Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
3203
View
70
Reply

[Dunia] Ditikam halang pasangan sejenis berkahwin

[Copy link]

Author: debab_78       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-11-2020 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by debab_78 at 29-11-2020 09:44 AM

New Delhi: Akibat cuba menghalang pasangan sejenisnya berkahwin, seorang lelaki ditikam sampai mati oleh tunang 'kekasih gelapnya' itu sebelum mayatnya disumbat dalam beg pakaian dan dibuang dari atas kereta api di Bharuch, Gujarat. Mangsa berusia 46 tahun dikenali Neeraj Gupta dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pekerja lelakinya dikenali sebagai Faisal, 29.

Faisal bersama ibunya Shaheen Naaz, 45, serta tunangnya, Juber, 28, sudah ditahan polis, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Barat Laut Vijayanta Arya. Pada 13 November, Gupta bertengkar di rumah sewa Faisal di barat laut New Delhi membabitkan dia, tunang dan ibunya selepas Gupta membantah perkahwinan itu, kata polis. Gupta dipukul di kepala dengan batu-bata oleh Juber, ditikam tiga kali di perut dan lehernya dikelar. Wanita itu dan ibunya membantu Faisal yang juga tertuduh utama membuang mayat mangsa.Perkara itu menjadi perhatian selepas polis diberitahu Gupta hilang dari Taman Kewal di Adarsh Nagar di barat laut New Delhi.

Isteri Gupta memberitahu polis dia mengesyaki Faisal terbabit dengan kehilangan suaminya kerana Faisal dan Gupta mempunyai hubungan, kata seorang pegawai kanan. Berdasarkan laporannya, satu kes didaftarkan mengikut Kanun Keseksaan India Seksyen 365 (penculikan atau penculikan dengan niat secara rahsia dan salah untuk mengurung seseorang) dan Faisal disoal siasat, kata polis. "Ketika disoal siasat, Faisal mendedahkan dia bekerja untuk Gupta dan mempunyai hubungan sulit dengannya selama 10 tahun.

"Ibu bapanya mahu dia menikahi Juber, dan bertunang dengan wanita itu. "Ketika dia memberitahu hal ini kepada Gupta, mangsa membantah perkahwinan itu dan datang ke rumah sewa Faisal di Taman Kewal di Adarsh Nagar dan bertengkar dengan Juber, Faisal dan ibunya," kata Arya. Dalam pertengkaran itu, tindakan Gupta mendorong Faisal yang menaikkan kemarahan Juber dan menyerang dan membunuhnya, kata Faisal. Selepas membunuh Gupta, mereka memasukkan mayat ke dalam beg pakaian dan tiba di stesen kereta api Nizamuddin dengan teksi.

Juber yang bekerja di stesen kereta api itu menaiki Rajdhani Express dengan membawa beg pakaian dan membuang mayatnya dekat Bharuch di Gujarat. Pisau dan batu-bata yang digunakan dalam jenayah itu dijumpai dan usaha dilakukan untuk mengesan mayat itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd
gupta1_1606600845.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 29-11-2020 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu ke faisal? Sia-sia je si gupta tu mati, tak berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak baca dua kali berita ni baru faham maksud tajuk. Mula2 ingatkan lelaki itu dibunuh sebab menghalang perkahwinan sejenis rupanya dia yang ada hubungan sejenis dengan pembunuh dan akak pun tak jadilah nak kasihan pada mangsa.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-11-2020 09:50 AM | Show all posts
nazzse replied at 29-11-2020 09:48 AM
Tu ke faisal? Sia-sia je si gupta tu mati, tak berbaloi.

Hahaha... itu la faisal... umur baru 29 tapi dah cenggitu ghupernya..
btw samseng btl muka tunang dia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak faham.. Pening jap

Gupta = lelaki biseksual + kena bunuh
Faisal = lelaki biseksual + pembunuh bersama
Juber = perempuan + tunang Faisal + pembunuh bersama
Shaheen = perempuan + ibu Faisal + pembunuh bersama

Motif pembunuhan = Gupta tak setuju kekasihnya Faisal utk bernikah dgn Juber.

Isteri Gupta pulak tau yg Gupta dan Faisal ada hubungan HOMOSEKSUAL.

Dah mcm keluarga 69
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
debab_78 replied at 29-11-2020 09:50 AM
Hahaha... itu la faisal... umur baru 29 tapi dah cenggitu ghupernya..
btw samseng btl muka tunan ...

Agaknya faisal pun dh byk kali kna dera dgn tunang yg samseng ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-11-2020 10:05 AM
Aku nak faham.. Pening jap

Gupta = lelaki biseksual + kena bunuh

Bila aku baca je nama juber...teringat kt wartawan hiburan zuber ali ke nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-11-2020 10:22 AM
Bila aku baca je nama juber...teringat kt wartawan hiburan zuber ali ke nama dia

Yg sentap sbb x kena jemput kenduri tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 29-11-2020 09:50 AM
Akak baca dua kali berita ni baru faham maksud tajuk. Mula2 ingatkan lelaki itu dibunuh sebab mengha ...

Oh wow dekkkk..... sampai macam tu sekali yach penangan kebencian akibat agama ya dek?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Peningnya aku baca..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x baper nk phm. Nama Neeraj tu aku ingatkn pompuan tp ayat awal kata psgn sejenis. Gmbr2 3 org tu menambah kekeliruan, sbb aku ingat 2 pompuan tu bergaduh psl lelaki tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-11-2020 10:05 AM
Aku nak faham.. Pening jap

Gupta = lelaki biseksual + kena bunuh

Ha baru nak buat kira2 mcm ni. Rupanya Juber tu pompuan. Ingatkan mcm saadon jubir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-11-2020 10:24 AM
Yg sentap sbb x kena jemput kenduri tu kan.

Yeszaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:02 AM | Show all posts
aku ingatkan si Juber tu Gay yg mati, sebab nama dekat2 dengan jubor
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 29-11-2020 10:58 AM
Ha baru nak buat kira2 mcm ni. Rupanya Juber tu pompuan. Ingatkan mcm saadon jubir.

Byk kali baca utk memahami.. Hihihi.. Ganas muka Juber tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-11-2020 10:58 AM
Yeszaaaa....

Hahaha.. Dia dah bersara kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-11-2020 10:05 AM
Aku nak faham.. Pening jap

Gupta = lelaki biseksual + kena bunuh

iols tgk carta uolz br paham, bace berite td xphm
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-11-2020 10:05 AM
Aku nak faham.. Pening jap

Gupta = lelaki biseksual + kena bunuh

Tq explain. Pening kepala baca
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 29-11-2020 11:16 AM
iols tgk carta uolz br paham, bace berite td xphm

Semoga membantu.. Hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
biskut_milo replied at 29-11-2020 11:19 AM
Tq explain. Pening kepala baca

Berputaq2 kan berita ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list