|
Penghantar makanan ditampar pemilik kafe
Kumara Sabapatty -
7 April 2021
KUALA LUMPUR – Gara-gara naik angin, seorang penghantar makanan ditampar seorang lelaki dipercayai pemilik sebuah kafe di Petaling Jaya semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mangsa berusia 43 tahun itu mendakwa dirinya telah ditampar di bahagian kiri leher oleh pemilik kafe tersebut.
“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku apabila pemilik kafe itu berselisih faham dengan mangsa berkaitan kelewatan dalam menguruskan penghantaran makanan yang telah dipesan oleh pelanggan.
“Kelewatan itu menyebabkan pelanggan membatalkan tempahan di kafe itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ku Mashariman, polis menerima aduan berkaitan insiden itu sekitar jam 2.04 petang semalam.
Tambah beliau, mangsa juga didakwa dihalau selepas ditampar.
Sebelum itu, video berdurasi 57 saat membabitkan kes itu tular dalam media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada warga netizen.
“Kedua-dua pihak mangsa dan juga pemilik kafe itu telah tampil membuat laporan polis kerana bimbang berikutan video rakaman kejadian itu telah tular di media sosial,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -MalaysiaGazette |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
Tengok dekat fb tadi kes ni. Tokey otak kat lutut. dah tau x boleh cater cancel je la!!!
Kesian rider panda tu. |
|
|
|
|
|
Bebal punya tokey, mcm mana la dia handle customer yg super cerewet |
|
|
|
|
|
Nasib baik rider jenis boleh kontrol marah...masih fikir periuk nasi dia
Mesti la food rider bengang..
Dah tunggu lama kat restoran nak ambik food last kena cancel |
|
|
|
|
|
Tokey tu lembab... Hanat betul |
|
|
|
|
|
Siapa boleh share link ke video dia? |
|
|
|
|
|
Ada baca komen, cafe ni servis slow. Lepas tu ada kata 8 order kat kedai tu.. Kalau cancel, kesian rider tu kena tolak komisyen . |
|
|
|
|
|
bukan ke boleh nampak status kalau kedai yang masih preparing order
kenapa pula nk salah rider?
order 8 je pun tak mampu nak handle
|
|
|
|
|
|
Dkota Red Cafe.. hahahah tu nama restoran.. mendapat laa jwbnya |
|
|
|
|
|
Kau makan je lah makanan tu noks....bukan susah |
|
|
|
|
|
Polis terima laporan kes ‘rider’ kena pukul
Oleh NUR HUDA MUSA
7 April 2021, 4:40 pm

PETALING JAYA – Polis mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian seorang penghantar makanan yang dipukul di sebuah kafe semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, berdasarkan laporan itu mangsa telah mendakwa dirinya ditampar di bahagian leher kiri oleh pemilik kafe tersebut.
“Kejadian berlaku apabila pemilik kafe berselisih faham dengan penghantar makanan (mangsa) berkaitan kelewatan dalam menguruskan penghantaran makanan yang telah dipesan hingga menyebabkan pelanggan membatalkan pesanan mereka.
“Mangsa telah ditampar di bahagian leher sebelah kiri serta menghalau mangsa keluar dari kafe,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ku Mashariman berkata, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis kerana video rakaman kejadian telah tular di laman sosial.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.
Terdahulu, kecoh di laman sosial mengenai satu rakaman yang menunjukkan tindakan pemilik kafe yang bertindak memukul penghantar makanan terbabit.
Rakaman berdurasi 58 saat itu turut mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya menganggap tindakan pemilik kafe tersebut keterlaluan dan wajar dikenakan tindakan tegas. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
nasib ada video.
benci betul dgn org yg guna kekerasan fizikal ni
otak bubuh kt mana? |
|
|
|
|
|
Kata nya rider tu umu dejat 50 n oku
Katanya lah netizen2 |
|
|
|
|
|
Wait.
Restoran yang lewat in food prep, customer canceled the order, owner marah kat rider?
Ehhhh. Mana logiknya insiden ni? Apa salah rider tu? Patut rider tu lah tampar owner sebab dia dah penat tunggu lama and akan lewat also hantar foods yang orang lain ordered kat tempat lain and akan affect rating dia kan? --- tak sure bab ni sebab tak pernah order food online. |
|
|
|
|
|
Dlm bab ni tokey kedai tu mmg salah....knp nk marahkan orang food panda tu ...moga bangkrapla bisnes ko lepas ni.. amin |
|
|
|
|
|
Harap lepas ni jgn ada sesiapa order kat restoran tokey hanat ni lagi..
Amin |
|
|
|
|
|
|