Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6059
View
121
Reply

Kanak2 4 tahun menghabiskan RM700 beli barang online tanpa pengetahuan ibu

[Copy link]

Author: Punat_button       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-4-2021 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Anak teruja barang 'online' sampai, rupanya...
SYAIRAH ABDUL LAJIS | | 08 April 2021


Beberapa item yang dibeli Luth tanpa pengetahuan ibu dan bapanya. - Foto Facebook Sharifah

SHAH ALAM - "Patutlah setiap kali barang saya sampai, dia nak buka, cakap barang dia, rupanya...".

Begitulah luahan seorang ibu, Sharifah Cut Nur Hastaty Said Nasir, 28, sebaik mendapat tahu anak sulungnya, Luth Harris Aufa berusia 4 tahun membeli barang permainan secara dalam talian tanpa pengetahuannya.

Begitupun, Sharifah bersikap tenang dan tidak mudah melatah walaupun mendapat tahu jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dibelanjakan anaknya sebanyak RM700.

Sharifah berkata, pada awalnya dia berasa hairan kerana secara tiba-tiba ada penghantaran barang pada 18 Mac lalu meskipun dia atau suami tidak membeli sebarang produk daripada syarikat e-dagang.

"Suami ada bertanyakan kepada saya, adakah saya yang membeli barang untuk anak-anak kerana melihat ada penghantaran barang permainan kanak-kanak.

"Saya jawab memang tidak beli, kemudian suami melihat akaun dan terkejut senarai pembelian barang hingga mencecah RM700. Namun suami sempat melakukan pembatalan pembelian selebihnya iaitu RM200," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.


Sharifah bersama Luth (kiri) dan keluarganya. - Foto Facebook Sharifah

Ibu kepada dua anak ini memberitahu, Luth melakukan pembelian barang-barang terbabit ketika menonton YouTube kerana pada masa sama iklan terpapar pada video berkenaan.

"Anak saya memang tidak pandai membuka portal syarikat e-dagang tetapi puncanya ketika dia bermain 'game' dan menonton video di YouTube. Ini kerana terdapat paparan iklan yang menarik perhatiannya. Bila keluar iklan mainan kegemaran, dia terus 'klik dan beli'.

"Suami juga tidak menerima sebarang Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau sebarang pemberitahuan dari syarikat berkenaan. Tetapi kami sempat batalkan beberapa item dan sehingga kini masih ada beberapa item belum sampai kerana barang itu dari luar negara," katanya.

Selepas kejadian berkenaan, dia dan suami mengambil pendekatan lebih berwaspada kerana bimbang perkara sama berulang kembali.

"Hendak marah pun dia masih kecil, cakap masih pelat lagi. Tetapi kejadian ini menjadi pengajaran buat kami untuk lebih berhati-hati dan menasihatkan dia agar tidak sesuka hati 'klik' sebarang iklan," ujarnya.

Baru-baru ini paparan Facebook Sharifah tular di laman sosial setelah memuat naik kisah anak lelakinya yang membeli barang-barang atas talian dengan jumlah keseluruhan RM700 tanpa pengetahuannya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... line-sampai-rupanya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-4-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mcmn xdpt tac boleh proceed byrn online?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:17 PM | Show all posts
x fham la aku
mcam mana budak tu boleh bayar online
saja buat citer utk viral kut
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
airmineral replied at 8-4-2021 01:12 PM
mcmn xdpt tac boleh proceed byrn online?

Kan.. Pelik.. Sbb biasanya utk 3rd party ada TAC
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:22 PM | Show all posts
Sebab tu kena kurangkan anak main phone banyak buruk dari baiknya
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-4-2021 01:39 PM | Show all posts
airmineral replied at 8-4-2021 01:12 PM
mcmn xdpt tac boleh proceed byrn online?

ada masa tak minta pun

aku pun tak faham kenapa, ikut value kot.


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:43 PM | Show all posts
sarah82 replied at 8-4-2021 05:17 AM
Kan.. Pelik.. Sbb biasanya utk 3rd party ada TAC

apa nak pelik sarah oi.. sekarang shopee pay memang direct link ke akaun bank.. verification sekali masa registration je, maybe parents budak tu dah pernah register.. lepas tu, apa-apa pembelian direct debit dari akaun..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 8-4-2021 01:43 PM
apa nak pelik sarah oi.. sekarang shopee pay memang direct link ke akaun bank.. verification sekal ...

Ohhhh.. Lama tak layan shopee.. Muahahaha.. Lepas tu iols biasa top up lazada pay dan boost...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:07 PM | Show all posts
kecuaian ibu bapa ni...banyak sangat makan belacan
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:10 PM | Show all posts
yeke ni
ke saja nak viral
entah2 mak dia ni ada la tu jual apa2 produk nak kasi viral
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu dah register dan link dengan kad debit, mana nak ada TAC lagi dah, autodeduct jah, dah ada i-Sinar pun nak berkira
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ngahcow ijau andartu forever 39 tahun pelahap laksa Kedah dah bercerai dengan shopee, dia cuma guna lazada jah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
so anak dia belanja rm500 kan? lagi 200 parents sempat batalkan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:27 PM | Show all posts
bangganya mak dia tayang kebodohan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mclaren at 8-4-2021 03:00 PM

- Double post -
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-4-2021 01:17 PM
Kan.. Pelik.. Sbb biasanya utk 3rd party ada TAC

Saya biasa ke beli kat shopee tak mintak TAC. Guna web version. Tak pasti if guna app memang alan ada TAC every transaction ke tak sebab tak pernah guna app.
Tapi if payment lebih RM200 kot perasan ada TAC. Yang RM 150 and below tu memang biasa  terus je conplete tanpa TAC.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 8-4-2021 02:31 PM
Saya biasa ke beli kat shopee tak mintak TAC. Guna web version. Tak pasti if guna app memang alan  ...

Lama tak beli kat shopee.. Jadi x tau.. Biasanya kat lazada.. Kalau nak buat payment guba boost pun kita kena masuk pin code
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-4-2021 02:37 PM
Lama tak beli kat shopee.. Jadi x tau.. Biasanya kat lazada.. Kalau nak buat payment guba boost pu ...


He he.. saya pun dulu tegar lazada je. Then bila guna shopee noticed that shopee only releases payment to the seller lepas customer clicked 'received'.
Macam lazada awal2 lagi dia dah byr seller so if brg hilang in transit kan... susah ler sikit. Or brg tu courier pemalas just letak atas pagar and org curi (pernah beli auto part from lazada courier just letak luar pagar atas simen! Saya ada kat rumah tapi courier tak call. Kita reversed kereta nak keluar eh apa benda tergelek ni? Nasib baik part tu metal, tak pecah. Tapi tu sebab now prefer beli kat shopee sebab payment still shopee hold sampai customer dah terima brg).
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 8-4-2021 01:44 PM
Ohhhh.. Lama tak layan shopee.. Muahahaha.. Lepas tu iols biasa top up lazada pay dan boost...

kakak sgt takut beli kat lazada NOW ni..brg msuk CART jer..tekan proceed trus deduct akaun..

dolu2 ada gak minta TAC...now ni   tadernya...kaka is tobat online soping...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 8-4-2021 03:10 PM
kakak sgt takut beli kat lazada NOW ni..brg msuk CART jer..tekan proceed trus deduct akaun..

do ...

Semua refund kak dah dpt kan? Guna boost.. Sbb kita kena masukkan no phone dan pin code boost kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list