Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5669
View
118
Reply

[Tempatan] Anwar Ibrahim bidas arahan kerja dari rumah

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-10-2020 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Anwar bidas arahan kerja dari rumah

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... n-kerja-dari-rumah/

Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
22 Oktober 2020, 4:06 pm


Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR C Keputusan kerajaan untuk melaksanakan arahan bekerja dari rumah tidak masuk akal apabila hanya membabitkan kakitangan pengurusan dan penyeliaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang bekerja di bahagian operasi yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dikehendaki untuk bekerja seperti biasa.

Bagaimana keributan ini dapat membantu aspek kesihatan awam dengan mengorbankan pekerja kolar biru?

Perubahan di saat akhir, termasuk arahan yang melibatkan pekerja sektor awam dan sektor yang di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) benar-benar menambah rumit orang ramai dan membazir masa semua, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan-kenyataan penting dibuat tanpa kajian yang menyeluruh itu tidak membina keyakinan di peringkat domestik ataupun kepada para pelabur luar.

Panduan terkini ternyata akan memberi dampak pada perniagaan, terutamanya kepada mereka yang kini sedang bergelut dalam sektor peruncitan.

Menurut Retail Group Malaysia, kira-kira 51,000, iaitu sebanyak 15 peratus daripada jumlah keseluruhan industri di Malaysia tidak mampu bertahan lebih dari empat atau lima bulan mendatang, ujar beliau.

Katanya, rakyat masih belum jelas akan strategi kerajaan untuk membangunkan ekonomi, sebaliknya disajikan arahan atau panduan yang bertembung, termasuk amalan antara dua darjat dalam pelaksanaan hukuman.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi gesaannya agar kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga bulan lagi bagi membantu industri kecil, dan pembayaran gaji kepada pekerja sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan. -K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 22-10-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ko tu takde keje dok diam pa haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:17 PM | Show all posts
pandailah kau bang non....tapi mmg betul pun...arahan mengelirukan dan x make sense
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bidas
jangan tak bidas
Bidas
jangan tak bidas
Bidas
sampai kau nampak wajahmu
Bidas
jangan tak bidas
Bidas
sampai berkilat
Bidas
sampai tertanggal semua karat



Ok, iols tak reti nak tukar reka lirik catchy matchy
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Contohnya kilang.. Operator kilang boleh bawa balik mesin buat kerja kat rumah?

Dia mai dah penyakit gila zaman dia jadi pemimpin pelajar dulu.. Meroyan2 kononnya ada kematian kat Baling sbb kebuluran sekali rupanya menipu saja.

Anwar ibrahim dan bab2 meroyan supaya nampak hero tak boleh dipisahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:37 PM | Show all posts
bab ni aku sokong ngn bang non..
yg pkerja2 operator dgn staf bawahan ni..
mmg antibodi kebal covid ke..
yg disuruh keje jgk..
patut pkpd je lembah klang ni dlu...
tgh masih blh kawal.. nnt kalau dh worst..smpai dh lumpuh..
baru ade akai...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab arahan mengelirukan tu betui jgk. Sat A sat B.. tahla..

Tp klu dr awai diberi arahan wfh (bg pkerja yg bole wfh la) lg elok..bole kurangkan jumlah manusia di tempat awam..

mna sektor yg x bole wfh tu kna p tmpt kja mcm biasa la cuma kurang sikit manusia ke sini ke sana ke sini ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni kot yg anwar ibrahim haramjadah ni fikirkan kalau melibatkan pekerja kolar putih.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:42 PM | Show all posts
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengulangi gesaannya agar kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman untuk tiga bulan lagi bagi membantu industri kecil, dan pembayaran gaji kepada pekerja sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan.


boleh caye ke kalau dia tgh berkuasa dia buat mcm apa dia cakap ni? kegilaan dia nk kuasa lg teruk. mungkin nk tutup citer tu dia acah2 hero la ni. walaupun ada betul dia ckp, tp aku da was2 je bila dia ni bukak mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:44 PM | Show all posts
Biala dia bidas


Dah nama ketua pembangkang  


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 22-10-2020 04:37 PM
bab ni aku sokong ngn bang non..
yg pkerja2 operator dgn staf bawahan ni..
mmg antibodi kebal covi ...

