Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
645
View
18
Reply

[Tempatan] Pejuang cadang Dr M jadi PM sementara tunggu PRU15

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-10-2020 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 17-10-2020 03:46 PM

Pejuang cadang Dr M jadi PM sementara tunggu PRU15

https://www.malaysiakini.com/news/546991

Diterbitkan Hari ini 10:15 pm



Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini telah mencalonkan pengerusi mereka Dr Mahathir Mohamad untuk perdana menteri kali ketiga sehingga PRU15.

Menurut parti serpihan Bersatu itu, ia adalah untuk menyelamatkan negara sementara menunggu pilihan raya akan datang, kata setiausaha politik Mahathir Abu Bakar Yahya.

"Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan," kata Abu Bakar dalam hantaran Facebook.

Tambahnya, keputusan tersebut turut dipersetujui anak Mahathir, Mukhriz yang juga presiden parti Pejuang.

Untuk rekod, parti Pejuang masih menunggu pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Kenyataan itu hadir ketika politik negara terus dalam keadaan tidak menentu, dengan presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Lima Ahli Parlimen Pejuang termasuk Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin sebelum ini.

Pejuang kini tidak menyertai mana-mana sekutu tetapi ada spekulasi yang belum disahkan bahawa Mahathir mungkin akan bekerjasama dengan bekas pesaingnya, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahathir kembali memegang jawatan perdana menteri pada 2018, sebelum mengundurkan diri pada Februari setelah Muhyiddin Yassin mengumum Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan.

Tawarannya untuk dilantik kembali sebagai ketua kerajaan perpaduan gagal, begitu juga usaha untuk meyakinkan PKR dan Anwar untuk menyokongnya untuk sementara waktu sebagai perdana menteri sehingga November.

Mahathir kemudian menyokong presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri, tetapi rancangan tersebut turut tidak membawa sebarang hasil.

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 17-10-2020 11:50 PM | Show all posts
Dalam dia kutuk Anwar  kemaruk nak jadi PM, orang tua kutuk nie lagi lah teruk gila kan kuasa dan tahta
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat x cadang Mat Sabu???
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahli pejuang ada berapa ketol , ada hati nak tentukan siapa piem ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu org tua ni calonkan sapie bedal...hujung2 dia bak jugak jadi pm
Yang setuju anak dia si boboy
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 17-10-2020 11:58 PM
Dulu org tua ni calonkan sapie bedal...hujung2 dia bak jugak jadi pm
Yang setuju anak dia si  ...


Acik forum ckp madey la punca PH mng pru. Rajin kjer, nanges2 nk selamatkan malaysia. Skrg da tua nk mmpos pon nk selamatkan malaysia. Ckup2 la anwar, tahla suke jubo.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Reymz replied at 17-10-2020 11:50 PM
Dalam dia kutuk Anwar  kemaruk nak jadi PM, orang tua kutuk nie lagi lah teruk gila kan kuasa dan ta ...

Sorry anwar lg kemaruk. Atok rajin, da nk msok kubur pon nk selamatkan malaysia. Anwar memporak perandakan malaysia. Anwat tu da tua bwak2 la main tepuk amai2, belalang kupu2 dgn wan azizah dan cucu2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:11 AM | Show all posts
akusukaq replied at 17-10-2020 11:57 PM
Ahli pejuang ada berapa ketol , ada hati nak tentukan siapa piem ?

dari lantik pesiden parti 6 ketul ahli tu.
baik PERKASA je lantik pesiden deyol jd pm


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dey! sudah2 la tu! takde orang lain ke?

orang dok kutuk anwar gila nak jadi PM sbb hari2 dok ratib, tapi orang tua ni pun sama je gila nak jadi PM sampai mati, bezanya tak meratib je
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
No wayyy..dont let this man 2 b pm again.this guy masa pemerintahan di bwh ph telah aniaya sayaaaa...saya akan ingt perbuatan nya dn seluruh kepimpinan ph yg kejam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 18-10-2020 12:24 AM
No wayyy..dont let this man 2 b pm again.this guy masa pemerintahan di bwh ph telah aniaya sayaaaa.. ...

Acik forum ckp madey rajin kjer. Tua nk mmpos pon rajin lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 18-10-2020 12:24 AM
No wayyy..dont let this man 2 b pm again.this guy masa pemerintahan di bwh ph telah aniaya sayaaaa.. ...

Btw, apa yg ko kena aniaya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde org lain lagi ker..mahathir anwar mahathir anwar..gitu je la smpai mampus..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape la semuanya umo wajib pencen xdan x. Boleh renewal contract punya umo..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu da pegang jwtn elok2, knp pi ltk jwtn, skrg mlukut tepi gantang la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:58 AM | Show all posts
Yang baca warta berita kat TV pun dah bersilih berganti bertukar sejak dia jadi PM.. Ni balik2 muka dia........ Woi!! Bagi org lain lah...............
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 18-10-2020 12:24 AM
No wayyy..dont let this man 2 b pm again.this guy masa pemerintahan di bwh ph telah aniaya sayaaaa.. ...

woww..mcm kne personal attack oleh kjaan ph gitu, ape kekejaman yg tlah dilakukan thadap u
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 18-10-2020 08:58 AM
woww..mcm kne personal attack oleh kjaan ph gitu, ape kekejaman yg tlah dilakukan thadap u

Aku rasa kontrak tk disambung laa tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la sokong dedi...

Tambahnya, keputusan tersebut turut dipersetujui anak Mahathir, Mukhriz yang juga presiden parti Pejuang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list