Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
794
View
9
Reply

[Dunia] Wanita bunuh mangsa hamil untuk curi kandungan, jalani hukuman mati

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-1-2021 12:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-1-2021 09:11 AM

Wanita bunuh mangsa hamil untuk curi kandungan, jalani hukuman mati

Januari 13, 2021 @ 8:47am

Lisa Montgomery - FOTO EPA



WASHINGTON: Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) yang membunuh seorang perempuan hamil untuk mencuri bayi dalam kandungan mangsa, menjalani hukuman mati secara suntikan maut, hari ini.

Lisa Montgomery, 52, muncul wanita pertama menjalani hukuman mati yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Persekutuan AS dalam tempoh hampir tujuh dekad.

Menurut Jabatan Keadilan AS, Montgomery disahkan mati pada jam 1.31 pagi di sebuah penjara di Terre Haute, Indiana.
Katanya, pelaksanaan itu adalah 'selaras hukuman dicadangkan sebulat suara oleh juri Persekutuan dan dijatuhkan oleh Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Barat Missouri.

Mahkamah Agung AS memberi kebenaran untuk hukuman itu dijalankan, beberapa jam sebelum pelaksanaannya - meskipun wujud keraguan mengenai status mental Montgomery - susulan permohonan dikemukakan pentadbiran Presiden Donald Trump.

Peguam bela yang mewakili Montgomery, tidak menafikan keseriusan jenayah dilakukan tertuduh, iaitu membunuh seorang wanita hamil berusia 23 tahun pada 2004 untuk mencuri bayi dalam kandungan mangsa.

Namun peguam bela tertuduh, Kelley Henry, menyifatkan keputusan pelaksanaan hukuman itu - yang pertama bagi banduan wanita sejak 1953 - sebagai 'kejam, menyalahi undang-undang serta penggunaan kuasa autoritarian secara tidak wajar.'
"Semua yang terbabit dalam pelaksanaan hukuman mati Lisa Montgomery harus berasa malu," katanya dalam satu kenyataan.

Montgomery yang tidak berupaya mengandung, dituduh mengenal pasti mangsanya secara dalam talian, Bobbie Jo Stinnett yang juga seorang penternak anjing.

Tertuduh didakwa berpura-pura mahu membeli seekor anak anjing sebelum pergi ke rumah Stinnett lalu menjerutnya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa.

Pada 2007, mahkamah memutuskan bahawa Montgomery bersalah atas pertuduhan menculik yang mengakibatkan kematian, sekali gus menjatuhkan hukuman mati.

Bagaimanapun, peguam belanya percaya bahawa tertuduh menderitai masalah kesihatan mental yang teruk akibat penderaan dialami ketika kanak-kanak. - AFP







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 14-1-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang kebanyakan yang dalam death row semua ada childhood trauma,abused, mencuri, sehingga terjadi pembunuhan ditangan mereka. Kesian juga bila nak menanti mati mereka menyesal apa yang terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk muka tu mmg mcm org sakit mental.jiwa kacau.
Baby yg dikeluarkan tu hidup ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 01:41 AM | Show all posts
ni insane!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila. Kalau dh mental tu smpi bunuh org baik la jgn dilepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 07:03 AM | Show all posts
a despicable action deserves a despicable reaction
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 08:37 AM | Show all posts
matchstick replied at 14-1-2021 01:25 AM
Tgk muka tu mmg mcm org sakit mental.jiwa kacau.
Baby yg dikeluarkan tu hidup ke

aha masih hidup sampai skrg...baby perempuan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 08:39 AM | Show all posts
curi kandungan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
MsCinderella replied at 14-1-2021 08:37 AM
aha masih hidup sampai skrg...baby perempuan...

Dah besar lah budak tu kan, mujur hidup walaupun dikeluarkan gitu je.

Kat sana selalu ada kes curi baby dlm kandungan ni kat sini je belum ada kalau ada gak iols anggap pelaku ada masalah mental bagai.

Sebab kalau terdesak sgt nak baby bersepah je baby2 yg mak dia tanak boleh je booking sesiap sblm baby tu kena campak merata.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 10:13 PM | Show all posts
klu baca sebab2 pembunuhan dekat sana mmg seram dan x masuk dek akal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list