hari tu bukan discaj lagi pun.. Mana yang baby ada problem lagi laa kesian.. Memang tak patut 3 hari..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:01 PM | Show all posts
7 hari tu ok la...

penat kot bapak terkejar-kejar mana nak urus bini kat hospital, anak-anak lain lagi. tu belum nak berkejar ke pejabat pendaftaran daftar kelahiran. belum lagi kalau wife ada komplikasi, anak kena tahan. at least kalau kelahiran secara cser, anak pun sihat takde apa-apa , tak kuning , takde jangkitan .. hari ke 4-5 dah boleh keluar, boleh bapak bertenang sikit, tolong settle kat rumah lagi..

kalau kena tahan, dah 1 hal nak berulang hospital setiap hari nak bekalkan susu ibu kat anak. anta anak2 lain ke sekolah ...hoiiii penat!!!!

nak hantar bini & anak2 berpantang kat kampung lagi.. tu kalau hantar la..



Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut iols,iols harap paternity leave utk 2 minggu baru cukup. Pengalaman iols cuti paternity sekarang ni memang sgt singkat. Bini tu baru lepas meneran/ operate kdg2 anak kena buat check up sebab kuning. Badan bini pun tak kuat lagi nak uruskan baby,hormon pun tengah haywire. Bukan semua org mampu nak amik confinement lady. At least kalau ada suami support legalah sikit nak berehat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 15-11-2019 03:36 AM
Sedih. At least bg la 5hari. 3 hari tu xkuat lg. Yg xsetuju tu mesti jenis jantan malas nk tlg bini  ...

Kalau laki iols malas nak tolong bini masa berpantang iols cekik dia. Lepas tu iols salahkan hormon & meroyan. Haha. 3 hari badan pun lemah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:40 PM | Show all posts
missDollie replied at 15-11-2019 11:44 AM
3 hari tu bukan discaj lagi pun.. Mana yang baby ada problem lagi laa kesian.. Memang tak patut 3 ha ...

pekerja kjaan mmg dah buat 7 hari
tp ada yg 7 hari pun tak keluar wad lg, mcm aku dulu
belum keluar wad pun husband dah start kerja
dahla pantang sendiri2 saja dgn harapan suami dpt jaga smggu kat rmh, nan hado jadinya

patut kena bg cuti kira dr hari keluar wad kot, ke mcmana ni

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 01:05 PM | Show all posts
lelaki malaysia ni rajin ke jaga anak bini masa pantang? bukan biasa humban terus bg mentua jaga ke? Dah cukup 40 hari terus g kutip tak tahan nk byr bil air.

ini nk bg 7 hari? jawabnye dia buat modal menyundal je la. Bertambah la kisah kat KRT tu nnt
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 15-11-2019 12:29 PM
Kalau ikut iols,iols harap paternity leave utk 2 minggu baru cukup. Pengalaman iols cuti paternity s ...

Setuju,2minggu pertama sgt kritikal iols sendiri igtkan lepas discaj bersalin ank no2 dulu takde apa masalah dah sapa sangka hari ke 5 baby kena masuk  nicu plak  sbb suhu badan tinggi.
Org yg duk bawah tiak pemili mungkin xde masalah sgt tak kisah xdpt cuti mcm iols yg yatim piatu ni suami jela yg diharapkn tuk jaga anak yg besar, utk urus itu ini.
Semua pun kami buat sendiri,nk tambah ank lg pun jenuh mikir cemana nnt nk uruskn itu ini bila masuk wad nk beranak bagai nnt.Nak susahkn adik badik depa pun duk jauh dan ade masalah sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 15-11-2019 07:09 AM
Setuju,2minggu pertama sgt kritikal iols sendiri igtkan lepas discaj bersalin ank no2 dulu takde a ...

Betul tu,kalau anak yatim piatu kesian sapa nak tolong dia recover & handle baby. Itulah peranan suami. Anak dia juga. Iols dulu paksa aje laki iols amik cuti lebih. Sakitnya badan nak uruskan diri sendiri & jaga baby pun sendiri. Iols lepas czer,nak bangun pun sakit rasa kena tekan abdomen tu. Sapa2 yg baru melahirkan memang perlukan sokongan yg bagus. Iols respect sapa2 yg boleh berpantang sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.082501s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list