Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
4697
View
75
Reply

[Tempatan] Anwar dan Putrajaya

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-10-2020 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kalau mengikut drama ala-ala “Alang Rentak Seribu” (RTM 1979) – rakyat Malaysia mungkin senasib watak Pak Halim.
Watak yang marah dan menentang keputusan anak gadisnya Mazni yang menjadi pelakon tanpa mendapat izinnya.

Di Malaysia – “Alang Rentak Seribu” ialah drama pertukaran Perdana Menteri (PM).

Setelah 22 bulan Dr Mahathir meletak jawatan dan diganti Muhyiddin Yassin - Selasa ini (13 Oktober) nampaknya akan datang seorang lagi PM baru.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan mengadap YDP Agong dan mempersembahkan dokumen memperolehi sokongan majoriti ahli di Parlimen.

Secara relatif – tindakan Anwar menjurus kepada Malaysia akan memiliki PM kesembilan.

Itu logik berdasarkan kenyataan Anwar pada sidang akhbar 23 September lalu dengan kata kunci: “Saya memiliki cukup sokongan.”

Malah, istilah cukup sokongan majoriti ahli parlimen diulangnya sekali lagi melalui kenyataan media pada 8 Oktober.

Covid politik yang meletihkan

Ketika Covid-19 melanda dunia bermula 17 November tahun lalu (rujuk data kes pertama yang dilaporkan The Morning Post, China) – politik Malaysia ketika itu sudah teruk dengan krisis “toksik perkauman” dalam parti pemerintah Pakatan Harapan (PH).

Akhirnya Perdana Menteri ketujuh Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan apabila wujud perpecahan di kalangan ahli parlimen Bersatu mengenai komitmen parti itu dalam PH.

Langkah Dr Mahathir boleh dilihat dalan dua senario. Sama ada satu kejutan atau tidak mengejutkan.

Kalau kejutan, tentulah kerana Dr Mahathir melepaskan jawatan hanya setelah 22 bulan PH berkuasa.

Kejutan juga kerana PH yang menang PRU14 pada 9 Mei 2018, satu-satunya kerajaan bukan BN yang memerintah negara sejak merdeka.

Malangnya, selepas gelombang peralihan undi paling mengejutkan dalam sejarah PRU di negara ini – kerajaan PH hanya mampu bertahan sekadar pada usia “kanak-kanak baru belajar mengenal benda.”

Kalau dilihat dalam konteks bukan kejutan – tentulah ramalan perpecahan PH pasti berlaku kerana toksik perkauman antara Bersatu dan DAP.

Krisis terbuka ini bukan kejutan bagi yang melihat keretakan dalam kerajaan PH.

Lagi pun terdapat empat krisis utama yang bermula sejak hari pertama Dr Mahathir menjadi PM. Pertama ialah tekanan penyokong Anwar untuk mendesak Dr Mahathir berundur.

Walaupun Anwar menafikan senario itu ada kaitan dengan agenda peribadinya; tetapi tekanan yang konsisten dan berterusan terhadap kepimpinan Dr Mahathir menyebabkan rakyat sedar – Anwar memang mahu segera jadi PM.

Kedua ialah krisis pertembungan sentimen Melayu dalam PH. Krisis yang ketara antara parti Bersatu yang berDNAkan Umno yang sering bertembung dengan sentimen Cina dalam DAP.

Kecetekan emosi dan intelektual dalam perdebatan terbuka pemimpin dua parti ini – menjadikan kerajaan PH dipenuhi “toksik perkauman.”

Hala tuju kerajaan PH selama 22 bulan dibayangi krisis hala tuju sama ada menjadi kerajaan pro “Melayu atau Malaysia”.

Masalah ketiga ialah krisis dalam PKR antara Anwar dan timbalannya waktu itu Azmin Ali. Krisis “saling menikam dari belakang” dalam kepimpinan tertinggi PKR menjadikan parti utama dalam PH itu “akhirnya berpecah.”

Keempat ialah keupayaan kem Bersatu yang menyokong Muhyiddin dan kem PKR yang menyokong Azmin Ali untuk mencapai persetujuan dengan Umno dan GPS.

Seterusnya dengan tindakan “Langkah Sheraton” – kerajaan PH tumbang hanya setelah 22 bulan menang PRU14.

