Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
3278
View
66
Reply

[Tempatan] Pandu Vios bawa Pokok pisang,terbongkar semua kesalahan trafik - 18 saman trafik, empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun.

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-11-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Iskandar Puteri: Lelaki yang membawa sebatang pokok pisang menggunakan Toyota Vios di Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, petang semalam, bukan saja tidak memiliki lesen memandu malah mempunyai 18 saman trafik, empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun.

Video lelaki berkenaan yang memandu dengan membawa sebatang pokok pisang secara melintang itu tular di media sosial sejak petang semalam dan menerima kecaman pengguna jalan raya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Persiaran Utama, Taman Mutiara Rini, Skudai, dekat sini, jam 2 petang semalam.

"Pada jam 7.15 malam, pemilik kereta yang berada di Singapura berjaya dihubungi dan pada jam 8.30 malam hari sama, anak pemilik kereta hadir bersama kenderaan yang tular di video berkenaan.

Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik, kenderaan itu dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk upacara keagamaan di Taman Mutiara Rini.

"Pada jam 9.30 pagi tadi, lelaki berusia 30 tahun yang memandu Toyota Vios berkenaan menyerah diri ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri.

"Hasil pemeriksaan rekod saman lampau, pemandu berkenaan memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Video tular berdurasi 54 saat itu memaparkan rakaman pemandu yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Toyota Vios kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.

Zulkhairi berkata, pemandu itu disaman mengikut Kaedah 20 LN. 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Katanya, pemandu berkenaan juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi untuk menyelesaikan kes saman lampau yang berstatus waran tangkap.

"Secara keseluruhannya saman yang diselesaikan ialah sebanyak enam saman bernilai RM1,200.

Kereta berkenaan disita mengikut bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/11/647517/pokok-pisang-punya-pasal-terbongkar-semua-kesalahan-trafik
IMG_20201129_231639.jpg

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 29-11-2020 11:25 PM | Show all posts
mental ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
gilerrrrr selfish
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawa pokok pisang. Dah tau dah siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosak la tandan pisang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Minum todi byk sgt kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin sebab dia rasa dia bawa kereta jenama toyota...jadi dia rasa hebat sangat dah kot...

biasanya kita dengar myvi saja la yg buat perangai sampai habis semua yg bawa myvi kena kutuk

kesimpulan dari kes ni...ang bawa kereta apa pun tapi kalau perangai mcm hanat maka tetap akan menyusahkan org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:38 PM | Show all posts
jika tak kicap, kuali atau arang
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingginya pokok pisang tu
Mkn 3 lane terus...xleh tumpang lgsg!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh beno bawak pokok pisang sampai lalu main road bagai. Dekat2 rumah takde ke?

Org lain boleh bawak naik motor je 2 org, pikul atas bahu depan belakang. tapi lalu jalan dalam la. Mendapat la, abis siap kena korek saman2 lama bagai
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-11-2020 03:31 PM
mungkin sebab dia rasa dia bawa kereta jenama toyota...jadi dia rasa hebat sangat dah kot...

...

Akal & otak manusia je yg ada..
Jenama & jenis kereta tak pernah salah
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 30-11-2020 12:07 AM
Akal & otak manusia je yg ada..
Jenama & jenis kereta tak pernah salah
Haha

kan...sebab tu aku gelak saja bila ada yg kutuk myvi...sedangkan yg lahanat tu manusia sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bw pokok pisang gini...hanyalah yg tu...org lain tk oerlu pokok pisang utk knduri ka apa ka..

Klau org kedah..baling ka...msk gulai btg pisang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:21 AM | Show all posts
bawak sepokok mcm tu tujuan nak tanam balik ke ape..kalau nk guna daun, batang or buah ngape tak di potong2 dulu. bangang sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak ikat daun tu? Habis sapu jalan.buruk terus pokok tu

Dah alang2 nk bawak melintang bawak la dgn bergaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawa lah pokok pisang kecil sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak bawak pokok durian pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawalah hilux. Tak syg ke kereta kena getah pisang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya nk buat kenduri kahwin utk satu bangsa tu lah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal boleh ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list