Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
2955
View
126
Reply

[Tempatan] Tuduhan terbukti, pendakwa minta mahkamah sabitkan Najib

[Copy link]

Author: ResellerMaxis    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-6-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tuduhan terbukti, pendakwa minta mahkamah sabitkan Najib

Pihak pendakwaan meminta mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak atas semua tujuh pertuduhan membabitkan kes dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, berkata pihak pendakwaan berjaya menangani tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahkan kedudukan yang dihadapi Najib.

Saya dengan rendah hati mengemukakan bahawa tujuh pertuduhan tersebut telah terbukti. Yang Arif, saya sudah selesai dengan penghujahan dan esok pihak pembelaan akan membantah penghujahan pendakwaan, katanya selepas menyelesaikan penghujahannya hari ini.

Bagi tiga pertuduhan CBT, Sithambaram berkata Najib mempunyai pengetahuan mutlak bahawa wang RM42 juta dalam tiga akaun peribadinya adalah daripada SRC.


Tingkah lakunya jelas sebagai seorang yang dengan sengaja melakukan kesalahan jenayah tanpa hukuman kerana kedudukannya, katanya sambil menambah SRC mengalami kerugian sebanyak RM42 juta manakala tertuduh memperoleh jumlah tersebut.

Bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan, Sithambaram berkata Najib dapat mempengaruhi pengeluaran pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) bernilai RM2 bilion secara keseluruhan.

Terakhir bagi tuduhan pengubahan wang haram, timbalan pendakwa raya itu berpendapat mana-mana orang waras yang memegang jawatan tertinggi dalam negara akan mengambil tindakan serius jika menemui wang haram dalam akaun peribadinya.

Sithambaram berkata ia dianggap sebagai kebutaan yang disengajakan apabila Najib, 67, gagal menyoal mengenai sumber aliran masuk wang ke akaunnya.

Selalu bertindak reaktif

Najib, sebagai pemegang akaun bank, perlu berhati-hati dan waspada mengenai dana yang masuk ke akaun peribadinya yang akhirnya dibelanjakan sepenuhnya.

"Tertuduh tidak boleh mengarahkan orang lain untuk memastikan dana diisi semula dalam akaunnya agar dia dapat membelanjakan tanpa kisah mengenai sumber dana tersebut.

"Oleh kerana tertuduh telah menghabiskan wang yang didermakan dan memulangkan sebahagian yang kemudian diterima dalam akaun banknya, bagaimana dia boleh mengeluarkan lebih banyak cek tanpa curiga akan dana di dalam akaunnya?

Orang yang waras akan mempersoalkan jumlah (wang) yang sangat besar, katanya.

Pada awalnya, Sithambaram berhujah bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mempunyai pengetahuan jelas mengenai perbelanjaan Najib dan mengambil langkah proaktif sebelum tertuduh mengeluarkan cek.

Katanya, walaupun tema utama pembelaan semasa perbicaraan bahawa Jho Low tidak mempunyai pengetahuan mengenai cek yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pekan itu, bukti menunjukkan ahli perniagaan terbabit mengambil langkah memastikan sentiasa ada dana yang secukupnya dalam akaun Najib.


Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram (kiri)
Sithambaram kemudian membaca petikan pemeriksaan balas terhadap tertuduh untuk menunjukkan koordinasi antara Joh Low dan ketua setiausaha sulit Najib, Allahyarham Azlin Alias bagi pihak Najib; dan antara Jho Low dan bekas perdana menteri itu sendiri dalam memastikan dana mencukupi untuk menulis cek.

Petikan tersebut, antara lain merangkumi perbualan BBM (BlackBeryy Messenger) berhubung pembelian menggunakan kad kredit Najib di Hawaii apabila Jho Low memaklumkan Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu supaya memastikan pembayaran dapat dilakukan.