Pada 29 Februari lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah setelah mengadap YDP Agong dan mempersembahkan dokumen Akuan Bersumpah mendapat sokongan 114 ahli parlimen.

Muncul kerajaan baru Pakatan Nasional dengan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri kelapan.

Anwar Perdana Menteri Kesembilan?

Pada 23 September dan 8 Oktober, Anwar meyakinkan rakyat Malaysia, dirinya dalam perjalanan menjadi PM kesembilan.

Selasa ini kehadirannya di Istana Negara bertujuan mempersembahkan dokumen sokongan tanda bukti “memiliki cukup nombor” untuk menjadi PM.

Melihatkan perkembangan di media sosial – netizen menyepi; tiada tindak balas menarik terhadap sebaran kenyataan media Anwar.

Rakyat lebih dibelenggu dengan kebimbangan terhadap gelombang baru jangkitan Covid-19.

Sejak 1 Oktober, Malaysia antara negara di dunia yang berdepan angka jangkitan dengan kenaikan mendadak.

“Entahlah… siapa PM pun sama saja. Orang politik sekarang akan jual apa saja tak kira kerusi parlimen mahupun maruah diri semata-mata demi kuasa,” kata Shahrizal Mat Zin.

Sebagai peniaga yang terjejas teruk sejak Covid-19 melanda, Shahrizal lebih menumpukan pada isu memulihkan perniagaan.

Malah, sedang kecewa berikutan kegagalan anaknya mendaftar di Uitm Melaka.

“Siapa peduli kerugian ibu bapa membelanjakan wang dan anak pula akhirnya terpaksa balik rumah begitu saja?” katanya.

Ada dua kemungkinan akan terjadi apabila Anwar mengadap YDP Agong.

Pertama, memang benar ahli parlimen Port Dickson itu memiliki majoriti sokongan.

Walaupun ramai yang curiga dengan kenyataan pada 26 September bahawa Anwar memiliki angka sokongan yang mantap.

Majoriti 19 nama ahli parlimen Umno yang dikaitkan kononnya menyokong Anwar kelihatan menafikan tindakan itu.

Ramai yang enggan dikaitkan sebagai pembelot yang menjatuhkan kerajaan PN.

Namun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengesahkan: “Ramai ahli parlimen Umno menyokong Anwar!”

Anwar menyatakan memiliki majoriti mantap tanpa sokongan 5 kerusi milik Pejuang. Malah, Anwar mengesahkan geng Dr Mahathir tidak berada dalam senarai “penyokongnya.”

GPS pula segera menafikan sebarang sokongan 18 ahli parlimen dari Sarawak.

Warisan kelihatan mendiamkan diri. Namun, dengan runtuhnya kerajaan Shafie Apdal di Sabah pada PRN 26 September - Warisan berpotensi menyertai kem Anwar.

Shafie mungkin menyokong Anwar tanpa mempedulikan ikrar untuk bersama Dr Mahathir.

Kemungkinan lain pada pertemuan Anwar dengan YDP Agong ialah, Anwar mungkin hanya membawa beberapa tanda tangan sokongan ahli parlimen Umno yang dulunya menyokong Muhyiddin.

Secara relatif membuktikan sokongan 113 kerusi milik Muhyiddin kini sudah menyusut dibawah angka majoriti mudah 112.

Anwar mungkin hanya mahu membuktikan memiliki minimum tiga atau empat akuan sumpah ahli parlimen Umno tetapi tidak memiliki majoriti 112 undi buat dirinya.

Pertemuan 13 Oktober boleh berubah menjadi sesi Anwar cuba meyakinkan YDP Agong bahawa Muhyiddin tidak lagi memiliki majoriti.

Mudahnya: Anwar mungkin ke Istana Negara tanpa sokongan majoriti. Tetapi mengadap YDP Agong dengan bahan bukti - Muhyiddin juga hilang majoriti.

Apa yang pasti, majoriti rakyat tidak pun peduli pada filem “Apa Ada Dengan Selasa.”

Realitinya, rakyat melihat politik dan sikap ahli parlimen sekarang hanya sebagai “peniaga kerusi.”

222 Ahli Parlimen yang disifatkan sebagai “kluster kuasa” yang cenderung berjual beli kerusi demi kuasa.

Kluster ini lebih berbahaya daripada Covid-19 itu sendiri.

