Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
7691
View
122
Reply

[Tempatan] [‘audio bocor’ Zahid + Anwar] UPDATE #49, Rakaman audio fitnah, tipu helah pimpinan negara, kata Anwar Ibrahim. #76, Saya yakin suara itu tulen dan bukan dibuat, kata Annuar Musa.

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-4-2021 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 8-4-2021 06:03 AM

Zahid nafi ‘audio bocor’ dengan Anwar, akan lapor polis

https://www.malaysiakini.com/news/569747

Diterbitkan 7 Apr 2021, 12:15 pm
Dikemaskini 1:03 pm



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya audio yang didakwa perbualan antara dirinya dengan presiden PKR Anwar Ibrahim yang tersebar.

Katanya, dia telah mengarahkan agar laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan.

“Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini.

“[...] Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang scheme of thing ini,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.



Malaysiakini masih belum dapat memastikan ketulenan video yang dikatakan telah pun beredar dalam lingkungan Umno itu.

Portal ini juga sedang cuba mendapatkan reaksi pihak Anwar.

Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah didakwa membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), tetapi perkara itu dinafikan Umno.

Anwar juga dilaporkan mengaku ada berjumpa beberapa tokoh Umno, namun dalam ucapan PAU, Ahmad Zahid menegaskan bahawa Umno tidak mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, dan kekal muktamad dengan pendirian untuk tidak menerima Anwar, DAP atau Bersatu

Mengulas lanjut, kata Ahmad Zahid, sebagai presiden Umno, dia tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno dan PAU yang melabuhkan tirai dua minggu lalu.

‘Percaturan jijik’

Dia menganggap penyebaran audio itu sebagai “percaturan politik yang jahat dan jijik”.

“Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan Umno.

“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan Umno,” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 7-4-2021 03:07 PM | Show all posts
'Perbualan bocor didakwa antara Zahid, Anwar konspirasi tahap tertinggi?'

https://www.malaysiakini.com/news/569746

Diterbitkan 7 Apr 2021, 11:54 am
Dikemaskini 12:39 pm



Pemimpin Umno Puad Zarkashi mempersoalkan jika penyebaran rakaman video yang didakwa antara Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim baru-baru ini, sebagai "konspirasi di peringkat tertinggi".

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, ini kerana butiran rakaman itu cukup jelas dan berkualiti tinggi.

"Tulen atau tidak sudah tentu rakaman itu bermotif politik apabila ia ditularkan. Darurat sepatutnya untuk kurangkan politiking tetapi rupanya semakin bermaharajalela.

"Apakah ini konspirasi at the highest level? Ini bukan kerja calang-calang," katanya di Facebook hari ini.

Rakaman itu didakwa perbualan antara presiden Umno dan PKR untuk menjejaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN). dan telah beredar dalam lingkaran Umno.

Bagaimanapun Malaysiakini belum dapat memastikan ketulenannya dan sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak Anwar dan Zahid.



Dalam perbualan kira-kira empat minit itu, suara yang didakwa sebagai Zahid dan Anwar kedengaran berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) hujung bulan lalu.

PAU antara lain memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu serta memberi mandat kepada presiden dan Majlis Tertinggi untuk menentukan masa menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, suara yang didakwa Zahid berkata apa yang diucapkan ketika PAU hanya bersifat taktikal. Ia dipercayai merujuk kepada kenyataan tiadanya kerjasama dengan Anwar dan DAP.

Suara didakwa Anwar pula berkata lebih baik jika menteri daripada Umno, walaupun seorang, yang menggunakan PAU sebagai sebab untuk meletakkan jawatan, untuk membina momentum.

Bagaimanapun dia berkata tiada yang berani berbuat demikian.

Dalam kenyataan hari ini, Zahid menafikan rakaman perbualan tersebut dan telah mengarahkan agar laporan polis dibuat.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini," katanya.

'Tidakkah kita belajar dari kesilapan?'


Dalam pada itu, Puad membangkitkan pendedahan perbualan antara bekas perdana menteri Najib Razak dengan putera mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohammed Zayed Al Nahyan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pentadbiran PH.

"Kalau ia (perbualan Anwar dan Zahid) tulen, apakah Malaysia negara selamat apabila perbualan peribadi dirakam dan ditular?...Tidakkah kita mahu belajar daripada kesilapan?" soalnya.

Katanya, pendedahan rakaman Najib dengan putera mahkota UAE itu telah mencetuskan kemarahan negara tersebut sehingga tidak lagi membuat pelaburan di Malaysia.

Dalam rakaman itu, Najib didengar agar anak tirinya, Riza Aziz, terlepas daripada siasatan terhadap skandal 1MDB di Amerika Syarikat.

Dia juga menggesa ahli Parlimen agar mendesak suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan, selain siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu.

"Ternyata skandal merakam perbualan peribadi teutama yang libatkan lawan politik adalah hari hitam untuk demokrasi di Malaysia.

"Politiking keji tidak akan berakhir. Wujudnya kluster lompat dan merakam perbualan telefon adalah natijah kerajaan hari ini yang tiada majoriti jelas," katanya lagi.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-4-2021 03:40 PM | Show all posts
Ahmad Zahid nafi perbualan dengan Anwar

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bualan-dengan-anwar

Disiarkan pada: April 7, 2021 @ 1:35pm

BERNAMA


AHMAD Zahid (kanan) dan Anwar.  FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan terdapatnya perbualan di antara beliau dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dalam rakaman audio yang tersebar baru-baru ini.

Beliau yang kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio berkenaan berkata, pegawainya akan segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, untuk mengenal pasti dalang di sebalik perkara itu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik, yang mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan Umno.