Bukti pada perbicaraan telah membuktikan Jho Low bukan selalu bertindak reaktif bagi memastikan cek Najib tidak ditendang malah Jho Low cuba memastikan akaun tertuduh mempunyai dana yang mencukupi walaupun sebelum dia (Najib) mengeluarkan ceknya.

Bertentangan dengan dakwaan pembelaan mengenai peranan reaksioner yang dimainkan oleh Jho Low, beliau aktif dan memudahkan tertuduh menguruskan akaun bank dan akaun kad kreditnya.

"Ini jelas menunjukkan apabila tertuduh dan Jho Low berkomunikasi secara langsung dan juga ketika Azlin berhubung bagi pihak tertuduh ialah memastikan cek tidak ditendang, katanya.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Kumpulan Ambank, No 55, Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri, Presinct 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-6-2020 01:15 AM | Show all posts
Mesti intelek melayu yang tak tahu apa itu submission lalu mengatakan bahawa Havinderjit punya submission adalah bukti Najib tak bersalah di thread lagi satu, takajut........

Wallahualam. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:48 AM | Show all posts
kalau DS Najib didapati tidak bersalah oleh mahkamah adakah tukang2 fitnah akan senyap?  lupakah kamu PH bertahun2 mengfitnah DS Najib sebagai serial killer atau pembunuh bersiri yg bunuh ramai orang spt teoh beng hock, kevin morais, pengerusi Ambank & Altantuya?  penyokong PH yg beragama islam ramai yg sebarkan fitnah ini.  sudahkah kamu memohon maaf sebelum kamu mati?  adakah kulit kamu tebal dari azab kubur & bakaran api neraka?


PH nak mahkamah percaya  DSN curi duit 1mdb, tapi gagal buktikan wujudnya arahan drpd DSN.

- kamu gagal buktikan SRC adalah idea atau arahan DSN

- kamu gagal buktikan DSN arahkan lembaga pengarah KWAP memberi kelulusan

- kamu gagal buktikan DSN mempengaruhi, menekan atau campur tangan dalam urusan lembaga SRC

- kamu gagal buktikan DSN ada mengarahkan pemindahan dana SRC

- kamu gagal menyiasat kenapa 6 surat arahan untuk pindahan dana ke akaun DSN adalah dokumen dengan tandatangan palsu (copy and paste) walaupun mereka sudah diberitahu oleh saksi sejak awal-awal lagi

- kamu gagal tuduh pegawai-pegawai bank dan SRC tentang pemalsuan dokumen dan dana-dana SRC lain yang jumlahnya jauh lagi besar banding RM42 juta yang disyaki diselewengkan oleh pegawai SRC

- kamu juga gagal buktikan kenapa DSN perlu tunggu sehingga 4 tahun sebelum menerima kononnya "suapan" RM42 juta (1%) dari RM4 bilion yang diluluskan jika benar-benar niat ialah  gelapkan duit RM4 bilion
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:16 AM | Show all posts
semua org PH & macai PH bodoh bodoh belaka sbb terpengaruh dgn mamat mamat yg kepingin nak jadi PeeM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2020 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 4-6-2020 08:16 AM
semua org PH & macai PH bodoh bodoh belaka sbb terpengaruh dgn mamat mamat yg kepingin nak jadi PeeM

Ye lah. Penyokong ex pm yang benarkan perompak merompak berpuluh billion wang negara sahajalah yang bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:28 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-6-2020 08:17 AM
Ye lah. Penyokong ex pm yang benarkan perompak merompak berpuluh billion wang negara sahajalah yan ...

mmm..ada bukti atau fitnah kamu shj??? dah bersalah??? dah kena tangkap???
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2020 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 4-6-2020 08:28 AM
mmm..ada bukti atau fitnah kamu shj??? dah bersalah??? dah kena tangkap???

Membenarkan tu memang dah terbukti. Skrg sedang didakwa.

Samada bersalah atau tidak.

Wang berpuluh billlion tu memang dah selamat dirompak.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Impossible Najib ignorant of own bank accounts, says prosecution

IT was impossible for Najib Razak not to know anything about his bank accounts as he had full access to them, said the prosecution at the SRC International trial during oral submissions today.

