Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
546
View
2
Reply

[Sarawak] PKP menyeluruh tidak sesuai dilaksanakan di Sarawak

[Copy link]

Author: Vellfire       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-5-2021 08:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-5-2021 05:23 AM

Tiada perbincangan dengan Putrajaya mengenai PKP di Sarawak - Uggah




KUCHING: Sarawak kekal berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) meskipun terdapat spekulasi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan mulai esok.


Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) berkata mereka tidak mengetahui mengenai sebarang keputusan di peringkat persekutuan yang mengisytiharkan PKP akan berkuat kuasa esok seperti dilaporkan, bagi menghentikan penyebaran COVID-19.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)  berkata, Sarawak belum mengadakan sebarang perbincangan dengan Putrajaya mengenai perkara itu.
"Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Pada masa ini, kita berada di bawah PKPB," katanya ketika dihubungi The Borneo Post hari ini.
Uggah berkata, JPBNS akan mengumumkan secepat mungkin jika keputusan yang berbeza mengenai penguatkuasaan perintah larangan pergerakan.

Ditanya adakah Sarawak akan memutuskan untuk mengisytiharkan PKP bagi mengentikan rantaian jangkitan COVID-19 secara efektif, beliau berkata: "Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi."
Sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bahawa lima negeri termasuk Sarawak akan diletakkan di bawah PKP mulai esok (3 Mei).
Pada 26 April, JPBNS mengumumkan untuk melanjutkan PKPB sehingga 17 Mei memandangkan keadaan pandemik COVID-19 semasa di Sarawak.
Selain PKPB, kawasan berisiko tinggi di seluruh negeri telah dan sedang ditempatkan di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk mengekang penularan wabak ini.
Semasa PKP dikuatkuasakan di seluruh negara tahun lalu, orang ramai dikawal ketat untuk berada di rumah masing-masing dengan pergerakan yang sangat terhad, waktu perniagaan dikurangkan dan tidak dibenarkan makan di luar.




kredit : utusan borneo 02/05/2021







Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 3-5-2021 01:25 PM | Show all posts
PKP menyeluruh tidak sesuai dilaksanakan di Sarawak



KUCHING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh tidak sesuai dilaksanakan di Sarawak disebabkan banyak kekangan termasuk saiz negeri ini dan bilangan keanggotaan barisan hadapan.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sudah pasti mempunyai pendekatan terbaik untuk memerangi COVID-19 daripada terus menular di negeri ini.

Walaupun keputusan rasmi belum dikeluarkan, JPBNS mungkin tidak mengumumkam PKP secara menyeluruh di negeri ini.

Agak sukar untuk melaksanakan PKP di Sarawak kerana negeri ini begitu besar selain bilangan anggota barisan hadapan juga kurang untuk menjaga seluruh negeri, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Jerayawara Bubur Lambuk Pertubuhan  Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS)  Cawangan Pantai Damai 2021 di Kampung Rampangi Fasa 1 di sini, semalam.

Bagaimanapun Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air yakin JPBNS akan mengetatkan lagi penguatkuasaan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di negeri ini.

Kalau penguatkuasaan dan SOP diketatkan, kita dapat mengawal penularan COVID-19, ujarnya.

Apatah lagi katanya, JPBNS turut mewujudkan Pusat Sehenti COVID-19 di Dewan Masyarakat dengan menggabungkan 12 agensi peringkat negeri dan persekutuan.

Peranan pusat ini adalah mengumpul segala maklumat seragam dan memudahkan proses perhubungan.

Kalau berjaya, pusat ini akan dibuka di bahagian lain di Sarawak, ujarnya.

Terdahulu, Dr Abdul Rahman yang juga Timbalan Presiden SABERKAS menyerahkan 400 kontena bubur lambuk kepada penduduk kampung.

Beliau turut  menyampaikan bantuan makanan asas kepada penerima di bawah program SABERKAS Prihatin.


kredit : utusan borneo 03/05/2021
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-5-2021 01:38 PM | Show all posts
MKN meeting today to discuss MCO in states with Covid-19 case spikes

KUCHING (May 3): The National Security Council (MKN) meeting in Putrajaya, scheduled for 3pm today, is set to decide whether or not the country would enforce another round of Movement Control Order (MCO) over several states to break the chain of Covid-19 infection.

Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disclosed this yesterday after being contacted by The Borneo Posts sister paper Oriental Daily.

However Ismail Sabri, who is the nations Defence Minister, said he was uncertain as what kind of decision would be reached C still, he was quick to add that his regular press conference would be called at 5pm tomorrow.

The minister said the government would not announce immediately the decision regarding the MCO.

According to him, a decision could be made only after a briefing by the Ministry of Health (MoH) during the MKN meeting today.

I am still waiting for a decision to be made. I have no jurisdiction to take the advice of the MoH to enforce the MCO, said Ismail Sabri.

Minister of Health Datuk Seri Dr Adham Baba had, last Saturday, said that the MoH would recommend the government to enforce MCO over states that had been recording high daily numbers of positive Covid-19 cases.

he states refer to Selangor, Kuala Lumpur, Penang, Johor and Sarawak.

Earlier yesterday, a national English daily had quoted sources as saying that the MCO would be enforced in the five states, effective today.


https://www.theborneopost.com/20 ... vid-19-case-spikes/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list