Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
807
View
8
Reply

Inilah Sebabnya Kucing Suka Bagi ‘Hadiah’ Bangkai Haiwan

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-3-2021 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Inilah Sebabnya Kucing Suka Bagi ‘Hadiah’ Bangkai Haiwan



Pernah tak anda terfikir, kenapa agaknya kucing anda selalu membawa pulang bangkai haiwan di rumah? Walaupun tingkah laku ini boleh mengejutkan anda kadang-kadang, sebenarnya ini adalah kelakuan yang baik untuk kucing anda. Ini bukannya bermaksud kucing anda nakal dan jahat tetapi mereka melakukannya berdasarkan naluri.

Macam yang anda tahu, kucing mempunyai gigi yang tajam, cakaran yang menusuk dan penglihatan malam dan kemampuan menyelinap mangsa secara senyap. Semua kualiti ini menjadikan kucing dapat menangkap mangsa dengan cekap. Kucing juga dibesarkan oleh ibu mereka yang mengajar mereka macam mana untuk hidup sendiri.




Kucing biasanya akan membawa pulang mangsa yang mereka buru ke tempat yang selamat untuk mereka tenang. Malang untuk anda, mungkin tempat yang selamat untuk mereka adalah rumah anda. Salah satu sebab yang lain adalah mereka membawanya pulang untuk dibawa main kemudian.

Kucing dilahirkan untuk memburu. Walaupun kucing peliharaan tahu bahawa mereka tidak perlu menangkap makanan mereka sendiri untuk hidup, mereka tidak dapat menahan keinginan untuk memburu. Sebilangan kucing yang memburu mangsa akan memberikan pemiliknya mangsa mereka sebagai hadiah.




Naluri mereka untuk membawa haiwan kembali ke tempat yang lebih selamat untuk dimakan juga bermaksud bahawa kadangkala haiwan yang mereka bawa tidak mati sepenuhnya. Sebab itulah ada kalanya mereka membawa pulang tikus atau burung yang masih hidup dan diletakkan di dalam rumah.

Menariknya, kucing melihat manusia sebagai pemburu yang tidak berpengalaman. Inilah sebabnya kenapa mereka membawa pulang haiwan mati betul-betul di hadapan anda. Mereka cuba mengajar kita macam mana untuk memburu seperti mereka. Ini pada dasarnya adalah cara kucing untuk memberitahu anda bahawa dia sayang dan ingin menjaga anda.


SUMBER THE SPRUCE  CATSPET FIRST

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 12-3-2021 09:35 PM | Show all posts
yeaaaaa  owhhhhh so cuteeeeeeee flurry fluffy feiine
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:18 PM | Show all posts
Oooo sekrg baru tau.. mcm2 present dah dpt - tikuih, belalang, cicak, lipas, kumbang, etc...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 05:31 PM | Show all posts
Dia ingat kita takda makanan. Jadi dia pergi memburu dan bawa balik hasil buruan
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing meolss xbagi bangkai...die bawak hidup2..aritu penah die bawak balik anak biawak, anak ciksiti, anak ayam....die ingat tuan die nak bukak zoo ke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 05:17 PM | Show all posts
kucing aku kill rate dia 2 burung sehari... minggu lepas dia hidang bangkai2 burung depan porch dekat kereta.., petang tu, kereta kitaorg ja penuh taik burung.. gamaknya  burung2 tu marah, member depa kena bunuh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing aku dah 6 kali bawa balik anak ayam jiran.4 kali sempat dia ngap,2 kali anak aku selamatkan.terpaksa la aku jadi mak angkat ayam tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 11:33 PM | Show all posts
kucing saya selalu jugak tangkap cicak dan letak didepan. apa lagi larikkkk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list