Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1385
View
14
Reply

Sweet Tak Dendam Haqiem

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-1-2021 09:00 AM | Show all posts |Read mode

Pelakon utama drama Bidadari Salju, Sweet Qismina dan Adam Lee menarik diri, bukannya terasa hati dengan Haqiem Rusli. - Foto IG Sweet Qismina


Berita Harian

Serimah Mohd Sallehuddin
bhhip@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Tiada kekecohan berlaku seperti didakwa membabitkan bintang utama drama Bidadari Salju, Sweet Qismina dan Adam Lee apabila menarik diri daripada membintangi lagu runut bunyi drama berkenaan, Mimpi dendangan Haqiem Rusli.

Minggu lalu, tercetus kekecohan kononnya Sweet dan kekasihnya, Adam bertegang urat dengan pihak produksi gara-gara penggambaran video muzik Mimpi. Perselisihan faham kononnya timbul apabila Haqiem tak bersetuju Sweet yang tidak bertudung tampil dalam video muziknya.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, ditambah pula pendirian Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33) tetap mahukan gadis bertudung, Sweet dan Adam nekad tarik diri daripada video muzik itu.

Ditambah pula pihak produksi mempunyai perancangan lain membuatkan Sweet yakin keputusan menarik diri tidak menjejaskan proses penggambaran video muzik itu.

Sweet berkata, dia tidak menyimpan dendam terhadap Haqiem, malah menghormati pendirian penyanyi berkenaan. Malah, menafikan berlaku perselisihan faham pada hari penggambaran seperti gosip yang tular.

"Kami berbincang dengan baik, tiada bertegang urat hingga bermasam muka dengan Haqiem.

"Sepanjang perbincangan, Haqiem, pihak pengurusan dan produksi berlangsung secara baik. Cuma, kami tidak diberitahu lebih awal perubahan berlaku. Kita sedia maklum Haqiem mahukan gadis bertudung.

"Saya dan Adam tiba di lokasi penggambaran jam 9 pagi, tetapi hanya dimaklumkan berlaku perubahan selepas makan tengahari," katanya kepada BH Online.

Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi berkata, jika Haqiem tetap dengan pendiriannya, dia juga mempunyai prinsip sendiri.

"Bukan tidak boleh berkompromi soal bertudung, tetapi saya pula akan menjadi bahan kecaman jika meneruskan penggambaran dalam video muzik Mimpi.

"Lagipun, saya tidak mahu mengelirukan penonton drama Bidadari Salju, memandangkan saya tidak bertudung dalam drama berkenaan.

"Saya faham Haqiem ada pendiriannya sendiri sebagai penyanyi. Namun, sebagai pelakon, saya perlu tegakkan apa yang saya rasa perlu. Saya tak bertudung dalam drama ini, takkan saya nak bertudung pula dalam muzik video Mimpi," katanya.

Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2016 itu berkata, dia sendiri yang mahu menarik diri daripada membintangi video muzik Mimpi, bukan disebabkan terasa hati.

"Saya terkejut apabila isu ini tersebar kerana kami berbincang secara baik. Saya pun tak mahu timbul salah faham pada kemudian hari. Saya memang tak sangka cerita negatif pula yang sampai pada pengetahuan orang luar, sedangkan ia isu dalaman.

"Tak mengapalah, saya anggap perkara ini 'menang-menang', mungkin ia sebahagian strategi pemasaran. Walaupun tidak terbabit dalam video muzik Mimpi, saya dan Adam tetap membantu mempromosikannya dalam laman sosial," katanya.

Namun, Sweet berkata, jauh di sudut hati tetap terkilan membaca tajuk portal hiburan yang boleh menimbulkan salah faham dan kecaman netizen.

"Saya mohon janganlah gunakan tajuk yang menimbulkan salah faham. Ini kerana ia boleh menimbulkan kecaman, tetapi selepas membaca isinya, pembaca akan faham. Saya tidak tertekan, cuma mengharapkan jangan mengeruhkan lagi isu video muzik Mimpi ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 21-1-2021 09:18 AM | Show all posts
kat ending credit drama tu, elok jaa dek qiqim berpeleseran dengan A. Aida yang tidak bertudung..  sambil bernyanyi bersama..

fake ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 21-1-2021 09:18 AM
kat ending credit drama tu, elok jaa dek qiqim berpeleseran dengan A. Aida yang tidak bertudung..  s ...

Budak rempit suke la idolakan haqiem rusli ni. Bgos, tegakkan syiar islam. Smbil tu nti ajak jumpe awek nk ramas2
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:38 AM | Show all posts
video yg latest tu ke yg couple menari2 tu ker patut sweet and adam berlakon?
if yes apooo yg bertudung tu pun nampak susuk tubuh masa menari time lampu suluh kt dua org tu nampak bentuk kaki pompuan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 11:54 AM | Show all posts
entahlah dikqieqie, asal ko bahagia jer lah dik. hati manusia ni berbolak balik, tp kaka boonga mendoakan dikqiqie diberikan istiqomah bab2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 21-1-2021 08:18 AM
kat ending credit drama tu, elok jaa dek qiqim berpeleseran dengan A. Aida yang tidak bertudung..  s ...

Kt IG dia pun baru ni ada gambar pompan xtudung. Promote iklan apa entah. Duit punya pasal principle letak tepi jap.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:24 PM | Show all posts
haqiem rusli = hafiz suip 2.0

bakat mantap tp perangai kebudak2an sgt
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 02:31 PM | Show all posts
takpalah..aku pun rengsek tgk kapel adam lee dgn qismina supandi ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 21-1-2021 02:15 PM
Kt IG dia pun baru ni ada gambar pompan xtudung. Promote iklan apa entah. Duit punya pasal princip ...

Da delete kot chouls..meols tgok IG da x de pon..susah nak istiqamah dalam dunia hiburan ni terutamanya.lagi2 klu pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 21-1-2021 09:18 AM
kat ending credit drama tu, elok jaa dek qiqim berpeleseran dengan A. Aida yang tidak bertudung..  s ...

apasal qiem x edit kpala a aida dgn emoji tudung ke ek? hahahha..ye la knowing qiem ni jnis gigih nk tnjuk no free hair cncept
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mawar91 replied at 21-1-2021 03:10 PM
Da delete kot chouls..meols tgok IG da x de pon..susah nak istiqamah dalam dunia hiburan ni teruta ...

shalma eliana awek mael tu kn hritu? prmo psl mobile legend kalau xslap.. eceh trus delete ek..laju je tng dia delete..tkut kna kcam la tu sbb lupa prinsip
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 05:08 PM | Show all posts
kekdahnye taknak pakai tudung dalam MV sebab takut kelirukan penonton...
haiyoooo... kalau dalam drama kau bertudung lepastu dalam MV free hair tu iols faham la...
sementara nama tgh up ni sapu jela job diknon
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekdahnye delete. Gf si mael tu kan? Ada je lagi pic tu. Duit maa, takkan nak delete
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ramai kecam sweet ni eh. Hahaha aku tgk ok je berlakon cuma jln cerita dia je aku rasa serba x kena. Laki tu dgn dia ok je berlakon. Iols kagum kalau pelakon yg boleh nangis x pyh kembang kucup hidung nak bagi air mata keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2021 09:38 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 22-1-2021 09:39 AM

si qismina supandi sejak bila pula kapel dgn adam?
bukan ke sampai ke phuket dgn pemain bola tu?
ke aku salah orang

ooo yg tu eyka farhana ek
aiyooo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list