Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3148
View
98
Reply

[Tempatan] B40, M40 perlu dikelaskan semula

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-5-2020 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 22-5-2020 12:27 AM

B40, M40 perlu dikelaskan semula

https://www.malaysiakini.com/news/526815

Farhan Kamarulzaman

Diterbitkan 21 May 2020, 8:44 pm
Dikemaskini 21 May 2020, 8:44 pm



ULASAN | Untuk meneruskan perjalanan misi survive-to-restart atau Memulakan semula demi kelangsungan hidup, pengelasan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia perlu dinilai semula kerana pengelasan semasa tidak lagi sesuai untuk mempromosikan kesejahteraan ekonomi golongan berpendapatan rendah.

Pengelasan semasa amat mengelirukan untuk menjelaskan polisi yang disasarkan oleh kerajaan, termasuk membenarkan kajian dan perbandingan beberapa data konkrit mengenai kedudukan ekonomi antara kelas pendapatan.

Ini akan membantu kerajaan dalam beberapa polisi yang disasarkan sepenuhnya terhadap B40, meminimumkan jurang perbezaan antara M40 dan menangani masalah ketidaksamaan pendapatan yang semakin meningkat.


Dari segi pendapatan, isi rumah B40 haruslah dikategorikan kepada beberapa subkumpulan pendapatan yang lebih terperinci kerana setiap sub-kumpulan mungkin berbeza dari segi keperluan dan melibatkan strategi campur tangan yang khusus.

Sebagai contoh, B40 harus dibahagikan kepada tiga subkumpulan iaitu isi rumah B40 yang berpendapatan rendah sebanyak RM900 atau kurang daripadanya; isi rumah B40 yang berpendapatan sederhana antara RM901 hingga RM1,500 dan isi rumah B40 yang berpendapatan tinggi antara RM1,501 hingga RM3,000.

Pada masa ini, isi rumah B40 adalah yang berpendapatan di bawah RM4,346.

Manakala M40 pula boleh dibahagikan kepada isi rumah M40 yang berpendapatan rendah antara RM3,001 hingga RM6,999 dan isi rumah M40 yang berpendapatan tinggi antara RM7,000 hingga RM9,999.

Pendapatan semasa M40 adalah isi rumah dengan tahap pendapatan antara RM4,361 hingga RM9,619.

Dengan pengelasan semula M40 rendah dan tinggi, sebahagian isi rumah M40 semasa akan berada di bawah kumpulan B40 bagi menikmati bantuan yang seharusnya diperlukan.

Itulah sebabnya kajian mengenai pengelasan semula yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) akan meningkatkan pendekatan yang dilakukan sebelum ini, yang ditujukan sepenuhnya kepada B40 mengikut kesesuaian konsep pendapatan, penggunaan isi rumah, ukuran dan komposisi isi rumah, dan kepelbagaian geografi.

Bukan itu sahaja, kerajaan harus menentukan dan memutuskan skala pengagihan pendapatan yang sesuai di dalam negeri atau bahkan di peringkat nasional.


Kaya bertambah kaya, miskin terus ketinggalan

Pengelasan semula pendapatan isi rumah ini diperlukan untuk mengimbangi ukuran dan komposisi isi rumah yang berbeza serta untuk mengimbangi skala ekonomi yang dihasilkan daripada anggota seisi rumah untuk mengumpulkan pendapatan mereka dan berkongsi sumber yang ada.

Hal ini kerana jika pengelasan pendapatan isi rumah semasa masih diteruskan, maka pengagihan pendapatan dan aset yang tidak sekata akan menjadikan orang kaya bertambah kaya, manakala orang miskin akan terus ketinggalan.

Mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung, sekarang merupakan masa yang sesuai bagi Malaysia untuk melakukan pengelasan semula dengan pengelasan yang lebih terperinci kerana pengelasan sedia ada menimbulkan masalah ketidaksamaan dari segi pembahagian kepada kumpulan sasar.

Penekanan untuk memenuhi keperluan rakyat ternyata seringkali wujud untuk golongan B40 yang dikenali sebagai golongan miskin, tetapi secara umum dapat dilihat bahawa ia sama sekali tidak berjaya.

Ini kerana pergelutan berterusan golongan B40 untuk menghadapi kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan kos asas seperti rumah, pakaian, makanan, dan pengangkutan awam dengan pendapatan yang rendah.

Berdasarkan tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, 56 peratus perbelanjaan bulanan untuk golongan B40 adalah untuk makanan, pakaian dan perumahan dan purata pendapatan bulanan mereka adalah sekitar RM2,848.

