Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
931
View
12
Reply

[Tempatan] 200 kakitangan termasuk wartawan The Star akan dibuang kerja. Jualan suratkhabar merosot

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-12-2020 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Puluhan wartawan antara lebih 200 kakitangan The Star diberhenti kerja
FMT Reporters -
December 3, 2020 8:00 AM


PETALING JAYA: Lebih 200 pekerja termasuk wartawan dan jurugambar akhbar The Star diberhentikan kerja dalam tamparan terbaru kepada industri media tempatan yang semakin merudum.

Menurut sumber, pihak pengurusan akhbar harian memberikan surat pemberhentian kerja kepada hampir 50 wartawan dan petugas lain dari Jabatan Pengarang semalam.

Hampir 200 pekerja dari jabatan lain turut menerima notis pemberhentian kerja. Menurut sumber, pengurusan The Star di jangka menghentikan hampir 150 pekerja lagi awal tahun depan.

Selepas diakui akhbar paling laris sekian lama, The Star akhirnya mengikut langkah pesaingnya seperti Media Prima, melaksanakan pemberhentian kerja pada skala besar untuk memotong kos operasi.

Beberapa kesatuan sekerja mengecam tindakan The Star dan menegaskan pemberhentian kerja itu tidak patut dilakukan tergesa-gesa dan tanpa menerokai pilihan lain.

Kumpulan Star Media yang dikuasai MCA dilaporkan mempunyai aset bernilai RM1 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa pelaburan oleh gergasi media itu gagal meraih pulangan yang disasarkan selain jualan akhbar merosot secara drastik.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Halim Mansor berkata The Star sepatutnya menimbang pendekatan lain untuk mengurangkan kos dan bukannya memberhentikan pekerja.

Beliau berkata dalam keadaan sekarang, pengurusan akhbar itu sepatutnya menimbang opsyen seperti mengurangkan gaji kakitangan untuk menyelamatkan pekerjaan mereka.

Semua syarikat mempunyai tanggungjawab terhadap kakitangan mereka, khususnya dalam persekitaran mencabar ketika ini. Mereka (The Star) seharusnya berikhtiar agar kakitangan mengekalkan mata pencarian mereka, kata beliau.

Apabila sesebuah syarikat memberhentikan pekerja, ia sebenarnya mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalahnya.

Kerajaan sepatutnya melarang syarikat memberhentikan pekerja dalam persekitaran yang ada sekarang, kata beliau.

Halim dukacita dengan tindakan pemberhentian kerja oleh The Star, terutama sekali kesannya ke atas kakitangan berusia yang tentunya kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu.

The Star melaksanakan program pemberhentian kerja itu selepas dua Skim Pemisahan Sukarela (VSS) sebelum ini tidak mencapai sasaran pengurangan tenaga kerja.

Dalam suku ketiga tahun ini, Kumpulan Star Media mencatatkan keuntungan bersih RM26.9 juta.

Kumpulan itu mencatatkan hasil pendapatan RM48.2 juta dalam suku ketiga, penambahan 53% berbanding RM31.5 juta yang diraih dalam suku kedua.

Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Farah Marshita Abdul Fatah, berkata walaupun ekonomi semasa suram, majikan harus menjadikan pemberhentian kerja sebagai pilihan akhir.

Mereka tidak harus mengambil jalan mudah dengan memberhentikan pekerja.

Para wartawan sudah pun menanggung kepayahan seperti pemotongan elaun, malah waktu bekerja mereka juga dipendekkan, kata beliau.

Farah berkata majikan The Star sepatutnya menawarkan kakitangan terbabit untuk bercuti tanpa gaji antara enam bulan hingga setahun dan bukannya diberhentikan terus.

Masa kini amat mencabar dan sebagai petugas media, kami memberi keutamaan kepada tugasan kami setiap waktu. Namun di waktu susah, lazimnya kami yang dikorbankan dahulu, kata beliau.

