Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
2732
View
92
Reply

[Tempatan] Penangan COVID-19. Pasaran hartanah memang tengah jatuh tapi tak sampai tertiarap!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-5-2020 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Pasaran hartanah jatuh, tetapi tidak tumbang, kata pakar
May 28, 2020 9:35 AM


PETALING JAYA: Pasaran hartanah mungkin berada dalam keadaan sukar, tetapi seorang pakar industri menjangka ia akan melonjak semula sebaik sahaja vaksin Covid-19 ditemui.

Ini umumnya adalah susulan permintaan yang terpendam, ketua pegawai eksekutif Rahim & Co International Siva Shanker, dan juga bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia.

Pasaran hartanah seperti satu roda besar, katanya.

Apabila ia perlahan, sukar untuk memutarnya semula. Tetapi apabila ia mula bergerak, ia akan berputar sendiri.

Malah pada waktu ini katanya, individu yang mempunyai wang tunai terus mencari belian terbaik dan akan sentiasa ada pemilik yang mahu menjual hartanah mereka.

Ejen seperti kami akan berusaha memudah cara pertemuan kuasa pasaran ini, dan setiap jual-beli yang berlaku akan berperanan sebagai pemacu pusingan jualan seterusnya. Begitulan inti pati kitaran hartanah.

Bagaimanapun Siva berkata, tidak terdapat data yang dapat membantu mengukur tahap kesan wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) ke atas sektor itu.

Bercakap berhubung laporan FMT sebelum ini mengenai bilangan hotel yang ditawarkan untuk dijual, beliau berkata, sesetengah hotel memang berada dalam keadaan kewangan yang buruk hatta sebelum bermulanya wabak Covid-19. Virus itu hanya memburukkan lagi keadaan, katanya.

Kita perlu ingat bahawa pada 2018 dan 2019, pasaran hartanah lebih baik berbanding tahun sebelumnya dan kita juga lihat berlakunya pertumbuhan untuk keli pertama sejak beberapa tahun lepas, katanya.

Jual-beli pasti menurun. Ke takat mana, kita tidak tahu. Tetapi saya percaya ekonomi Malaysia mampu melepasi semua ini. Industri hartanah akan menyusul selepas itu, walaupun pada kadar lebih perlahan kerana hartanah adalah industri besar.

Namun begitu katanya, ia akan berkembang lebih cepat sebaik sahaja vaksin Covid-19 ditemui.

Beliau berkata, pertumbuhan industri hartanah dijangka berpunca dari syarikat pelaburan amanah hartanah (Reit) kerana ia merupakan wahana pelaburan hartanah yang stabil.

Melalui Reit anda tidak akan mendapat pulangan besar dalam jangka pendek, tetapi ia juga bermakna kurangnya spekulasi dan luar jangkaan. Pertumbuhan jenis ini baik untuk industri dan orang lain juga.

Beliau menggesa Bank Negara (BNM) supaya melihat kemungkinan melanjutkan tempoh moratorium 6 bulan ke atas pinjaman kepada 6 bulan lagi bagi memberi cukup masa kepada syarikat dan individu yang berdepan masalah untuk pulih.

Kita juga perlu meneruskan kempen pemilikan rumah supaya orang ramai tahu bahawa dalam tempoh 18 akan datang terdapat insentif untuk membeli hartanah, katanya.

Ketua pegawai operasi Henry Butcher, Tang Chee Meng berkata, sektor hartanah perniagaan dan pejabat sangat terkesan oleh kemerosotan dalam sektor runcit dan pelancongan serta lebihan penawaran ruang pejabat.

Beliau berkata, siapnya beberapa pembangunan ruang pejabat yang besar seperti Merdeka PNB 118, akan memberi tekanan ke atas kadar penghunian dan sewa.

Ia akan mengambil masa sebelum keadaan pulih seperti biasa, katanya kepada FMT dengan menambah bahawa pemilik pusat membeli belah dan bangunan pejabat harus mencari jalan untuk mengekalkan penyewa sedia ada dan menarik penyewa baru.

Kerajaan perlu mengambil langkah untuk merangsang ekonomi kerana ia adalah satu-satunya cara bagi meningkatkan permintaan terhadap ruang pejabat dan juga perbelanjaan pengguna.

Beliau mengesyorkan supaya Putrajaya memperkenalkan insentif bagi menarik syarikat antarabangsa membuka pejabat wilayah di negara ini bagi membantu merangsang permintaan ruang pejabat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 28-5-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sesaja jenjalan kat iproperty
tgk rege rumah subsale takde pun turun merudum
mmg owner sume taknak turunkan rege
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo utk new units lak, developers kene le buat mcm2 promo
now aku tgk byk developers bagi diskaun 10% utk new launch unit (blom deduct lg 7% for bumi)
sime darby utk new launching elmina mmg bg 10% utk early booking
kalo mahsing lak (depend pd projects) depa bagi bezza sebijik free (padahal sah2 dh masukkn dlm rege rumah)
kalo IJM (depend gak pd which project) siap kasi 10 electrical appliances free (padahal aku rs baik beli sendiri je)
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:16 PM | Show all posts
setakat ni memang takde kesan besar kepada owner hartanah

ekonomi merundum maksudnya makin kurang kuasa beli rumah = makin ramai penyewa

makin untung la landlord rumah sebab sentiasa ada permintaan untuk menyewa

yang rugi besar ialah owner yang jadikan rumah dorang sebagai homestay/airbnb
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:18 PM | Show all posts
sejak RPGT diperkenalkan, dah makin kurang scalper dalam bidang hartanah ni

kebanyakkan yang beli rumah ni sama ada untuk tinggal sendiri atau untuk disewakan

yang beli, peram hingga harga naik untuk jual tu dah makin kurang dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi Kenapa Bila nak jual property je market value semua jatuh teruk?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 28-5-2020 01:18 PM
sejak RPGT diperkenalkan, dah makin kurang scalper dalam bidang hartanah ni

kebanyakkan yang beli ...

