Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1081
View
11
Reply

[Tempatan] Update: Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular - pesurahanjaya enggan ulas atas Akta Kerahsiaan

[Copy link]

Author: TENGKUTAHAR    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-10-2020 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by TENGKUTAHAR at 20-10-2020 08:05 PM

KUALA LUMPUR: Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tular di media sosial.
Menerusi surat itu Mazlee, yang memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), dikatakan menyatakan beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.
"Saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada YB, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan (ke-9) sehingga sidang Parlimen keempat belas (ke-14) dibubar oleh YB. Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim," katanya di dalam SD yang belum dapat dipastikan kesahihannya itu.



Sebelum ini, portal MalaysiaNow dalam satu laporan, mendedahkan SD yang dikatakan dibuat oleh Maslee itu.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan pengesahan daripada Maszlee serta pegawainya mengenai SD berkenaan, namun sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.

https://www.astroawani.com/berita-politik/akuan-bersumpah-dakwa-maszlee-sokong-anwar-tular-264013

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 17-10-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk! Dah x sokong atok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 11:04 PM | Show all posts
i rasa next PRU i nak DR  Hisham lah jadi PM atas lantikan YDPA.

dia yg i nampak buat keje pun...kalah ahli parlimen seriously.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju 1000000%!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-10-2020 11:04 PM
i rasa next PRU i nak DR  Hisham lah jadi PM atas lantikan YDPA.

dia yg i nampak buat keje pun... ...

Betul.. Tapi bidang keje x sama... Ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
SD tu, siapa pun yg mengarangnya, berbunyi desperate
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:22 AM | Show all posts
maslee tk de cop nama ke? dia bukan keje pakcik cleaner, tkkn la masa wat SD tertinggal dia punye cop mohor?..

ni cume rekaan aja la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 18-10-2020 09:22 AM
maslee tk de cop nama ke? dia bukan keje pakcik cleaner, tkkn la masa wat SD tertinggal dia punye co ...

mungkinkah polis bakal menangkap mazlee utk disiasat??

atau polis mesti menyiasat individu yg sebar surat fitnah??
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak berjuwang ke mazli
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Voley caya ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 18-10-2020 09:22 AM
maslee tk de cop nama ke? dia bukan keje pakcik cleaner, tkkn la masa wat SD tertinggal dia punye co ...

buat surat akuan, mmg yg terbaik di tulis ngan tangan kat nama ic semua tu sbb nak buktikan tu mmg tulisan si pengaku..tak leh nak konar lagi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-10-2020 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesuruhjaya sumpah enggan ulas, suruh tanya Maszlee

KUALA LUMPUR C Saya tidak boleh komen.

Itu kata Pesuruhjaya Sumpah, Ammar Mohamad Dahalan mengenai surat Akaun Bersumpah (SD), Dr Maszlee Malik berhubung dakwaan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular baru-baru ini.

Justeru itu katanya, pihak media lebih elok untuk menghubungi bekas Menteri Pendidikan itu sendiri bagi bertanyakan pengesahan berkenaan isu berkenaan.
Saya tidak boleh jawab isu ini. Baik tanya tuan badan sendiri boleh?


Saya tidak boleh jawab sebab ini di bawah Akta Kerahsiaan. Saya tidak boleh jawab, katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Nama Ammar tertera sebagai Pesuruhjaya Sumpah pada SD satu muka surat yang menunjukkan nama serta nombor kad pengenalan Maszlee.

Minggu lalu, SD didakwa milik Ahli Parlimen Simpang Renggam itu tular kerana memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan tular di media sosial.

Menerusi surat itu Maszlee yang memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-14 dikatakan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.


Saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada YB, Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan (ke-9) sehingga sidang Parlimen keempat belas (ke-14) dibubar oleh YB. Dato Seri Anwar Bin Ibrahim, katanya di dalam SD yang belum dapat dipastikan kesahihannya itu.
SD itu ditandatangan pada 9 Oktober lalu.

Menurut SD itu juga, Maszlee bersedia menjunjung titah untuk menghadap pada bila-bila masa yang diperkenankan oleh Baginda bagi mengesahkan Akuan Bersumpah ini.

Saya juga menyatakan bahawa Surat Akuan Bersumpah ini diikrarkan untuk mengesahkan datuk Seri Anwar mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan (ke-9) selaras dengan Perkara 43. (2) (a) dan perkara 40. (2) (a) Perlembagaan Persekutuan dan kandungannya ini adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan dalam apa keadaan dan apa sebab serta alasan sekalipun sehingga sidang Parlimen keempat belas (ke-14) dibubarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, tambahnya. C MalaysiaGazette

https://mykmu.net/2020/10/20/pesuruhjaya-sumpah-enggan-ulas-suruh-tanya-maszlee/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list