Ia sukar untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-sebelas (RMK-11) bagi meningkatkan purata pendapatan bulanan B40 menjadi RM5,270 dengan melihat kadar purata pendapatan bulanan pada tahun 2016.

Hal ini juga disokong oleh penyelidik di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr Carmelo Ferlito. Beliau mengatakan bahawa ia sukar untuk mengetahui sebab-sebab mengapa "miskin bandar adalah miskin" dan kumpulan B40 tidak seharusnya dilihat sama untuk semua keadaan.

Dengan munculnya wabak koronavirus ini, kesannya akan menjadi jauh lebih besar, bukan hanya pada pendapatan isi rumah tetapi juga pada ekonomi negara secara keseluruhan kerana wabak ini akan memberi kesan yang tidak seimbang kepada syarikat-syarikat kecil dan kumpulan yang mudah terjejas seperti individu berpendapatan rendah.

Pada masa yang sama, kadar pengangguran mungkin akan meningkat kerana penutupan perniagaan dan ramai orang akan terjejas teruk semasa atau bahkan setelah PKP serta kuasa membeli akan berkurangan dan berpotensi menghambat pembangunan ekonomi.

Pakej rangsangan ekonomi merupakan langkah positif dengan memberi wang tunai secara terus kepada rakyat, namun perubahan juga haruslah dilakukan sepenuhnya setelah pertempuran melawan wabak ini berakhir untuk mendorong peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan ekonomi rumah tangga.


Setelah PKP ditamatkan

Perkara yang lebih penting adalah setelah PKP ditamatkan, langkah-langkah yang sesuai harus segera diambil untuk membantu para peniaga dan individu bangkit kembali serta menumpukan perhatian untuk memacu ekonomi negara secara berperingkat, seperti yang dilakukan semasa PKP Bersyarat ini.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa konsep di sebalik pengelasan pendapatan semasa telah memberikan sumbangan yang besar untuk mengurangkan masalah kemiskinan iaitu dari 50 peratus pada tahun 1970 menjadi 0.4 peratus pada tahun 2016, namun ketidaksamaan pendapatan dan kesulitan rumah tangga disebabkan oleh pendapatan yang rendah adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan untuk pasca-PKP.

PKP akan mempengaruhi statistik pendapatan secara agregat termasuk langkah-langkah pengagihan semasa fasa kelangsungan hidup dan Malaysia harus bersedia untuk menghadapi kenyataan ini.

Kerajaan juga harus siap sedia untuk pasca-PKP bersama dengan pembaharuan pengelasan isi rumah untuk melindungi kehidupan rakyat.

Tetapi M40 tidak boleh dilupakan kerana mereka juga berjuang untuk mempertahankan pekerjaan mereka dan mempertahankan gaya hidup yang baik, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar dengan kenaikan kos sara hidup.

Pelbagai inisiatif harus disusun untuk meningkatkan taraf hidup mereka seperti pencapaian pendidikan, pengembangan kemahiran keusahawanan, termasuk akses kemudahan asas dan perumahan mampu milik.

Akhir sekali, terdapat harapan yang besar supaya kerajaan dapat menggunakan kejadian yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk mengatasi ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan dan kekayaan serta menyamakan peluang untuk membawa kesejahteraan dalam kehidupan rakyat.

FARHAN KAMARULZAMAN merupakan Pembantu Penyelidik di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-5-2020 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
T20 gaji 10k ke atas ke?

Manakala M40 pula boleh dibahagikan kepada isi rumah M40 yang berpendapatan rendah antara RM3,001 hingga RM6,999 dan isi rumah M40 yang berpendapatan tinggi antara RM7,000 hingga RM9,999.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:20 AM | Show all posts
kenapa saya tak dapat bantuan...selain B40 & M40 ada lagi ya kelas lain???
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:27 AM | Show all posts
kena amik kira tanggungan isi rumah tu jugak.. laki bini umur 40an.. dah keje 15 tahun.. dah masuk level T20.. tapi anak 5.. mewah lagi budak2 b40 baru kawin takde anak
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 22-5-2020 09:30 AM
Tinot7 replied at 22-5-2020 09:13 AM
T20 gaji 10k ke atas ke?

Manakala M40 pula boleh dibahagikan kepada isi rumah M40 yang berpendapa ...


Kalau ikutkan RM 10k tu average utk T20 tapi dah tentu2 pendapatan isi rumah RM10k tu tak termasuk dalam pengiraan top 20% income sbb dalam top 20% tu ada yg puluh2 dan ratus2 ribu income/month. So bila ikut purata top 20% income tu jadi ler RM 10k. Itu mengikut yg iols faham ler. Kalau salah, harap ada tolong betulkan.