Iols pun jangka tidak la jatuh terduduk macam tu..semua bergantung unemployment rate..sme walau susah tapi masih yang ramai bertahan lagi..cuma hari tu masa sme semua merempan pasal tiada bantuan ekonomi siap ugut nak buang pekerja ramai2..tepuk dahi iols..bangkem pun majikan yang baik.kan??
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 28-5-2020 01:16 PM
setakat ni memang takde kesan besar kepada owner hartanah

ekonomi merundum maksudnya makin kurang ...

Rumah dalam range mampu milik masih ada demand..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok harga rumah kat jitra dah turun 50k berbanding sebelum PKP..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 28-5-2020 02:00 PM
Aku tengok harga rumah kat jitra dah turun 50k berbanding sebelum PKP..

maybe luar klang valley mmg jatuh kut
byk tu smpi 50k
kat klang valley ni aku tgk mcm x bergerak je rege
stagnant sebegitu jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 28-5-2020 01:18 PM
22 bln ph jd kerajaan..hrga rumah x turun2

janji bulan bintang dari Pakatan Hancing.  apartment baru di KL masih 300k ke atas. jauh luar KL baru la dpt 200k.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-5-2020 02:39 PM
maybe luar klang valley mmg jatuh kut
byk tu smpi 50k
kat klang valley ni aku tgk mcm x bergerak ...

Dok check kawasan dekat2 rumah arwah tok aku.. Harga dah makin turun.. Cuma kawasan dekat hospital sultanah bahiyah saja harga masih sama
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cable replied at 28-5-2020 02:48 PM
mgkin dap leh wat janji rumah turun harga lak kot pru15 dngn kmunculan rafizi smule..tp riz ade ke ...

rafizi pernah buat formula kereta honda civic murah rm64,000 sahaja utk umpan pengundi muda.  2 tahun anak muda kena kencing.  mungkin utk pru15 ni rafizi boleh keluarkan formula rumah murah PH dgn slogan manifesto bukan kitab suci
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-5-2020 02:39 PM
maybe luar klang valley mmg jatuh kut
byk tu smpi 50k
kat klang valley ni aku tgk mcm x bergerak ...

Kalo klang Valley pun lingkup apatah lagi kawasan lain ..kan situ core kawasan ekonomi dalam Malaysia, paling banyak pekerjaan-->permintaan
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-5-2020 03:20 PM | Show all posts
meh aku kasi tips
memang la tgk iklan harga tak turun
call agents tu
ckp kita nak harga lebih rendah
kita sendiri la letak harga
kalau agents tahu kerjaya kita tak terjejas dari segi potong gaji
dan kita tak ada byk komitmen
dan kalau agents tu tahu, ekonomi memang ambil masa nk pulih
so hartanah susah sikit nak jual dlm masa terdekat
dan kita pulak setiap 3-4 hari kita msg dia
kita stik dgn harga kita nak
percaya la agent akan tunduk dgn harga kita
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 03:39 PM | Show all posts
wana89 replied at 28-5-2020 01:38 PM
Iols pun jangka tidak la jatuh terduduk macam tu..semua bergantung unemployment rate..sme walau su ...

hai wana

masih main pokemon?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga hartanah akan jatuh di luar kawasan economy dan industry .. Di kl jb Penang .. Bandar negeri akan maintain harga ... Kawasan economy Dan industry in few years harga property akan naik  sebab demand .. Recession tumpuan orang ke bandar .. Until yang cari rumah for retire mwnt boleh mula recce ..kalau I akan tunggu 6 months to 1 years recession untuk bargain
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 28-5-2020 01:16 PM
setakat ni memang takde kesan besar kepada owner hartanah

ekonomi merundum maksudnya makin kurang ...

Skang ni almost mustahil nak jumpa rumah yang rental income mampu cover monthly installment + maintenace fee JMB + repair cost + cukai2 + untung secuit... mostly bleeding je residential lroperties yang di buat sewa
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-5-2020 02:39 PM
maybe luar klang valley mmg jatuh kut
byk tu smpi 50k
kat klang valley ni aku tgk mcm x bergerak ...

Kalo u tengok trend SPA price kat website brikz.my mmg bersepah property jatuh actual transactions
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 28-5-2020 03:47 PM
Harga hartanah akan jatuh di luar kawasan economy dan industry .. Di kl jb Penang .. Bandar negeri a ...

Yes.. kita baru start masuk fasa recession.. property overhang ni pulak dah lama... pasni sapa ada cash buleh shopping la rumah murah tergolek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list