Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
2364
View
63
Reply

[Tempatan] Kali ni pemandu mabuk, memandu pulak lawan arus mati kemalangan bertembung dengan lori

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-7-2020 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu dipercayai mabuk, lawan arus maut kemalangan
myMetroutama
Nurul Hidayah Bahaudin




PEGAWAI pemasaran yang memandu melawan arus dipercayai akibat mabuk maut kemalangan di susur Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Subang, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, kemalangan berlaku jam 2 pagi membabitkan Perodua Myvi dipandu mangsa berusia 25 tahun dengan lori dipandu lelaki berusia 45 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu mangsa secara melawan arus merempuh lori ketika melalui susur terbabit.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, mangsa dipercayai mengambil minuman keras berdasarkan bau dikesan ketika siasatan.

"Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat. Sampel darah mangsa juga diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 3:15 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 4-7-2020 03:47 PM | Show all posts
Pindaan akta pemandu mabuk ke Parlimen sesi ini
KHAIRULANUAR YAHAYA

PINDAAN Akta Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) berkaitan pemandu mabuk dan berbahaya akan dibentangkan pada sesi Parlimen bermula 13 Julai ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Jabatan Peguam Negara telah memuktamadkan beberapa perkara sepertimana keputusan Jemaah Menteri pada 24 Jun lalu.

Draf Rang Undang-Undang ini perlu disahkan oleh Kabinet kelak dan kemudiannya akan dibentangkan ke dalam persidangan Parlimen yang akan datang yang berlangsung dari 13 Julai 2020 hingga 26 Ogos 2020.

Mudah-mudahan, kita akan mendapat sokongan Dewan untuk meluluskan undang-undang yang lebih tegas bagi melindungi para pengguna jalan raya, kata Ka Siong.

Menurut beliau, sudah tiba masa untuk memberi pengajaran tegas kepada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu Kerajaan serius untuk meminda Akta 333 khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 bagi menangani masalah pemanduan di bawah pengaruh dadah, alkohol atau pemanduan berbahaya.

Jelas beliau, Kementerian akan terus melakukan nasihat dan penerangan kepada orang ramai supaya menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab menerusi pendidikan.

Sekali lagi, saya ingin mengulangi bahawa masyarakat juga harus bersama memainkan peranan dalam usaha mencegah pemanduan secara melulu atau mabuk.

Ini adalah sebahagian daripada sokongan masyarakat yang sangat diperlukan untuk mencegah dan memerangi penyakit sosial ini yang mengabaikan keselamatan diri dan juga orang lain di jalan raya, kata Ka Siong

Ka Siong berkata, Kerajaan juga turut memandang serius berhubung kegiatan basikal lajak atau kegiatan yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyebabkan kemalangan atau bahkan meragut nyawa.

Sebahagian daripada cadangan pindaan Akta 333 ini juga ada memperincikan perkara tersebut.-SM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru hegeh2 nak pinda Akta. Tu kalu yudin tak tangguh lagi sesi palimen
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:59 PM | Show all posts
ada jugak kes pemandu mabuk mati langgar lori. kalau tak diaorang langgar kereta kecik atau motosikal je. agaknya sebelum impak dia nampak lori tu kecik je sampai yakin langgar kot.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mabuk... Dia bawa kereta dan exsiden.. CASHHH.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
maaf jika iols tak sensitif...

syukur pemandu lori tu tak cedera...

pemandu mabuk atau gila atau oku yg  langgar lori ka treler ka atau tembok ka..  tak apa asalkan tak menyebabkan kecederaan atau kematian org yg tak bersalah... pi mati sorg2....





Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Good news.
Harap pemandu lori tidak diapa-apakan.
Sekalung tahniah untuk En Pemandu lori
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully, pemandu lori x disalahkan sebab x mengelak
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:17 PM | Show all posts
sepatutnya pemandu lori kena di beri bonus atau sijil penghargaan  sebab menyelamatkan nyawa pengguna jalan lain..

dah jelas bukan salah driver lori..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la dia yg mati.kalau hidup pon setakat kene denda bpe ribu jah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai yg memilih utk mabuk dan lawan arus semata2 tension dgn pengkhianatan terhadap negara.
dulu kemalangan mabuk takde la jadi tetiap bulan.
sejak amanah rakyat dikhianat ramai plak yg tertekan dan mental.

mari kita doakan pengkhianatan amanah rakyat segera berakhir agar tak ramai yg bakal terkorban.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 4-7-2020 04:29 PM
ramai yg memilih utk mabuk dan lawan arus semata2 tension dgn pengkhianatan terhadap negara.
dulu k ...

Apooooo xde kena mngena bangcak uit....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga pemandu Lori tak trauma. Sendiri ambuk sendiri mati takpe, Kurang sorg pembunuh manusia di jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Langgar lori..baru sesuai.ni asyik la langgar motorsikal
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 4-7-2020 04:29 PM
ramai yg memilih utk mabuk dan lawan arus semata2 tension dgn pengkhianatan terhadap negara.
dulu k ...

ada yg tak mabuk pon....perangai serupa ore mabuk gak..meroyan,merempan tiap ari kat sini.Mari kita doakan semoga mereka ini cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:48 PM | Show all posts
melibatkan kos kerajaan yg amat tinggi


ramai anggota terbabit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukur pemandu lori tadak apa apa. Sukur jugak yg mabok tu mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya benda ni bermusim..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati pada pemandu Lori. Moga kau tabah dgn dugaan procedural akibat pangai bangsat org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 4-7-2020 04:29 PM
ramai yg memilih utk mabuk dan lawan arus semata2 tension dgn pengkhianatan terhadap negara.
dulu k ...

Mabuk ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list