Kang disuruh cuti, bising juga, kilang tak beroperasi tak dpt bayar gaji pekerja.
Sektor yg tak perlu ramai2 masuk ofis tu, wfh je la utk kurangkan org dekat pejabat.
Cth macam universiti, kelas online, patutnya pensyarah bg wfh je. Baru la kurang org masuk pejabat.
Masalah jadi bila staf admin pulak dengki dia tak dapat wfh. Ni contoh la.
Bukan nk tgk isu yg lebih besar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:05 PM | Show all posts
Edited by monreyes at 22-10-2020 05:06 PM

to me ..ini effort nak kurangkan crowd kat opis tu je...
patutnya cukup bgtau kerajaan menggalakkan kakitangan pengurusan bekerja dari rumah...
bior macai2 je g opis...ni utk day to day operation...dorang bkn involve  pun..
ada sorang dua supervise sudah lah...
apa2 hal zoom..
cukup dgn general statement...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 22-10-2020 04:16 PM
ko tu takde keje dok diam pa haha

Patut dia jer kerja kat rumah.basuh kain baju,jaga cucu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:15 PM | Show all posts
keje mung bidas...pastu sebok nak jadik pm...bidas...pastu sebok nak jadik pm...tu je lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 22-10-2020 04:37 PM
bab ni aku sokong ngn bang non..
yg pkerja2 operator dgn staf bawahan ni..
mmg antibodi kebal covi ...

yg boleh kerja dari rumah, digalakkan buat kerja dirumah supaya yg perlu pergi ke tempat kerja x perlu bersesak. konsep WFH ni nak kurangkan orang di jalan.
pekerja saya antara yg kena keluar juga untuk kerja. bila ramai dah start WFH ni, makin smooth perjalanan mereka dan kurang risiko bertembung orang ramai. tapi mereka kena juga buat swab test berkala utk memastikan semua sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
semalam tgk kawan keje opis siap tapau bawak balik PC opis utk WFH. kalini lebih bersedia la mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:21 PM | Show all posts
aku paham je keputusan gomen tu..nak stop semua from going to work serupa la mcm full pkp balik. operation kilang kena stop, construction kena stop, kedai kena tutup. kesan dia terlalu besar. kalau tanya pekerja kolar biru tu semua diorg nak duduk rumah ke nak kerja, mesti diorang jawab nak kerja. sbb kalau tak kerja takde income or gaji kena potong. pegawai boleh la kerja dari rumah utk kurangkan crowd at work place. mcm aku komen sblm ni, kalau exec boleh wfh buat report, meeting, pakai pc kt rumah. kalau kerani yg kerja fotostat, filing etc takkan nak angkut mesin fotostat balik rumah. ujung2 diorg melanguk je kt rumah..yg exec ni jgk mcm org gila buat kerja kt rumah pastu kena masuk ofis 1-2 kali seminggu utk print, fotostat document, filing etc kena buat sendiri sbb kerani dh wfh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-10-2020 04:25 PM
Contohnya kilang.. Operator kilang boleh bawa balik mesin buat kerja kat rumah?

Dia mai dah peny ...

Mcm kerja kilang tu maybe diorg akan buat 2 shift yg mana tujuan utk kurang bilangan pekerja...so ada distancing
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 22-10-2020 05:21 PM
aku paham je keputusan gomen tu..nak stop semua from going to work serupa la mcm full pkp balik. ope ...

Mcm keje2 yg wajib di office cth nak guna system, filing...maybe boleh dtg once a week atau 3 kali seminggu seperti yg di suggest gomen...rasanya government bg guidelines secara umum n company kena decide apa yg sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 22-10-2020 05:30 PM
Mcm kerja kilang tu maybe diorg akan buat 2 shift yg mana tujuan utk kurang bilangan pekerja...so  ...

Mmg ada shift.. Biasanya 2 shift....staff opis boleh saja WFH kalau diberikan laptop. Biasanya yg dpt laptop akan dpt juga broadband.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list