Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
9726
View
153
Reply

[Tempatan] Syed Saddiq pergi rumah Najib,sekali TMJ komen: Cucu ular. Opportunist, muka tak boleh percaya”

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-11-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
ADA pada satu saat kebencian yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada pada kemuncak yang paling tinggi

Dia pernah menyuarakan perasaan kecewa dengan tindakan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai ‘ayah’ yang mengkhianati asas penubuhan Bersatu apabila bekerjasama dengan kalangan kleptokrat.

“Beliau seperti ayah saya sendiri dan merupakan antara sebab kenapa saya menyertai politik,” tegas Syed Saddiq.

“Beliau salah seorang yang lantang bersuara menentang kleptokrat global. Beliau dipecat oleh partinya kerana membantah golongan kleptokrat itu.”

Syed Saddiq meluahkan perkara itu ketika ditemu bual pengacara Mehdi Hasan dalam rancangan UpFront di saluran berita Al Jazeera Mac lalu sebaik kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Hari ini, Ahli Parlimen Muar itu hadir sendiri ke kediaman Najib dan Ahli Parlimen Pekan itu menyambutnya dan dilayan sebagai tetamu.

“Ada tetamu datang rumah hari ini. Bertukar pandangan. Bincang dan nasihat,” tulis Najib ringkas di media sosialnya.

Dan di Twitternya, Syed Saddiq dengan ringkas memberitahu, beliau bertemu dengan Najib untuk berbincang beberapa isu terutama berkaitan Belanjawan 2021 yang akan berhadapan undi belah bahagian sama ada diterima atau ditolak oleh 220 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat esok.

“Sempat bertemu DS @NajibRazak dan bincang beberapa isu dan desakan Belanjawan. Saya percaya, seperti Undi 18 kita kena duduk dan bincang bersama Ahli Parlimen yang lain untuk kepentingan rakyat. Esok undi Belanjawan 2021. Kalau sokong, komen ya, kalau tolak, komen tidak,” ciap Syed Saddiq di Twitter.

Di Facebooknya pula, bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang turut berkongsi gambar pertemuan itu menegaskan dia sentiasa percaya kepada prinsip tidak memihak.

“Dahulu, bila berkhidmat di KBS sebagai Kerajaan, dapat bekerjasama dengan DS Najib berkenaan #Undi18 . Sejarah baru tercatat apabila x3 Pindaan Perlembagaan berjaya diluluskan & 7.8juta Pengundi Muda diangkat.

“Kini, bila di kerusi Pembangkang pula, bincangkan soal #Belanjawan2021 . Malaysia perlu membudayakan Bipartisanship,” kata Syed Saddiq.
Beliau berkata, tidak salah untuk semua pihak duduk semeja demi kepentingan negara dengan menjadikan Malaysia sebagai keutamaan.

Antara yang dibincangkan termasuk isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pelanjutan moratorium, isu cukai durian runtuh, peruntukkan RM85 juta kepada JASA, kebajikan Mahasiswa dan lain-lain.
“Saya dan Muda percaya perbincangan dengan Ahli Dewan Rakyat dari mana-mana parti adalah sebahagian dari tugas politik. Ketepikan ego politik dan cari jalan terbaik untuk negara. Apa pandangan rakan rakan?

“Kalau mahu sokong Belanjawan, komen ya. Kalau mahu tolak, komen tidak,” kata Syed Saddiq. SM

TMJ Masuk Komen

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah TMJ telah meniggalkan satu komen di IG milik Najib

“Cucu ular. Opportunist, muka tak boleh percaya”
IMG_20201126_005404.jpg
IMG_20201126_004852.jpg
IMG_20201126_005221.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 26-11-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha straight forward btol tmj ni...baguih dok ada la..mkn dalammm
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Awal sangat aku masuk nak baca komen
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku harap syed sadiq ada mohon maaf dengan DSN

terlalu banyak cacian dan makian dia kepada Bossku sebelum ni

besar betul jiwa PM6 tu sangat terbuka, sedia memaafkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha memang opportunist pun TMJ betul2 straightforward.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 04:56 AM | Show all posts
kenapa najib?adakah percubaan spy bagi pihak si org tua apa pendirian najib,vote?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cucu ular
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha. Mmg betul pun. Tq tmj! Aku x bleh lupa masa sadiq ni kena interbiew bila x dpt jab soklan mula start meratib kleptokrat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
I agree with TMJ. Opportunist is the correct word.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Politician..... semua opportunist
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnye dr dulu lg die pi bljr kat oxford nun, ko mmg bodoh masuk politic ss oiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg mengomennya pun hidup atas privilege. Takde mende nak bangga.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ss ni baik je dengan adik Najib.. Siap bergambar sekali kat oxford.
Tapi budak ni betul2 opportunist, semua side try cucuk
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Politicians...what to expect?heh!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Rugi x belajar luar negara. Kalu belajar oxford bijak skit nk bersyarah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu tak hipokrit/ opportunies
Bukan ahli politik la
Mcm Azmin
Dr kem Anwar ke kem Atuk skrg kem Abah
Takde gamba mcm SS je
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya dia pi blaja je aritu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lah Najib pi layan dia ni. Betul kata TMJ..dia ni cucu ular. Menyendeng jer kerja si Syed ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 07:40 AM | Show all posts
saddiq kenapa kau menjadi sepak raga?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tmj tu cakap orang boleh. cuba kita cakap dia.. poyo nak bergaduh dengan rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list