Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
7189
View
124
Reply

[Tempatan] Sejak dulu lagi, anak-anak Kelantan akan sambut 1 Ramadan di kampung. Polis nasihatkan dpt kebenaran rentas negeri

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-4-2021 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Pastikan ada izin jika balik sambut puasa di Kelantan
Siti Hajar Husna Che Hassin
Diterbitkan 7 Apr 2021, 2:23 pm

Berdepan dengan kelaziman anak Kelantan pulang ke kampung untuk menyambut ketibaan Ramadan, polis hari ini mengingatkan mereka akan berhati-hati atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat, berkata oleh kerana itu mereka mesti memastikan kepulangan berkenaan mendapat kebenaran pihak berkuasa terlebih dulu.

Sebaliknya kata Shafien jika polis mendapati mana-mana individu yang melakukan perjalanan merentas negeri untuk pulang ke kampung untuk menyambut puasa tanpa memiliki surat kebenaran akan diambil tindakan sewajarnya.

Semasa nak menyambut Ramadan yang bakal tiba, orang Kelantan ni selalunya balik, nak jumpa orang tua, justeru berhati-hatilah dan pastikan mereka mendapat surat kebenaran perjalanan balik rentas negeri.

Kalau tidak, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang, katanya.

Shafien berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Go To Safety Point (GTSP) sempena latihan simulasi peringkat Kelantan di Wakaf Bharu, hari ini.

Seperti kebanyakan negara lain di rantau Asia Tenggara, Malaysia dijangka memulakan puasa - atau 1 Ramadan - pada 13 April ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 7-4-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Benarkn je utk kelantan je..bior satu negeri pupus
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kelantan je
Mana2 negeri pon sama
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 7-4-2021 03:08 PM
Bukan kelantan je
Mana2 negeri pon sama

negeri lain tgok lelatan buat, dorang pun sibuk nk buat....

aku dulu, simpan cuti nk balik raya...blh raya lama sikit kat kg.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:13 PM | Show all posts
So boleh ke balik ke Kelantan untuk melawat mak ayah dengan syarat dapatkan surat kebenaran polis?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-4-2021 03:14 PM | Show all posts
kalau Raya Haji
berderu-deru anak Kelantan balik

Raya Puasa
tak ketara sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 7-4-2021 03:18 PM

Semasa di perantauan tak pernah terfikir nak balik ke Kota Bharu bila 1 Ramadan. Berpuasa di perantauan best apa. Paling best buka puasa di restoran arab/lubnan di klcc. Rasanya sekarang dah tak wujud.



Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi dulu ada restoran arab kat sekarang doubletree hilton. City cafe pun best makan simple pasta.



Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:20 PM | Show all posts
Yang penting kena dapatkan kebenaran polis untuk merentas negeri, itu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:34 PM | Show all posts
R2D2 replied at 7-4-2021 03:14 PM
kalau Raya Haji
berderu-deru anak Kelantan balik

highway xde tol ganu ke kelantan perjalanan 3 jam jadi 8 jam. kalau tahu kaka naik bas je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang nisimilan sambut hari mantai one day before, merendang bagai macam nak Raya, polis tak nak Jaga jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-4-2021 03:34 PM
highway xde tol ganu ke kelantan perjalanan 3 jam jadi 8 jam. kalau tahu kaka naik bas je.

Kalau naik bas rentas negeri lrosedur camne? Polis tahan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 7-4-2021 03:49 PM
R2D2 replied at 7-4-2021 03:14 PM
kalau Raya Haji
berderu-deru anak Kelantan balik



Mitos tu. Raya Puasa pun berpusu2 balik kelate. Orang2 yg ckp raya haji lagi meriah dpd raya puasa kat kelate tu mmg still hidup tahun 90an agaknye

Bukan kelate je, anak2 rantau negeri lain pun berpusu2 balik sambut 1 Ramadhan kat kg dgn family

Orang n9 dan melaka jugak yg best. Tiap2 minggu balik kg

Tapi skrg nk mintak kebenaran rentas negeri kena bagi sekali itinerary
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:51 PM | Show all posts
haruslah replied at 7-4-2021 03:40 PM
Kalau naik bas rentas negeri lrosedur camne? Polis tahan ke?

tahan juga terutama dekat sempadan kelantan. nanti masuk sempadan kelantan keluarkan dokumen surat contoh nya surat melangkawi urusan kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:53 PM | Show all posts
delia3003 replied at 7-4-2021 03:45 PM
Mitos tu. Raya Puasa pun berpusu2 balik kelate. Orang2 yg ckp raya haji lagi meriah dpd raya pua ...

Uols orang negeri mana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 7-4-2021 03:53 PM
Uols orang negeri mana?


Pahang + Ganu, anak jati Pantai Timur

Ada saudara mara kat kelate jugak. Pendek kata sepusing sepusat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Posa kena balik...
Raya posa kena balik...ambik cuti lama..
Raya haji kena balik.. yg ni cuti lagi lama..
Klu department tu jenis kroni klate..mmg susah la..lps raya ko call pyh nk berangkat... ada yg sepatutnya x ambik cuti tambah.. tp akan mc... atau el.. alasan jalam jengggggg x bulih balik....tanpa rasa bersalah bg alasan lagu tu   
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:01 PM | Show all posts
boleh ke pi balai mintak surat nak rentas negeri sbb nak sambung 1 ramadhan..? biar betul ni...

p/s tapi iouls bukan org kelantan...huhuhuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:01 PM | Show all posts
delia3003 replied at 7-4-2021 03:57 PM
Pahang + Ganu, anak jati Pantai Timur

Ada saudara mara kat kelate jugak. Pendek kata sep ...

Haha. Jauh juga kalau nak melawat sanak saudara ya. Kena plan betul2 kalau nak bercuti Raya, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dibuat kebiasaan yang boleh menyusahkan orang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list