Usaha FMT mendapatkan reaksi Fu Ah Kiow selaku pengerusi The Star, tidak berhasil setakat ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-12-2020 09:32 AM | Show all posts
cash la..berita asik clickbait & mislead aja..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa habar exec yg berlagak dulu, mohon mereput iya
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 11:27 AM | Show all posts
Sebelum covid lagi pun kebanyakan jualan akhbar memang dah merosot


Kena fikir alternatif lain, rakyat dan raykat memang dah kurang baca paper , kecuali warga emas


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 11:29 AM | Show all posts
Dalam suku ketiga tahun ini, Kumpulan Star Media mencatatkan keuntungan bersih RM26.9 juta.

Kumpulan itu mencatatkan hasil pendapatan RM48.2 juta dalam suku ketiga, penambahan 53% berbanding RM31.5 juta yang diraih dalam suku kedua.


kesian la hai company untung pun masih buang pekerja lg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-12-2020 05:18 PM | Show all posts
40 kakitangan editorial The Star antara 100 yang diberhentikan
Diterbitkan Hari ini 12:17 pm

Sekurang-kurangnya 40 kakitangan editorial akhbar The Star adalah antara 100 kakitangannya yang diberhentikan semalam, dalam usaha syarikat itu mengecilkan saiz operasinya.

Langkah ini merupakan pengurangan kakitangan kali keempat dalam tempoh tujuh tahun lalu berikutan penawaran skim pemisahan sukarela (VSS), skim pemisahan bersama (MSS) dan tawaran persaraan awal (ERO) yang dilaksanakan pada tahun 2013, 2017 dan 2018.

"Walaupun kakitangan sebelum ini diberi pilihan, tetapi kali ini tidak ada pilihan," kata sumber The Star kepada Malaysiakini.

Difahamkan, syarikat itu terpaksa memberhentikan kakitangannya setelah permohonan MSS kurang menggalakkan pada pertengahan tahun ini.

"Kakitangan tidak berpuas hati dan kecewa dengan kepemimpinan pengerusi Fu Ah Kiow, terutama membabitkan projek haiwan peliharaan 'dim sum' yang menelan jutaan ringgit tetapi masih diteruskan," kata sumber itu.

Pada suku ketiga tahun ini, The Star Media Group mencatatkan keuntungan bersih RM26.9 juta, menyebabkan kakitangannya percaya pemberhentian kerja mungkin ditangguhkan.

Namun difahamkan keuntungan itu disebabkan pemberian ganti rugi sebanyak RM50.5 juta oleh Jaks Resources Berhad dalam kes di mahkamah.

'Kemungkinan berlaku diskriminasi'

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Halim Mansor berkata dia kecewa mendengar berita pemberhentian tersebut dan menggesa syarikat itu mempertimbangkan alternatif lain seperti pemotongan gaji.

Katanya, MTUC menerima laporan bahawa terdapat diskriminasi dalam proses pemberhentian tersebut dilakukan.

Halim berkata, kerajaan harus mengambil langkah untuk mencegah syarikat daripada memberhentikan kakitangan pada masa ini.

"Apabila syarikat mengambil pekerja, ia mengambil jalan keluar yang mudah. Kerajaan harus menghentikan syarikat daripada memberhentikan kakitangan dalam tempoh ini.

Kakitangan dilihat menjadi mangsa pengurusan yang teruk. Saya amat bimbang dengan kakitangan yang lebih senior yang akan bergelut untuk mencari pekerjaan baru, " katanya.

Kekuatan syarikat yang dianggarkan mempunyai hampir 2,000 tenaga kerja pada era kegemilangannya sekitar tahun 2013 kini dipercayai berkurangan kepada 1,000 orang selepas pendekatan baru diambil.

Dalam pada itu, pejabat Fu enggan memberikan komen dan usaha untuk mendapatkan respons daripada bekas ketua pegawai eksekutif The Star, Wong Chun Wai juga tidak berjaya.

Wong juga dipercayai akan meninggalkan syarikat itu pada bulan ini apabila kontraknya sebagai penasihat kumpulan tamat.