Bayangkan RM10k pendapatan isi rumah tu, duduk pulak kat KL dgn kos yg tinggi, boleh hidup sederhana je
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan ada golongan xlayak dpt bantuan pun boleh dpt gak masa bpn 1...penilaian xtelus.. Ada politikus boleh dpt bantuan B40 plk. Gile ke hape...sbb tu golongan M40 pun ada yg xpuas hati... Patut bg keutamaan yg bwh2 dulu....mmg patut ada pengkelasan semula sbb ada golongan M40 rendah x dpt sedangkan ada golongan T20 boleh dpt.. iols wonder ngan cara kiraan lhdn ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 22-5-2020 09:28 AM
Sedangkan ada golongan xlayak dpt bantuan pun boleh dpt gak masa bpn 1...penilaian xtelus.. Ada poli ...

LHDN bergantung kpd kiraan cukai, kan? Yg tak declare umpama tak de sumber pendapatan kott?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 22-5-2020 09:28 AM
Kalau ikutkan RM 10k tu average utk T20 tapi dah tentu2 pendapatan isi rumah RM10k tu tak termas ...

Kalau average, maknanya ada yg dpt kurang drp 10k. Maksud iols, 2 org 5K, 2 org 15k. Average 10k.
Takleh guna kiraan mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 22-5-2020 09:20 AM
kenapa saya tak dapat bantuan...selain B40 & M40 ada lagi ya kelas lain???

Hang b40 ke m40?
Ada T20 utk cukupkan 100% masyarakat.
B=bottom, M=mid, T=Top
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:49 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-5-2020 09:36 AM
Hang b40 ke m40?
Ada T20 utk cukupkan 100% masyarakat.
B=bottom, M=mid, T=Top

bukan B40, M40...

T20 ini pendapatan berapa pula?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 22-5-2020 09:49 AM
bukan B40, M40...

T20 ini pendapatan berapa pula?

Cer baca artikel atas tu.
Tu yg iols tertanya, 10k ke atas tu kira T20 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:57 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-5-2020 09:53 AM
Cer baca artikel atas tu.
Tu yg iols tertanya, 10k ke atas tu kira T20 ke?

patutnya T20 >50K keatas
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 22-5-2020 09:57 AM
patutnya T20 >50K keatas

Hihihi.. iols rase mcm nak setuju dgn kenyataan ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:01 AM | Show all posts
Akak lihat ramai yang T20  yang pendapatannya jika dikurangkan 4 ringgit akan tergolong dalam M40, tetapi mereka merasa sebaris dengan Bincent Tan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
hang top ke bottom?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:02 AM | Show all posts
talapia replied at 22-5-2020 09:27 AM
kena amik kira tanggungan isi rumah tu jugak.. laki bini umur 40an.. dah keje 15 tahun.. dah masuk l ...

Beranak 5 itu pilihannya. Jika dia tahu susah mengapa sehingga 5 anaknya
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:04 AM | Show all posts
sepatutnya buat nisbah...jumlah pendapatan isi rumah dgn bilangan isi rumah...klu pendapatan rm2k ada bil isi rumah 10 org...terus jd fakir miskin...kang ada pulak yg ckp knp beranak ramai2....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:16 AM | Show all posts
Ada makcik cleaner office abam keje ni


Gaji rm1,400 + extra tugasan buat kopi untuk bos


Anak 2 orang, suami kerja kontrak buat rumah dan ubahsuai rumah


Suami tiada EPF dan SOCSO, tak declare pendapatan, tapi bulan bulan poket memang lebat


Isi BSH dan BPN , suami tidak bekerja, kategori B40, dapat bantuan rm1,600


Tiap hari suami datang jemput balik naik Navara


Kalah abam yang bawak Alza aje ni . hem ...


Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-5-2020 09:31 AM
LHDN bergantung kpd kiraan cukai, kan? Yg tak declare umpama tak de sumber pendapatan kott?

Takkan ahli2 politik tu xdeclare cukai kot? Peliknya..
Ada yg dah viral diorg dpt bpn then ada yg pulangkan balik...mmg diorg terlebih layak
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 22-5-2020 10:24 AM
Takkan ahli2 politik tu xdeclare cukai kot? Peliknya..
Ada yg dah viral diorg dpt bpn then ada yg ...

Iols tak tau la siapa yg tak declare cukai. Tapi iols yakin mmg ada je yg tak declare. Kita yg buka sendiri akaun LHDN, kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list