Inilah period paling teruk dan politik negara. ahli parlimen secara moral dan maruah berada pada tahap “paling teruk!” – 11 Oktober, 2020.

* Zainal Rashid Ahmad ialah wartawan dan penulis sastera yang telah menghasilkan antaranya novel Hikayat Tanah Jauh (2015) dan kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Magis Kota (2016), Pop Urban (2017), dan kumpulan puisi Sepi Itu Mati (2016) dan Orang Sepi Pergi ke Gurun (2018). Beliau memenangi 38 hadiah sastera
IMG_20201013_011956.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 13-10-2020 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang pasti, majoriti rakyat tidak pun peduli pada filem “Apa Ada Dengan Selasa.”



Dah mmg rakyat majority x restu dan menyokong pun beliau jd PM....mandat rakyat pala otak dia...siapalah agaknya rakyat yg menyokong dia ni...

Mmg semua pemimpin yg ada sekarang ni nampak gila kuasa x fikir rakyat suka ke tak....paling gila sekarang Anwar dan pemimpin yg terlibat PRN sabah baru2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 07:56 AM | Show all posts
noor2 replied at 13-10-2020 06:15 AM
Apa yang pasti, majoriti rakyat tidak pun peduli pada filem “Apa Ada Dengan Selasa.”

abah menang tipis je dulu...kalau yang ada ni dah x sokong abah, esp dari UMNO,
technically abah dah jatuh...
dia perlu letak jawatan...
and YDPA perlu lantik PM9...
dan akan ada lah pulak pembentukkan gabungan baru..
begitulah seterusnya sehingga AJM...
x mustahil ada pulak PM10 sebelum PRU15...



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Musim covid pun masih sibuk nak berpolitik.

Baik cr jalan mcm mn nak selesaikan masalah covid ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 08:06 AM | Show all posts
tiba2 pkpd seluruh lembah klang kl dan putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
akan busy main game, so 98% takkan peduli dengan drama/wayang anwar ni... so sementara nak tunggu game update, layan la kejap buat stok gelak sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 08:14 AM | Show all posts
Aku taknak banyak cakap.. Cuma nak tanya........

Mana Jam Omega?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 agong x layan mangkuk gile kuasa ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila kuasa ini olang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
kipaskebas replied at 13-10-2020 08:06 AM
tiba2 pkpd seluruh lembah klang kl dan putrajaya

Pkpb bukan d. Malah ekonomi bergerak spt biasa. So wbX3
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 13-10-2020 08:14 AM
Aku taknak banyak cakap.. Cuma nak tanya........

Mana Jam Omega?

Jam omega dia kata Jijah simpan....padahal ada kat Datuk Eskay
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:56 AM | Show all posts
semoga pengembalian kuasa berjalan dgn aman tanpa gangguan pengkhianat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:57 AM | Show all posts
agak2 P085 sokong tak anwar?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 10:58 AM | Show all posts
Nuar Berahim nama diberi

Reformasi pun dia, kisah liwat pun ada


emm

takat tu dulu

aku tak tau nak buat pantun ka apa ka
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dah Istana ka belom.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 13-10-2020 08:14 AM
Aku taknak banyak cakap.. Cuma nak tanya........

Mana Jam Omega?

Ada cai la kepanasan la wei.. Bila tau anwar kantoi menipu ttg jumpa YPDA..

“Pertemuan itu adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan A-gong oleh Anwar yang mendakwa dirinya Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini. Beliau yang memohon menghadap baginda.
“Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen, tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 12:22 PM | Show all posts
sarah82 replied at 13-10-2020 11:28 AM
Ada cai la kepanasan la wei.. Bila tau anwar kantoi menipu ttg jumpa YPDA..

“Pertemuan itu ad ...

Biasalah macai neutral..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 12:27 PM | Show all posts
kemaren layan lagu bob geldoff - I don't like mondays harini rasa nak layan lagu lynyrd skynyrd - tuesday's gone.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 12:28 PM | Show all posts
jap.. saya tanya soalan noob
dibelakang anwar ni adakah dap?
dia bersengkongkol dgn dap tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 13-10-2020 12:22 PM
Biasalah macai neutral..

Kita layan popcorn wei.. Menarik citer hari ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list