Ahmad Zahid berkata, sebagai Presiden Umno beliau tidak akan mencabuli dan membelakangi ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpunan Agung parti itu.

Audio perbualan di antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar di media sosial dan blog baru-baru ini, didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
confirm ke...ntah2 time kejadian tu ada van putih yg disguise sbgai van penyelengaraan yg rekod setiap ayat dibualkan..

hahahha..masak laa...politician Malaysia ni benak2 kut..tak belajar dari yg lepas2...lain kali kalo nk berbual ape pun..guna la secured line..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X cayalah...video pon iols x caya..kalo tanya polis pon diorg x leh kenalpasti
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:08 PM | Show all posts
tulah wak...dulu kalo ko xjoin langkah sheraton...xdela pening2 kiri kanan
teringat dulu wak ckap sejurus langkah sheraton - tugas saya kini sudah selesai
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:26 PM | Show all posts
Mcm tuduh keja muhyiddin abahcow jah statement si zahid bila mentioned scheme of thing tu
Tu lah dulu pakat2 berpakat took over gomen mcm junta buat, skrg time begaduh begasak sesama sendiri. Lain kali sapa jd gomen biar rakyat yg tentukan, suka tak suka biar rakyat tentukan. Ni pandai2 gila kuasa sgt masing2 tak sabo tunggu pakat2 took over gomen mcm junta....lepas tu gaduhhh tak henti2 berebut kuasa sesama sendiri. Hanjhenggggg sgt perangaiiii!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-4-2021 04:33 PM | Show all posts
Zahid khianati seluruh ahli UMNO jika perbualan telefon tulen

https://www.utusan.com.my/berita ... alan-telefon-tulen/

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
7 April 2021, 3:18 pm



PUTRAJAYA: Kebocoran perbualan telefon yang dipercayai di antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti jelas wujud perancangan bersama kedua-dua pemimpin itu jika ia dibuktikan sahih.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd. Fuad Tukirin berkata, ia jelas menunjukkan Ahmad Zahid menipu dan mengkhianati seluruh ahli UMNO dan segala apa yang diperkatakan dan diputuskan sama ada di dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mahu pun Perhimpunan Agung UMNO lalu adalah sandiwara semata-mata.

“Jika perbualan ini benar-benar sahih, ia sangatlah menyedihkan kepada kita semua selaku pendukung parti UMNO yang kita sayangi.

“Di belakang, ia telah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Presiden parti ‘telunjuk lurus kelingking berkait’,” katanya di sini semalam.

Semalam, sebuah portal berita mendedahkan fail rakaman audio perbualan telefon yang tular di media sosial dan aplikasi perbualan dalam talian mengaitkan Ahmad Zahid dan Anwar.

Rakaman telefon itu dipercayai berlaku beberapa jam selepas ucapan penggulungan Ahmad Zahid ketika Perhimpunan Agung UMNO mengumumkan mandat yang diperolehnya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan wujud perbualan telefon itu yang menunjukkan dua pemimpin itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas UMNO bersetuju memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Mohd. Fuad berkata, pendedahan perbualan itu juga membuktikan Presiden sanggup mengadai maruah UMNO semata-mata demi kepentingan diri dan seluruh ahli parti ‘diperkudakan’ apabila wujud perjanjian yang dimeterai bersama Anwar.

Justeru, katanya, adalah menjadi tanggungjawab semua ahli untuk memastikan kerja-kerja politik sebegini dihentikan.

“Kalau ahli UMNO senang-senang digantung dan diambil tindakan jika melakukan kesalahan, adakah Lembaga disiplin dan MKT tutup mata dan tidak mengambil apa-apa tindakan bagi menjaga nama baik Institusi Presiden UMNO?” soalnya. -UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat nuart nk herdik ponorogo "can i advise you something?" Nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 06:34 PM | Show all posts
Kita tengok siapa yang kena...........

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 7-4-2021 03:51 PM
confirm ke...ntah2 time kejadian tu ada van putih yg disguise sbgai van penyelengaraan yg rekod seti ...

Aku dah dgr audio tu.kalau betul la,aku terasa diperbodohkan dan dipermainkan oleh presiden2 parti jer.dorg seronok gile dok sembang sambil gelak2 mentertawakan kite sume termasuk geng2 dorg sendiri jgk.haha.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
audionya mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 7-4-2021 06:34 PM
Kita tengok siapa yang kena...........

Hahaha..no.2 bos yg punya hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:42 PM | Show all posts

Try selongkar kat youtube..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ahlul2 parti diperbodohkan oleh pemimpin, nak salahkan sape? Ahli muzik?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dah dgr audio tu mmg jijik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 7-4-2021 07:51 PM

Dah dengar...Semoga cacai UMNGOK istiqomah menjilat jubo Nuart lepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp wak jahid suruh pegawai dia yg buat report polis, buat sendiri x blh ke? Lagipun dia bkn bizi sgt, xde jwtn dlm kjn pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 08:31 PM | Show all posts
org mcm ni yg jibun nak naikkan ????

atok did a right thing hurkehhh utk x bagi bangnon jd piyem !!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 09:10 PM | Show all posts
Firenzza replied at 7-4-2021 08:04 PM
Knp wak jahid suruh pegawai dia yg buat report polis, buat sendiri x blh ke? Lagipun dia bkn bizi sg ...



dia bizi sebagai Presiden parti terutama menjelang pru-15.
lagi pun dia ada pegawai yg boleh membantu kerja dia, jadi ada jugak tugas utk pegawai dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list