Sumber itu juga mengatakan bahawa Pegawai Eksekutif Kandungan The Star, Rozaid Abdul Rahman akan berpindah ke Sinar Harian sebagai ketua pengarang bagi menggantikan tempat Allahyarham, Baharom Mahusin.

Perkembangan terbaru ini menunjukkan industri media terus mengalami kemalapan.

Pada April, Blu Inc Media, yang bertanggungjawab untuk 19 penerbitan termasuk Cleo, Female, Her World, Harper's Bazaar, Jelita dan Marie Claire, menghentikan operasi yang menyebabkan kira-kira 180 kakitangannya kehilangan pekerjaan.

The Edge Financial Daily juga pada 21 April mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penerbitan akhbar hariannya setelah 13 tahun beroperasi.

Pada Okt tahun lalu, Utusan Malaysia, yang merupakan akhbar Melayu pertama di negara secara rasmi menghentikan operasi selepas 80 tahun diterbitkan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-12-2020 05:19 PM | Show all posts
SAM kesal 2 wartawan sukan The Star diberhentikan
Wartawan MalaysiaGazette -
3 December 2020

KUALA LUMPUR C Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dukacita dan kesal dengan tindakan akhbar The Star menamatkan perkhidmatan pekerja mereka termasuk dua di bahagian sukan.

SAM dalam satu kenyataan berkata, dua petugas di bahagian sukan yang ditamatkan perkhidmatan mereka ialah seorang penyunting sukan dan seorang wartawan sukan yang juga ahli SAM yang hampir 10 tahun menaburkan khidmat bersama akhbar berkenaan.

SAM menyedari mengenai masalah yang dihadapi oleh industri media sejak kebelakangan ini, tetapi pemilik media juga harus memandang sumbangan dan kepentingan laporan sukan yang sejak sekian lama memainkan peranan secara tidak langsung memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Inilah yang sepatutnya diberi perhatian oleh pengurusan atau pemilik media di negara ini.

Biarpun pimpinan pengurusan tertinggi akhbar tertentu di Malaysia tidak meminati sukan tetapi bahagian sukan jangan dianak-tirikan termasuk mengecilkan ruangan untuk berita-berita sukan.

Rakyat Malaysia khususnya peminat sukan juga mahu mengetahui perkembangan sukan negara yang juga menjadi antara agenda negara untuk melahirkan masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu-padu, kata kenyataan itu di sini hari ini.

SAM berharap pihak The Star agar mempertimbangkan semula keputusan mereka dan memberi peluang kepada kakitangan bahagian sukan yang ditamatkan perkhidmatan itu untuk terus menyumbang tenaga bersama akhbar berkenaan.

Media hari ini melaporkan, sekurang-kurangnya 40 kakitangan editorial akhbar The Star adalah antara 100 kakitangannya yang diberhentikan semalam dalam usaha syarikat itu mengecilkan saiz operasinya.

Langkah ini merupakan pengurangan kakitangan kali keempat dalam tempoh tujuh tahun lalu berikutan penawaran skim pemisahan sukarela (VSS), skim pemisahan bersama (MSS) dan tawaran persaraan awal (ERO) yang dilaksanakan pada tahun 2013, 2017 dan 2018. C MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tell it to thelma
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash.
Semenjak dua menjak ni reporter dia tulis berita dgn tajuk misleading sengaja nak buat cerita sensasi.

Contoh pasal kes baby yg kena tinggal kat masjid di beri headline 'the man is the imam of mosque' memberi gambaran pertama seolah imam tu bapak bayi tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:33 PM | Show all posts
sebelum kobid lagi paper tak menggalakkan jualan
semua go digital ......

The Sun kat LRT tu pun untuk orang kutip buat bungkus nasi lemak ... kuih muih
bukan orang baca pun

sebb selalu nampak orang amik banyak sekali gus
bukan satu2 .....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Star ni Kan MCA Ada share.Pam la duit juta2 .Kasihan staff kena beghenti keje .Hawau tol.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:17 PM | Show all posts
Ramai pilih baca atas talian je sekarang tak ramai nak beli suratkabar di kedai
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
keje rtm juga yg selamat sbb bawah gomen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list