Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
887
View
9
Reply

Xiaomi Lancar Peranti Kelas Perdana Mi 11 - Harian Metro

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-12-2020 11:19 AM | Show all posts |Read mode
image.png
Mi 11


Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi memperkenalkan peranti kelas perdana terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 11 yang dilengkapi dengan pemproses paling maju dalam kelasnya.

Xiaomi kali ini mengikut jejak langkah Apple apabila tidak menyertakan pengecas untuk mengurangkan penggunaan elemen unik bumi.

Peranti Mi 11 berkenaan dikuasakan dengan pemproses kelas mercu keluaran Qualcomm Snapdragon 888 sekali gus antara peranti terawal yang menggunakan cip berkenaan.

Kuasa pemproses telefon pintar itu dipadankan dengan variasi memori (RAM) 8GB hingga 12GB.

Pemproses berkenaan menggunakan binaan 5nm dan ia menawarkan kuasa tenaga efisien yang baik serta ketahanan bateri lebih lama.

Paling mencuri tumpuan adalah peranti pintar itu hadir dengan sokongan paparan resolusi 2K selain menyokong kadar segar semula 120Hz termasuk HDR10+.

Tetapan kamera pula menggunakan tiga lensa iaitu sensor utama berkeupayaan untuk 108 megapiksel (MP) bersama-sama dengan lensa ultra lebar 13MP dan sensor Makro 5MP.

Menyentuh aspek skrin pula, ia didatangkan dengan keluasan 6.81 inci AMOLED termasuk sokongan audio daripada jenama terkemuka iaitu Harman/Kardon.

Mi 11 hadir dengan kapasiti bateri 4,600mAh serta menawarkan pengecas tanpa wayar 50W termasuk pengecas berbalik 10W.

Peranti kelas perdana itu menawarkan tiga variasi iaitu 8GB bersama storan 128GB, memori 8GB dengan 256GB storan dan 12GB (storan 256GB).

Tanda harga mengikut tukaran adalah sekitar RM2,400 (3,999 Yuan) dan pastinya Xiaomi akan melakukan tanda harga dinamik untuk pasaran Malaysia.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 29-12-2020 11:41 AM | Show all posts
Pening otak nak menghadam terma Bahasa Melayu ni.. kelas Perdana.. aduhai... kelas Mercu.. pitam dik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanpa menyertakan pengecas....Mi 11....hanyalah sekadar peranti...'KELAS BELAKANG' jer..bg...AKU.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak besor 6.8 inch..buatla saiz bawah 6 inch..susah nak pakai satu tgn..yg skrg ni den pakai 6.3 pun kadang struggle nak guna satu tgn..rindu plak den ngan redmi 4 den dulu..kalau tak sal stroge kecik mmg den pakai smp skrg
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-12-2020 12:06 PM
Tanpa menyertakan pengecas....Mi 11....hanyalah sekadar peranti...'KELAS BELAKANG' jer..bg...AKU.:hu ...

Ang nak kepala pengecas ka? Aku ada original free.. Hahaha.. Saja bagi ang panas
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 29-12-2020 03:47 PM
Ang nak kepala pengecas ka? Aku ada original free.. Hahaha.. Saja bagi ang panas

ada dh....cuma x berapa nk setuju ngn benda set...tp jual asing2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
fazzrules replied at 29-12-2020 01:18 PM
Bapak besor 6.8 inch..buatla saiz bawah 6 inch..susah nak pakai satu tgn..yg skrg ni den pakai 6.3 p ...

wa pnya pon 6.44....tujuan pon tuk tgk movie..tu yg amk bosar...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-12-2020 03:51 PM
ada dh....cuma x berapa nk setuju ngn benda set...tp jual asing2 ni...

Aku x kisah sbb aku x guna kepala pengecas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-12-2020 03:53 PM
wa pnya pon 6.44....tujuan pon tuk tgk movie..tu yg amk bosar...

Kalau nak layan movie mmg best la..tp kalau aku tuk guna seharian kat luar umah bawah 6 inch lbh praktikal..nak sumbat lam poket jeans pun just nice..kalau 6.8 inch pastu pasang plak casing yg gedabak apa ntah namanya tu military grade tu senak jugak nak bejalan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape la kene beli pulak charger.. bukan semua orsng ada 50w charger... Pakai yang biasa nanti kelautlah fast charging..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list