Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2701
View
50
Reply

[Tempatan] Pihak berkuasa asyik ambush, PATI dah cari 'port' baru. Angka tak rasmi 5 juta PATI

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-5-2020 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Pati hijrah ke 'port' baharu


SELEPAS menguasai dan 'menjajah' beberapa lokasi utama sekitar ibu negara, warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) kini dikesan mula 'beralih angin' menjadikan pinggir bandar sebagai penempatan mereka.

Beberapa lokasi di Sungai Buloh, Sungai Besi, Pekan Subang Lama, Kepong, Gombak, Kajang, Subang Jaya, Serdang dan Klang kini mula dipenuhi warga asing yang dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di semua lokasi terbabit mendapati kawasan itu boleh diibaratkan sebagai 'kampung' bagi warga asing.

Pemerhatian wartawan mendapati di Kampung Baru Sungai Buloh terdapat pasar harian digelar 'Pasar Bangla' wujud rentetan dikuasai kumpulan terbabit selain penempatan mereka dilihat sekitar kilang di kawasan berkenaan.

Di beberapa kawasan lain, premis perniagaan dimonopoli pendatang Indonesia, India, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja yang mengendalikan perniagaan secara terbuka, bahkan mampu menggaji pendatang lain.

Selain kedai makan dan restoran, jenis perniagaan diusahakan mereka termasuk kedai jahit, kedai runcit dan dobi.


Ketika tinjauan dilakukan, warga asing terbabit dilihat kebal dan tidak takut dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi malah, mereka dilihat bebas bergerak seolah-olah ia memang kawasan kampung mereka.

Buktinya, lensa kamera jurugambar merakam aktiviti mereka yang dilihat 'selamba' dan bebas menjalankan perniagaan di premis masing-masing tanpa rasa takut.

Seorang penduduk tempatan, Mohd Fadli Hamzah, 42, mendakwa pasar di Kampung Baru Sungai Buloh bukan baru bagi warga asing yang tinggal di kawasan berkenaan.

"Sudah beberapa kali video berhubung penempatan dan pasar berkenaan ditularkan namun sehingga kini masih belum diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Paling tidak masuk akal apabila premis milik warga tempatan diperiksa, tetapi premis warga asing yang terletak kira-kira 500 meter tidak periksa," katanya.

Menurutnya, penduduk sekitar termasuk penduduk di Kampung Paya Jaras kini mula rimas dengan kehadiran warga asing yang ramai di kawasan berkenaan.

"Memang diakui kawasan ini adalah kawasan industri, tetapi adakah semua warga asing berkenaan mempunyai permit yang sah?

"Ketika wabak Covid-19 melanda ini, mereka dilihat semakin ramai mungkin kerana banyak kilang yang tutup dan tidak menjalankan perniagaan," katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di Pekan Sungai Besi, dekat sini, yang terkenal dengan kedai jahitan dikendalikan warga asing mendapati, kebanyakan premis tidak dibuka berkemungkinan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sekarang.

Hanya tiga kedai jahit dilihat masih beroperasi dan ia dikendalikan warga asing. Namun, dalam premis itu dilihat menggantung lesen milik warga tempatan.

Status sama ada pemilik asal premis itu menggaji warga asing ataupun pekerja asing terbabit menggunakan lesen warga tempatan tidak dapat disahkan.

Malah, ketika wartawan bertanya kepada warga asing terbabit, rata-rata mereka hanya mendiamkan diri.

Namun, penduduk sekitar yang enggan dikenali memberitahu wartawan bahawa, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu premis jahitan sepanjang laluan utama pekan berkenaan masih dikendalikan ramai warga asing biarpun lokasi sama pernah diserbu pihak berkuasa sebelum ini.

Selain kedai jahit, wartawan juga mendapati terdapat kedai runcit dikendalikan warga asing di pekan itu.

Penguasaan warga asing ini mencetus kebimbangan bukan saja mengenai kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing, malah, turut mencetus pelbagai risiko termasuk dari segi sosial, jenayah dan kesihatan ketika wabak Covid-19 melanda negara ketika ini.

5 juta warga asing tinggal secara haram

Seramai tujuh juta warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pelarian direkodkan tinggal di negara ini sehingga awal tahun lalu.

Perkara itu direkodkan hasil kajian sejak dua tahun lalu yang dilakukan Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF).

Pengerusinya, Halim Ishak berkata, daripada bilangan itu kira-kira lima juta warga asing tinggal secara haram dan tidak mempunyai permit kerja sah di seluruh negara.

"Isu Pati bukan perkara baharu namun jumlah mereka dilihat semakin meningkat sejak dua tahun lalu disebabkan beberapa faktor antaranya integriti pasukan penguatkuasaan.

"Angka yang tinggi ini menunjukkan penguatkuasaan yang lemah dari segelintir individu yang mempunyai kepentingan dan seolah-olah mempunyai kelompongan dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap warga asing," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Halim turut mendedahkan hampir keseluruhan warga asing yang berada di negara ini bakal dikategorikan sebagai Pati kerana gagal memperbaharui permit kerja yang sah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

"Pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini menyerlahkan lagi kehadiran warga asing yang tiada dokumen. Kita dapat lihat operasi dijalankan pihak berkuasa di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Tidak dinafikan penguatkuasa memang menjalankan operasi namun operasi berkenaan perlu menyeluruh dan tidak bermusim," katanya.



Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 8:01 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-5-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Camana boleh ramai sgt ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dh lama pati2 tu kat area tu? Dh beberapa generasi..siap buat banglo atas tanah haram...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 30-5-2020 11:17 AM
Camana boleh ramai sgt ni?

Rasanya mmg selama ni ramai..cuma kita tak brp nmpk..kalau gi kl area masjid india semua tu ya Allah dh mcm little myanmar atau little bangladesh..kalau gi area CM little indon..kita sbgi warganegara takut dh nk lepak2 tgh kl...teruk rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 30-5-2020 11:20 AM
Rasanya mmg selama ni ramai..cuma kita tak brp nmpk..kalau gi kl area masjid india semua tu ya All ...

Ini masa ari ahad la..penuh ngan BWN kat tgh2 kl tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:22 AM | Show all posts
Sejak kena ambush baru rakyat tahu berapa ramai jumlah mereka disini.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Yahooo! Berjuang untuk PATI bak kata NGOk maria chin dan konco2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 30-5-2020 11:20 AM
Rasanya mmg selama ni ramai..cuma kita tak brp nmpk..kalau gi kl area masjid india semua tu ya All ...

Kerajaan kena serius la. Pati tak boleh stay. Depa kena apply visa dan ikut peraturan mcm biasa la. Hantar balik yg mana takde visa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 30-5-2020 11:24 AM
Kerajaan kena serius la. Pati tak boleh stay. Depa kena apply visa dan ikut peraturan mcm biasa la ...

Itu la..majikan pun lepas tgn..bila dh abis contract or permit, dibiarkan je pekerja2 tu..u blum lg maid2 indon yg lari...so dh dikira pati walaupun sblm tu ada permit..sumtimes majikan2 ni xnak buat report polis bila maid lari sbb nnt majikan kena byr denda kalau x silap..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-5-2020 11:29 AM | Show all posts
nak gertak PATI senang je
setiap hujung minggu biarkan trak Imigresen di semua port area Lembah Kelang
tak perlu buat apa2
just park trak Imigresen je
tgk tempat tu
sure mcm padang jarak padang terkukur
sunyi sepi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 30-5-2020 11:27 AM
Itu la..majikan pun lepas tgn..bila dh abis contract or permit, dibiarkan je pekerja2 tu..u blum l ...

Kena ada pihak berkuasa yg pantau. Sbb depa tak pantau la jadi mcm ni skang.
Dolu2 iols dgr pasal duit kopi. Iols harap amalan ni dah dibanteras.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap buang semua pati dari malaysia macam negara lain buang pati mereka
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:31 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-5-2020 11:33 AM

wahh...Malaysia is THE UNITED NATIONS...macam fefeeling Malacca pulak
pandemic ni naya semua .......adeh...depa buat pesta kat KL ni Malaysia

i guess ni kot ye kalau kaji balik sejarah macam ni kot dulu duluuuu ye
yeslah mana ade sempadan istiah immigration, custom and excise....

wah....dunia nusantara ni  ya ALLAH, blessed wit warmth natives and tolerant people...i mean ini lah kita kan ...

depa bukan kira ....tak perlu module module keusahawaan pun, nah kau lihat ....5 juta , some of them have turned to another career dah ...buka market....pandai kat otak otak immigrants ni when come to the thing called SURVIVAL...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 30-5-2020 11:29 AM
nak gertak PATI senang je
setiap hujung minggu biarkan trak Imigresen di semua port area Lembah Kel ...

Kalau buat selalu tanpa tindakan, lama2 akan dianggap sbg norma kehidupan. Kena ada tindakan kalau tak ramai yg berlegar2 kat mesia tanpa identiti. Bila berlaku jenayah, takleh nak tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 30-5-2020 11:29 AM
nak gertak PATI senang je
setiap hujung minggu biarkan trak Imigresen di semua port area Lembah Kel ...

Chuols bg la cadangan kat imi...kdg2 pihak berkuasa ni malas nk amik pot...atau dh kena amaran dari pihak atasan barangkali supaya x amik tindakan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Pati berada di mana2
Dan deme makin berani sbb ada yg jaga mereka
so far kt bangi x nmpk sgt warganegara asing yg melampau ramainya tp kt area hentian kjg pelbagai warganegara ada, seram nk gie situ klu x ya ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:36 AM | Show all posts
Di beberapa kawasan lain, premis perniagaan dimonopoli pendatang Indonesia, India, Thailand, Myanmar, Vietnam dan Kemboja yang mengendalikan perniagaan secara terbuka, bahkan mampu menggaji pendatang lain.

laissez faire - enche adam smith tentu banggaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 30-5-2020 11:34 AM
Pati berada di mana2
Dan deme makin berani sbb ada yg jaga mereka
so far kt bangi x nmpk sgt warga ...

Aah kat hentian kajang mmh port dorg...menakutkan situ  takde pulak imi dtg ambush...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak sebelum merdeka dah ramai pati apa yg peliknya?
Lepas ni boleh dapat ic boleh ngundi. Suara rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:51 AM | Show all posts

"Isu Pati bukan perkara baharu namun jumlah mereka dilihat semakin meningkat sejak dua tahun lalu disebabkan beberapa faktor antaranya integriti pasukan penguatkuasaan."


Mmg PH sengaja biarkan ke macam mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list