|
Banjir termenung resahkan penduduk
ASYRAF MUHAMMAD | | 29 November 2020

Keadaan banjir termenung yang masih belum surut di Taman Meru Utama.
KLANG - Penduduk sekitar Jalan Teratai di sini buntu memikirkan masalah banjir termenung yang dihadapi mereka sejak enam tahun lalu.
Mereka juga mendakwa beberapa kawasan taman perumahan berhampiran jalan berkenaan turut mengalami masalah sama dan banjir juga mengambil masa kira-kira lima hari untuk surut sepenuhnya jika hujan tidak berterusan.
Penduduk Jalan Teratai, Ahmad Faizan Pardi, 42, berkata, lebih membimbangkan apabila berlaku hujan lebat dan keadaan itu turut menggusarkan penduduk di beberapa kawasan berdekatan.
"Selain taman ini, Taman Daya Maju, Taman Bayu, Taman Meru Jaya dan Taman Meru Utama turut berdepan masalah sama sekiranya hujan dalam tempoh dua jam tanpa henti," katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad Faizan mendakwa, Jumaat lalu, penduduk sekali lagi terpaksa berdepan banjir dan sehingga kini masih belum surut sepenuhnya.
Katanya, dalam tempoh setahun, kira-kira 15 kali keadaan itu berulang.
"Sudah beberapa kali kami membuat aduan kepada pihak berkaitan namun masih tiada penyelesaian dan sampai bila perkara ini harus berlaku," katanya.
Dalam pada itu, seorang penduduk lain, Chow Choon Hooi, 45, berkata, laporan berhubung masalah itu pernah diajukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK), wakil rakyat, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) serta beberapa agensi berkaitan lain namun tiada langkah penyelesaian yang jelas berhubung isu itu.
Katanya, penduduk terpaksa menanggung kerugian yang tinggi ekoran kerosakan harta benda.
"Jika hujan lebat kami akan mula bimbang dengan masalah banjir dan saya amat merayu masalah ini dapat diatasi segera," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Busuk air tu. Seronok nyamuk aedes membiak.
|
|
|
|
|
|
Kat mana2 ada masalah air bertakung atau banjir genang ni. Ada parit tapi kadang2 macam tak berfungsi. Takde perancangan yang betul masa buat parit tu. |
|
|
|
|
|
hahaha kelakar betul terma banjir termenung tu |
|
|
|
|
|
termenung - duduk merenung sesuatu tanpa buat apa-apa
banjir termenung- paras air mcm tu shj utk selama beberapa hari
itu yg aku fhm
|
|
|
|
|
|
ni area dormitaries top glove tu kan |
|
|
|
|
|
Baca jalan teratai
Iols trtingat kluster teratai..
Termenung ku sendiriiii
Mengenang rindu tidak menentuuu
|
|
|
|
|
|
klu jual rumah balik pun tetap dpt untung xdenye rugi walaupun banjir termenung 185 hari |
|
|
|
|
|
tp ak rs sikap sesetgh rakyat / bkn warganegara pun penyebab banjir. mana x nye, buang sampah relax je cmpak dari kereta masuk longkang. kt U ak dulu relax je bkn warganegara minum air, plastik tu dia g campak masuk ke sungai. wlupun sungai tu x bersih, sedar diri sikit ko tu menumpang negara org. pemalas betul nk buang kt tong sampah. |
|
|
|
|
|
Klang ni aku rasa bandar paling jijik kot kat malaysia nih..dgn busuknya.. berserabutnya.. kotor lagi.. ntah apa2 jelah staf2 majlis perbandaran klang tu buat kat ofis |
|
|
|
|
|
Ini akibat air pasang besar kan? Memang tak boleh nak apa kalau air tu tak dapat mengalir ke laut. Anggaplah ini adalah preview apabila paras air laut meningkat. Nanti banyak tempat ditenggelami air dan jadi paya. Penduduk perlu berpindah ke kawasan lebih tinggi. |
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 29-11-2020 04:46 PM
termenung - duduk merenung sesuatu tanpa buat apa-apa
banjir termenung- paras air mcm tu shj utk se ...
Perkataan baru ke ni |
|
|
|
|
|
Patut la murah rumah kawasan ni..kwsn banjir rupanya |
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-11-2020 04:32 PM
Kat mana2 ada masalah air bertakung atau banjir genang ni. Ada parit tapi kadang2 macam tak berfungs ...
Kat selangor kl ni xtau la ada lg ke x tmpt kalis banjir |
|
|
|
|
|
damsel_fiji replied at 29-11-2020 05:48 PM
Klang ni aku rasa bandar paling jijik kot kat malaysia nih..dgn busuknya.. berserabutnya.. kotor lag ...
Klang tu kalau boleh potong jadikan pulau, dah lama aku buat petisyen keluarkan dri malaysia. Rumah murah sikit dri daerah lain xlaku |
|
|
|
|
|
Mmg temenung dibuatnya kalau x surut2 mcm ni.... |
|
|
|
|
|
Memang pun... Time banjir, tengok kat sungai, menimbun sampah timbul...
|
|
|
|
|
|
damsel_fiji replied at 29-11-2020 05:48 PM
Klang ni aku rasa bandar paling jijik kot kat malaysia nih..dgn busuknya.. berserabutnya.. kotor lag ...
Sayang betul tak berjaga.
Aku suka pergi klang tengok design bangunan dgn rumah lama. |
|
|
|
|
|
ingatkan banjir smpai banyak ikan temenung. termenung seketika aku baca banjir termenung. |
|
|
|
|
|
Baru tau ada istilah banjir termenung ni.. kerap sgt jadi mmg x tenang jadinya bila time hujan, kena selalu monitor luar rumah tgk paras air.. susah jugak kalau berhari2 tak surut.. sabarnya la dorang hadap masalah ni |
|
|
|
|
|
|