Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
638
View
2
Reply

[Tempatan] Kesan Covid-19, 37 peratus keluarga di ibu kota sukar beli makanan mencukupi

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-10-2020 06:04 PM | Show all posts |Read mode
37 peratus keluarga sukar beli makanan mencukupi

https://www.bharian.com.my/berit ... i-makanan-mencukupi

Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Oktober 30, 2020 @ 3:38pm
yusri.muzamir@bh.com.my


GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Kajian oleh agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, susulan pandemik COVID-19, satu daripada dua keluarga pendapatan rendah di ibu kota, berada dalam kemiskinan relatif dengan 37 peratus sukar membeli makanan mencukupi.

Itu adalah di antara dapatan daripada kajian fasa kedua Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) di negara ini.

Kajian itu dijalankan di antara tempoh akhir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga September lalu.

Laporan bertajuk 'Keluarga di Pinggiran' membabitkan tinjauan terhadap 500 keluarga mendiami flat kos rendah sekitar Kuala Lumpur itu turut mendapati pemulihan pasca PKP itu adalah separa, tidak sekata dan berubah-ubah.

Isi rumah diketuai wanita dan orang kurang upaya (OKU) di ibu kota ini, dikesan tidak menunjukkan perubahan.

Kebanyakan keluarga berpendapatan rendah didapati lebih buruk berbanding sebelum pandemik COVID-19 dengan isi rumah dalam keadaan lemah untuk menangani lebih banyak kejutan dan berisiko mundur.

Laporan itu turut mendapati beberapa kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah berisiko berhenti sekolah ekoran kesan kewangan dan psikologi susulan pandemik COVID-19.

Purata pendapatan keluarga berpendapatan rendah kekal 10 peratus lebih rendah berbanding pra-COVID-19, walaupun pengangguran berkurangan selepas tamat pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB).

Laporan berkenaan mengesahkan kesan psikososial negatif ekoran COVID-19 dengan hampir satu daripada lima individu tertekan, khususnya dalam kalangan isi rumah diketuai wanita.

Keluarga berpendapatan rendah juga didapati berusaha menjana semula punca pendapatan dan secara aktif memainkan peranan dalam usaha negara membanteras COVID-19, walaupun dalam keadaan sukar.

Rentetan itu, laporan berkenaan mengesyorkan supaya memperhebat sistem perlindungan sosial arus perdana sebagai sebahagian daripada strategi keluar bagi dasar khusus tindak balas COVID-19.

Mengulas laporan itu, wakil UNICEF di Malaysia, Dr Rashed Mustafa Sarwar, berkata aspek perlindungan sosial perlu dititikberatkan dalam Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12.

"Ia bagi memastikan tiada keluarga dan kanak-kanak keciciran dalam usaha Malaysia menangani pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, wakil UNFPA di Malaysia, Najib Assifi, menegaskan terdapat keperluan mendesak untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial, khususnya bagi isi rumah diketuai wanita.

"Program seperti ini akan memberikan kerjasama penting untuk melindungi masyarakat, sektor tidak formal, golongan warga emas, OKU dan kanak-kanak," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-10-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Termasuk rohingya n pati2 lain ka ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
belum dengar lg kat mesia ni

mati di sebab kan kebuluran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list