[Tempatan]
Rakyat pelbagai kaum yang sering terputus air gembira apabila kilang HARAM 10 TAHUN dirobohkan. Tokey kilang HARAm gembira diberi tapak baru. Peniaga kecil tiada maaf bagimu terus sita
[Copy link]
Author: kluangman
Show all posts
Read mode
|
Edited by kluangman at 2-12-2020 10:42 AM
https://selangorkini.my/2020/03/ ... di-kawasan-larangan

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita barangan jualan penjaja di hadapan stesen minyak dekay Jalan MRR2, Gombak pada Jumaat lalu. Foto Ihsan MPS
https://www.thestar.com.my/metro ... machinery-workshops
https://www.bharian.com.my/berit ... an-dari-tepi-sungai
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan mengalihkan kilang penyelenggaran jentera berat berhampiran sungai, ke kawasan perindustrian baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, berkata penempatan semula perlu dilakukan segera kerana kilang itu boleh mengakibatkan pencemaran sungai, seterusnya menjejaskan bekalan air bersih penduduk Lembah Klang.
Katanya, kerajaan negeri akan berbincang dengan beberapa pemaju untuk mewujudkan kawasan perindustrian khas untuk kilang penyelenggaran.
"Di Rawang sahaja, banyak kilang seumpama itu didirikan dan kita akan melakukan sesuatu, termasuklah mencadangkan agar dipindahkan ke kawasan perindustrian yang bersesuaian, tidak berhampiran sungai.
"Keperluan untuk mencari tapak perindustrian baharu yang baru perlu dilakukan untuk memastikan industri itu berada di kawasan yang sesuai," katanya dalam sidang akhbar selepas serbuan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, hari ini.
Sze Han berkata, MPS masih mengesan kilang yang didirikan tanpa kebenaran dan menceroboh tanah kerajaan serta terlalu hampir dengan kawasan sungai.
"Kita akan mengesan kilang-kilang yang membuat pembinaan haram ini dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya arahan dan notis gagal dipatuhi
"Dalam masa terdekat ini, empat lagi kilang akan dirobohkan kerana gagal mematuhi notis yang diberikan," katanya.
Sze Han berkata, dalam serbuan pagi tadi, kilang penyelenggaran jentera berat dikenal pasti menjalankan operasi tanpa kebenaran di tanah rizab sungai dan berisiko untuk melepaskan pencemaran ke dalam Sungai Garing dan Sungai Rawang.
Beliau berkata, kilang terbabit sudah beroperasi selama 10 tahun dan terletak kira-kira 200 meter dari kawasan anak Sungai Selangor itu.
"Kilang ini didirikan di atas tanah kerajaan dan berada berhampiran dengan Sungai Garing yang mengalir ke Sungai Selangor.
"Sekiranya ia tidak menghentikan operasi, dikhuatiri pencemaran sungai akan berlaku pada masa hadapan.
"MPS sudah memberikan notis pertama September lalu tetapi gagal dipatuhi dan kita akan merobohkan kilang ini," katanya.
Beliau berkata, tindakan itu dilakukan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Cibainyaaaaa... Yg kecil kecilan terus disita |
|
|
|
|
|
Syabas  
|
|
|
|
|
|
Baguslah sampai bila mereka yang duduk di Selangor nak hadap masaalah air ni disebabkan mereka |
|
|
|
|
|
Sama seperti di Pulau Pinang. Peniaga kecil dikenakan denda manakala barangan disita. Nak mohon lesen berniaga bukan main payah lagi nak bagi lesen. Bila berniaga kecil-kecilan takde lesen dikenakan tindakan pula.
No money, no talk  |
|
|
|
|
|
Melayu penguatkuasa mcm inilah kaum AyamPH suka |
|
|
|
|
|
patut la exco bangsa Cina ckp tak ada kilang haram
yg ada kilang tanpa lesen 
Kerajaan Selangor akan mengalihkan kilang penyelenggaran jentera berat berhampiran sungai, ke kawasan perindustrian baharu. |
|
|
|
|
|
|