Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
15770
View
220
Reply

[Jenayah] Mastura Alia mohon maaf palsukan Sambal Nyet Berapi Khairulaming selepas beliau buat laporan pulis

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-4-2021 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 29-4-2021 06:32 PM

SEORANG wanita tampil memohon maaf Chef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman, 29 atau Khairulaming kerana memalsukan Sambal Nyet Berapi keluarannya.


Wanita itu menemui Khairulaming hari ini selepas chef  selebriti itu membuat laporan polis dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penciplak Sambal Nyet Berapi keluarannya.


Khairulaming berkongsi permohonan maaf wanita itu di media sosialnya sebentar tadi.

Assalamualaikum saya Mastura Alia sayalah orang yang bertanggungjawab terhadap Sambal Nyet yang bukan original. Baru-baru ini banyak kes sambal basi sudah tentu bukan daripada Khairulaming tetapi dibuat oleh saya.

Oleh itu saya mahu membuat permohonan maaf yang sebenar-benarnya kepada pemilik Sambal Nyet yang sebenar iaitu Khairulaming dan juga mereka-mereka yang terpedaya, kata wanita tersebut.




Menurut Mastura Alia, perkara tersebut menjadi pengajaran kepada dirinya dan berikrar tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang dia lakukan.


Mastura Alia turut pergi ke Balai Polis Damansara tempat Khairulamning membuat laporan untuk membuat pengakuan bertulis.

Sementara itu Khairulaming berkata, dia menuntut pampasan tunai daripada wanita berkenaan.

Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dAh naik semalam (thanks for sharing guys), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang-senang macam tu je walaupun datang dengan air mata.

Tapi duit ni aku takkan refund balik kepada pembeli sebab proses refund ni tak mudah dan aku nak buyers untuk take accountability jugak.


Oleh itu 100 peratus duit ini aku akan sedekah kat asnaf yang memerlukan di bulan puasa ni. Aku tak akan ambil satu sen pun, katanya.

Sebelum ini ramai pelanggan merungut kepada Khairulaming kerana Sambal Nyet Berapi yang mereka beli telah basi, bekas pecah dan berair.

Khairulaming menafikan sambal tersebut dikeluarkan olehnya dan telah meminta kawannya menyamar dengan membeli sambal tersebut untuk menyiasat secara terperinci.

Saya boleh tunjuk bukti beberapa sebab yang menjelaskan ia bukan sambal keluaran saya.

Logo yang difotostat, font kandungan yang sangat blur, tekstur sambal yang berbeza (ada minyak hitam) dan bau macam minyak goreng ikan, katanya menerusi rakaman video berdurasi lebih tujuh minit di Instagramnya pada Rabu

Kedai di shopee pun dah kena banned

Khairul Aming  juga memaklumkan bahawa kedai wanita itu di Shopee sudah disekat oleh aplikasi beli-belah itu walaupun telah menukar nama dari Masturaaliyah kepada DK Perfume Shop.

Sehubungan dengan itu, Khairul Aming berharap agar perkara seperti itu tidak berulang lagi dan menjadikan kes berkenaan sebagai salah satu pengajaran buat semua.

Dia juga sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warganet yang mengikuti setiap perkembangan mengenai produk sambal keluarannya.
IMG_20210429_182152.jpg
IMG_20210429_182250.jpg
IMG_20210429_140207.jpg
IMG_20210429_182453.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 29-4-2021 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyet tu apa? Monyet
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gile mencuri terang terangan.. Apa igt x blh kantoi ke... Ni belajar Dr politician la ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul minah ni. Duit haram kot menipu. Nasib la boleh  buat pengakuan video pakai mask.. kalau tak, terpampang muka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2021 06:30 PM
Nyet tu apa? Monyet

Penyet rasanya.....sambal penyet
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2021 06:30 PM
Nyet tu apa? Monyet

Penyet noks.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka penipu nak kaya cepat
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana boleh dpt yg palsu kalau beli direct dr official shopee account dia??? Yg komplen basi pecah minyak banyak gak rasa apa bagai tu, kat shoppe KA, bukan dr shopee org lain. Pelik betul.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 29-4-2021 06:37 PM
Mcm mana boleh dpt yg palsu kalau beli direct dr official shopee account dia??? Yg komplen basi peca ...

dia masak sendiri tapi packaging tiru KA sebijik dan claim sambal tu KA punya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Got nothing better to do ke dikk
cash lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga insaf
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat betul pompuan ni.. Harap kepala je berbalut tapi berkosepkan semua halal kecuali babi.. Sanggup menipu. 700 botol dia jual. Puas hati mak org jahat mcm ni melingkup awal. Buyers pun degil.. KA dah pesan jgn beli kat reseller n agen takut kena tipu tapi buat jugak... Dasar kemaruk+bebal.
Mujur mak x kemaruk nak makan sambal2 ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
pakai tudung,tp.kemain mencuri hasil orang lai
walau ko pinjam nama dia, tiru sebijik2, sama la dgn mencuri gak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kaka tgk gigih betul dia meniru.. Hujung2 dpt malu..sambal basi bagai.. Sahla xpandai masak..  Perempuan muslim plak tu..

Dasat btol penangan ming2
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko kenapa Mastura???
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2021 06:30 PM
Nyet tu apa? Monyet

penyet.. sedap klu makan utk ayam penyet.. tp layan dgn mknn lain jgk. cuma biji cili dia xhancur.. Serem nk order lg.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanat sgt ok perangai perempuan nih dahla curi idea nama...pastu gi jual sambal yg rosak....keji sgt...aku sokong si khairul ni...jgn sesenang nak setel ...bagi pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:48 PM | Show all posts
sanggup dia....

kalau tk jadi apa2 psl sambal tu.. terus diam la ya..?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
PinkyPie replied at 29-4-2021 06:46 PM
Ko kenapa Mastura???

Exactly. Dah kenapa kau Tora??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 29-4-2021 06:45 PM
pakai tudung,tp.kemain mencuri hasil orang lai
walau ko pinjam nama dia, tiru sebijik2, sama la dg ...

Baharu nak tag uols tadi thread sambal-sambal penyek sebegini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list