Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
10639
View
77
Reply

Syamsul & Sarah: Kasihanilah Anak - Anak Mereka....

[Copy link]

Author: BarbiePink    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-3-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IMG_20210307_193635.jpg

Kuala Lumpur: "Syamsul dengan Sarah bukan dah tak tinggal sebumbung, cuma Sarah datang duduk di rumah saya dan Syamsul pun datang ke rumah saya."

Itu penjelasan ibu kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail mengenai situasi rumah tangga anaknya bersama menantu, yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menerusi temu bual dalam program Melodi hari ini, Fatimah turut menasihatkan individu yang mengganggu rumah tangga anaknya supaya bertaubat.

"Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaubatlah.

"Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu dosa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka," katanya.

Fatimah berkata, individu itu sendiri tahu siapa diri mereka.

"Saya rasa, mereka tahu mereka itu siapa. Kadang terfikir juga, orang yang kita layan ini betul atau tak betul. Rasanya, buang masa melayan orang begini yang tak ada maruah diri," katanya.

Fatimah juga meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan keluarga anak dan menantunya itu.

"Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak baik kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima balasannya," katanya.

Sarah yang turut berada dalam sesi temu bual sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

"Kami dalam fasa berbaik seperti mana yang dilihat di Instagram kami. Syamsul kerap datang ke rumah untuk melihat saya dan anak-anak.

"Syukur, alhamdulillah. Ini semua adalah atas doa keluarga dan netizen yang sentiasa mendoakan agar kami berbaik semula," katanya.

Sarah juga tidak menafikan bahawa perpisahan sementara dengan suaminya itu adalah waktu terbaik untuk mereka bermuhasabah diri.

"Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan semua. Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya.

"Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak.

"Tipulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada," katanya.

Terbaharu, Sarah bakal muncul menerusi drama bersiri Sabarlah Duhai Hati yang akan mengisi slot Akasia sepanjang Ramadan ini.

Sumber:my metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-3-2021 07:44 PM | Show all posts
Moga yg baik2 sahaja utk keluarga ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-3-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 7-3-2021 07:44 PM
Moga yg baik2 sahaja utk keluarga ni

Amin.iols suka pasangan ni
Moga deyols kekal bersama
Moga sol tetap setia dan teguhati
selamatkn perkahwinannya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus gak gini sebab Sarah balik pindah rumah Syamsul's parents instead of balik rumah her parents.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sebelum ni mcm x dgr cerita buruk. pasal diorg ni. tup2 ada masalah. diorg ni pun xda laaa mcm menunjuk bahagia sgt selama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 07:50 PM | Show all posts
BarbiePink replied at 7-3-2021 07:46 PM
Amin.iols suka pasangan ni
Moga deyols kekal bersama
Moga sol tetap setia dan teguhati

Ye betul...lps kahwin elok jer xde gossip murahan..tup tup tiba2 ada penyondol dok nk menyondol...sian kat couple ni n anak2
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekap dr keluarga mertua kuat dia ni...so sbb tu bertahan. Pegi mana2 pn mak mertua dia ada skali
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-3-2021 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Throwback sikit wedding deyols
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-3-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Video msa deyols nikah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman jer lah, pak mertua pun dah dapat Dr walau qualify tebor roti canai jer dedulu.
Kalau hubungan suami isteri solid, orang luar nak kata or buat apa pun tak jalan. Nampak naw si Sol melayan, saper suruh kawen bohsia. Eh eh lebey plak aku ek. Hehehe macam dia sorang dalam dunia ada masalah rumah tangga.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 08:05 PM | Show all posts
Fatimah juga meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan keluarga anak dan menantunya itu.

"Orang yang mendoakan kebahagiaan mereka, teruskan berdoa. Kepada yang berniat tak baik kepada keluarga Syamsul dan Sarah, saya harap orang ini akan menerima balasannya," katanya.

Sarah yang turut berada dalam sesi temu bual sama mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

"Kami dalam fasa berbaik seperti mana yang dilihat di Instagram kami. Syamsul kerap datang ke rumah untuk melihat saya dan anak-anak.

"Syukur, alhamdulillah. Ini semua adalah atas doa keluarga dan netizen yang sentiasa mendoakan agar kami berbaik semula," katanya.


sapa yg sibuk sngt nk mendoakan diorang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 08:07 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 7-3-2021 08:01 PM
Saman jer lah, pak mertua pun dah dapat Dr walau qualify tebor roti canai jer dedulu.
Kalau hubung ...

dulu tukang koyak tiket bas
kini acp kehormat

ko ada?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
md_nana replied at 7-3-2021 07:48 PM
sebelum ni mcm x dgr cerita buruk. pasal diorg ni. tup2 ada masalah. diorg ni pun xda laaa mcm menun ...

jadi ayat yg selalu org guna org tyg bahagia tak semestinya bahagia tu salah la kan??haha lol.
sbb yg xtyg pun sama jgk ada yg tak bahagia berantakan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
BarbiePink replied at 7-3-2021 06:59 PM
Throwback sikit wedding deyols

Omputeh ke diorang ni? Majlis kahwin cakap omputeh ha.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah pihak sana..anak dia x salah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak haggard betul puteri sarah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 7-3-2021 08:52 PM
Semua salah pihak sana..anak dia x salah...

Itulahh..jantan selalu xsalah..pempuan jugak yg salah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 7-3-2021 07:48 PM
Bagus gak gini sebab Sarah balik pindah rumah Syamsul's parents instead of balik rumah her parents.

Haah baiknya dia.
Biasanya akan lari rumah parents sendiri kan

That's good side of her
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga bahagia

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dan bertuah sarah mil backup dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list