Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
5079
View
68
Reply

[Tempatan] Keluarga patah balik, ambil kanak-kanak tertinggal

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-3-2021 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga patah balik, ambil kanak-kanak tertinggal

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... k-kanak-tertinggal/

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
6 Mac 2021, 8:28 pm


Kanak-kanak malang yang tertinggal di sebuah stesen minyak di Jalan Mawai-Kota Tinggi, Johor sudah diambil keluarga dua jam selepas menyedari ketiadaannya.

KOTA TINGGI C Kanak-kanak lelaki yang tertinggal di sebuah stesen minyak di Batu 2, Jalan Mawai-Kota Tinggi di sini petang tadi sudah diambil keluarganya.

Keluarga mangsa yang menyedari ketiadaan Mohd. Rizki Izaki Nazri, 8, berpatah balik ke stesen minyak itu sebelum dimaklumkan kanak-kanak itu berada di Balai Polis Kota Tinggi.

Kanak-kanak itu kembali ke pangkuan keluarga kira-kira pukul 6 petang.

Terdahulu, dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, kanak-kanak terbabit bersama abangnya turun dari kenderaan untuk ke tandas ketika keluarganya berhenti di stesen minyak berkenaan.

Menurut sumber, keluarga kanak-kanak terbabit dalam perjalanan pulang dari Mersing selepas bercuti menuju ke Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Dia bersama abangnya turun untuk ke tandas selepas keluar dari tandas kanak-kanak itu mendapati abang serta keluarganya sudah tiada.

Pekerja stesen minyak menyedari kelibat kanak-kanak itu terus menghubungi polis sebelum mangsa dibawa ke Balai Polis Kota Tinggi,katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu berkata, berdasarkan keterangan, mangsa memberitahu keluarganya menaiki sebuah van berwarna putih dalam perjalanan untuk pulang ke Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussain Zamora mengesahkan kejadian itu.- K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-3-2021 08:51 PM | Show all posts
Bisa trauma anak ini
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi..
Nanges iols.kalau anak tertinggal gini
Mcm2 dok pikir oi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamane le palehotak bebudak sekarang ney beranak-pinak ye?  Korang sume tak layak beranak aku cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul lepas kan anak pi toilet sedangkan Masih budak. Kadang tu kat kedai Makan ke shopping complex pun boleh panas hati dgn parents ni..biar je anak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:19 PM | Show all posts
turun bersama abg..abis abgnya naik van tk inform mak pak adik blum masuk ka?
ke abngya OKU mental bagai..

konfuse aku..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by babynina30 at 6-3-2021 09:23 PM
belon replied at 6-3-2021 09:12 PM
Berani betul lepas kan anak pi toilet sedangkan Masih budak. Kadang tu kat kedai Makan ke shopping c ...


Ya anak i gi basuh tgn kt kedai makan pon i bedebaarrrrr.

Padehal dpn mata.

things could happen in a blink.

Kanak2 naik basikal kt taman i pon, risaunya i tgk.
Kecik2 4yrs mcm tu  .
Parents kt dlm rumah.
Kids dpn jln taman .

Semoga anak2 kita semua terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:30 PM | Show all posts

moga jusa C tinggal bibiknya di stesyen pam minyak ponsel
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:31 PM | Show all posts
muka redha kena tinggal. bertuah punya abg duk xperasan adik tertinggal
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade 40 org ke dlm van smpi ank bleh ttinggal xsmpat kira. aduhaiiii. fortunately org yg hati baik yg menolong. alhamdulillah selamat adik ni balik kepngkuan fmly
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Say si ayah isi minyak kat kiosk.
Abang sama adek pegi toilet.

Mak...?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawa sungguh muka adik ni...apa pun cuai betul mak ayah sampai tertinggal anak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:35 PM | Show all posts
abang dia boleh buat bodoh aja adik tak ada dalam kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kalau bapaknya mamai tak perasan kurang sorang, family lain takkan tak perasan jgk, naik bas ke pun tak sedar ada yg tertinggal
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku pnh tetinggal anak kt petrol pam.. dia patah balik.. alhamdulillah anak dia dok ada lg kt situ.. aiyohhhhh
Depa laki bini pjj
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang umur berape tahun? I assume budak2 juga. Pelik, ramai sgt ke orang dalam van tu sampai boleh tak perasan, tak kan tak check dulu sebelum gerak. Boleh pulak biar anak2 kecik macam tu pegi tandas sendiri? Katakanlah berenti van betul2 depan tandas sekalipun, tak kan tak alert langsung, boleh lepas macam tu je?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak 10 org ke sampai boleh lupa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Adoi. Teringat pulak kisah yang terjadi kat family aku. Samalah mcm ni. Adik aku tertinggal  kat rnr Tapah. Cerita dia mcm ni. Pnjg sikit. Kalau rajin bacalah.

Masa tu on the way balik dari utara, waktu malam. Aku tertidur kat seat paling belakang. Adik duduk seat tgh. Kami naik kia carnival. Aku terjaga kejap masa ayah berhenti kat rnr. Dia sorang jer turun minum kopi. Yg lain tidur termasuk mak iols dan 2 org adik yg lain. Aku terjaga Dr tido sbb dgr mak gaduh dgn ayah. Tak dgr jelas butiran dan sambung tidur. Tp aku perasan ayah mcm keluar blk Highway dan masuk blk highway ke arah utara. Mak dan ayah masih cont gaduh. Aku sambung tidur. Terjaga blk kat Tapah. Lps tu baru aku tanya, aik kenapa kita berhenti sini balik. Mak aku jawab. Eh ko tak perasan ke adik ko takda kat depan tu? Baru desar rupanya adik aku takda.

Masa ayah aku pergi minum kopi, rupanya adik aku keluar kencing. Dia ckp kat mak, tp mak aku mamai. Dia x ingat adik aku keluar.

Ayah aku sedar yg adik aku xda bila adik aku call handset ayah aku. Masa ayah aku jawab call tu mmg kelakar. Dia tanya ehh kenapa ko call ayah. Ko kan kat belakang ayah? Adik aku jawab dia kat rnr kena tggl. Dia nmpk kereta ayah aku berlalu pergi. Nasib baik ada duit syiling dalam poket dia. Boleh lah guna public phone kat situ.

Begitulah kisah benar yg terjadi kat family aku lebih 10 tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 6-3-2021 10:24 PM
farhani87 replied at 6-3-2021 10:20 PM
Haha. Adoi. Teringat pulak kisah yang terjadi kat family aku. Samalah mcm ni. Adik aku tertinggal  k ...


Rasanya kisah ni ada masuk CI dulu....hehe...

Akak gurau..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Abangnya pun satu tak iring adik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list