Ad hoc prosecutor V. Sithambaram told the Kuala Lumpur High Court that evidentiary documents and communication transripts showed Najib had knowledge of his bank accounts, the balance as well as the credit and debit of the RM42 million.

https://www.themalaysianinsight.com/s/250784
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:41 AM | Show all posts
Cacai2 dan walaun kalau najib terbukti salah dan meringkuk dalam jel pon tetap lah cakap itu fitnah nak jatuhkan dewa najib mereka itu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:45 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-6-2020 08:33 AM
Membenarkan tu memang dah terbukti. Skrg sedang didakwa.

Samada bersalah atau tidak.

dah bersalah??? dah kena penjara??? ..malas berurusan dgn pemandu mabuk bunuh org ini..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]5_fmx26ZDTw[/youtube]

Jom grose banja uols....

haaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-6-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 4-6-2020 08:45 AM
dah bersalah??? dah kena penjara??? ..malas berurusan dgn pemandu mabuk bunuh org ini..

Tu peguam najib dah ngaku derma authentic ke x irrelevant.

Selama ni orang cakap derma arab tipu xcayer.

Sama gak duit yang dicuri masuk akaun najib n digunakan najib tu. Dah disahkan oleh pendakwa n defend.

Cuma defend beranggapan yang penting adalah apa yang najib tahu dan percaya. Percaya kononnya duit dalam tu derma dari arab.

So sekarang ni faktanya.
Duit 1mdb n src confirm dicuri
Derma arab confirm tipu
Duit betul masuk akaun najib

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-6-2020 09:41 AM
Tu peguam najib dah ngaku derma authentic ke x irrelevant.

Selama ni orang cakap derma arab tip ...

pulak tu disuruh plak org lain buktikan yg duit tu "bukan" sumbangan arab... betul2 twist lah...hahah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:50 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-6-2020 09:41 AM
Tu peguam najib dah ngaku derma authentic ke x irrelevant.

Selama ni orang cakap derma arab tip ...

Berbuih la ko cakap dgan cacai, mati2 dia cakap dewa najib difitnah. Kau jangan main2 dengan sembahan cacai2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
So dah sabit kesalahan ker belum ni? Bila najib nak ke sg buluh? Lambatnya nak habis kes ni. Banyak lagi kes najib kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 01:22 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-6-2020 09:41 AM
Tu peguam najib dah ngaku derma authentic ke x irrelevant.

Selama ni orang cakap derma arab tip ...

jadi DSN sudah masuk jel??? yes or no...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 4-6-2020 01:22 PM
jadi DSN sudah masuk jel??? yes or no...

no.
jadi najib sedih dan terkejut ada duit banyak dlm akaun bank dia yg tak tau dari mana sumber? yes no?
jadi najib ada gunakan wang dalam akaun dia tersebut? yes no?
jadi naijb tatau pun duit dlm akaun dia tu duit siapa? yes no?
jadi najib tak kenal sapa jho low? yes no?
jadi najib tak tau duit dlm syarikat awam yg mana dia jadi pengerusi board of advisor hilang? yes no?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:41 PM | Show all posts
oranjes replied at 4-6-2020 03:08 PM
no.
jadi najib sedih dan terkejut ada duit banyak dlm akaun bank dia yg tak tau dari mana sumber? ...

hahaha....NO....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:20 PM | Show all posts

so memang sokong secara membabi buta la ni kan...peduli apa najib songlap janji brim 300 masuk poket..hahahah

typical sgt lah..kesian
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:22 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 4-6-2020 10:50 AM
Berbuih la ko cakap dgan cacai, mati2 dia cakap dewa najib difitnah. Kau jangan main2 dengan semba ...

agaknya kalau lah najib ni sempat masuk penjara..menangis guling2 kat rumah meratapi duit brim 300 tak dapat masuk poket lg..hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list