Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
14204
View
562
Reply

[Tempatan] Apa pelan B anda kalau lockdown berterusan?

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-6-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AHLI ekonomi melihat akan keperluan kerajaan untuk mempertimbangkan langkah selain penyediaan pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi bertahan.

Ramon Navaratnam, bekas timbalan setiausaha agung Perbendaharaan, memberitahu FMT, beliau tertanya-tanya berapa banyak lagi pakej rangsangan yang akan diperkenalkan sekiranya pandemik Covid-19 berpanjangan

Beliau juga berkata, pemotongan gaji dan elaun menteri dan penjawat awam, meskipun penting, tidak cukup signifikan.

Lebih banyak mesti dibuat, tambahnya.

Pemerkasa Tambahan, diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pakej ketujuh sejak pandemik mula melanda negara

Navaratnam memberi amaran, lanjutan penutupan sektor ekonomi bermaksud lebih banyak bantuan kewangan perlu ditawarkan yang kemudian akan memaksa kerajaan untuk meminjam lebih banyak atau mencari cara lain untuk meningkatkan pendapatan Persekutuan
Kata beliau, perkara terbaik yang perlu dilakukan sekarang adalah mempercepat vaksinasi massa sehingga ekonomi dapat dibuka kembali secepat mungkin.

Semakin cepat Covid-19 dikawal, semakin baik. Jika terlalu lama, kita tidak akan mampu bertahan dalam perang (melawan wabak) ini, katanya.

Sementara itu, bekas dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahamed Kameel Mydin Meera bagaimanapun berkata vaksinasi, walaupun akan membantu melawan jangkitan wabak, ia bukanlah penyelesaian utama kerana virus itu akan sentiasa bermutasi.

Beliau melihat Pemerkasa Tambahan sebagai wajar mendapat pujian tetapi yang pasti tidak cukup.

Kerajaan perlu serius fikir untuk meningkatkan sektor ekonomi dan kewangan negara, katanya.

Ini kerana tidak betul (sekiranya) sektor ini menempatkan dirinya sebagai sektor bebas risiko sambil diberi kepercayaan untuk menyediakan ekonomi sebenar, kata Kameel.

Beliau juga berkata, peningkatan pinjaman hanya akan memburukkan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Untuk membantu perniagaan kembali beroperasi dalam beberapa bulan akan datang, katanya, bank kerajaan perlu memberikan pelepasan hutang, pelepasan cukai dan pembiayaan modal kerja kepada industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS). C SM

IMG_20210606_141246.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-6-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Meniaga makanan walaupun akak x reti masak
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu lee gov kena lockdown semua industri..ni ada on..ada off..cmne nak abis
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:20 PM | Show all posts
Edited by green~tea at 6-6-2021 03:24 PM

already implementing Plan B,C,D,E,F, G and so on... business ni kalo lambat buat decision, nnti cashflow hancur... masa WFH, MCO ni la ada opportunity utk diversify businesses...  dari tourism now dah beralih pada agri, food security businesses... alhamdulillah, starting this year dah start masuk additional income from 2 companies... another 2 coming soon (agriculture related juga both)...

tp business family (tourism - resort) tu takde la tutup terus, masa tengah MCO ni lah buat maintenance, repair works, renovation... maybe next year, bila dah ada cashflow masuk balik resort ni, i nak install solar panel, subscribe under program my previous company... so dpt reduce electricity sbb resort commercial rates...

personally pula, masa ni lah relook back at financial, consolidate your commitment... leverage kalo ada peluang.. masa ni laa byk fund2 yang tak available sblm ni, dah boleh masuk... contoh amanah hartanah bumiputera.. masa MCO ni lah weols dapat masuk invest, selama ni fund ni fully subscribed....
tak boleh nak complacent, rasa comfort zone dgn duit hasil makan gaji tak kisah la gomen ke GLC ke, GLIC ke swasta ke... sbb banyak companies affected...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terjejas bab kesihatan je
Rasa lemau xaktif ke sana ke mari
Plan B aku start exercise balik
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga terlalu ramai dari pembeli, pembeli semakin susut wang, peminta sedekah semakin ramai, ayuh tanam makanan sayur bela ayam ikan menjadi nelayan tanpa kos yg byk. Mknnn hari2 sepatutnya sudah setel geledah tanah awam tanam apa saja
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:27 PM | Show all posts
sukacactus replied at 6-6-2021 03:20 PM
Aku terjejas bab kesihatan je
Rasa lemau xaktif ke sana ke mari
Plan B aku start exercise balik {: ...

heret diri sis.. i buat zumba online dgn kawan2 once a week.. and workout sendiri2 1-2 times a week.. husband i lain mcm kegigihan dia, dia dpt workout 3-5 times a week sbb dia suka run on threadmill & bodyweight toning je... sangat2 berbaloi invest in setting up home gym early last year... mmg betul laaa sangat decision weols berhenti membership commercial gym last year, sbb we thought this covid is gonna stay long in the society... mujur mujur mujurrr dah stop membership gym..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:33 PM | Show all posts
green~tea replied at 6-6-2021 03:20 PM
already implementing Plan B,C,D,E,F, G and so on... business ni kalo lambat buat decision, nnti cash ...

Aslmkm. Macam mana kita nak check yang AHB ni masih ada unit untuk dibeli? Kita boleh check secara online ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols rasa mental iols tak berapa stabil sejak akhir2 ni.
Selalu sedih dan menangis secara tiba2.


Iols nak beli kamera baru tp serba salah sama ada duit tu nak simpan utk kecemasan ke or cemana.
Tp kamera tu pun utk buat duit juga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-6-2021 03:41 PM
Iols rasa mental iols tak berapa stabil sejak akhir2 ni.
Selalu sedih dan menangis secara tiba2.

...

Aiol pula dah beberapa kali fikior nak berenti jadik cikgu. Jangan suruh anak2 kome jadik cikgu. Environment toksik namampus. Sebab tu dalam gomen field, cikgu ramai gila karna dok ranking ketiga pekerjaan gomen paling stress di tanahair selepas PDRM dan doktor. Btw, PDRM, KKM, KPM - ni suma dunia gomen yang toksik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:50 PM | Show all posts
Suchi replied at 6-6-2021 03:41 PM
Iols rasa mental iols tak berapa stabil sejak akhir2 ni.
Selalu sedih dan menangis secara tiba2.

...

sebab kau sedih ?

Kamera berguna kalau kau boleh gi sana sini dgn bebas utk amek gambar...... dalam keadaan sekarang kebebasan itu dah tak wujud lagi dah .....so lebih baik kau cuba cara lain utk cari duit ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:51 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-6-2021 03:49 PM
Aiol pula dah beberapa kali fikior nak berenti jadik cikgu. Jangan suruh anak2 kome jadik cikgu. E ...

depa nak paksa semua cikgu amek vaksin ...... camna kau nak elak tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 6-6-2021 03:51 PM
depa nak paksa semua cikgu amek vaksin ...... camna kau nak elak tu ?

Aku tak pegi, wakakaka. Actually nama aku dah naik tapi kebetulan weols dalam self kuarantin sebab SIL suspected positive C19 tapi syukur alhamdulillah resultnya kuar negatif. So bila kena call, aku bagitau ja dalam kuarantin. Ni nanti kalau naik lagik nama aku kata ja tak bersedia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:55 PM | Show all posts
Kena ada 2-3 bisnes berbeza yg fully digitized.
Ada by pos macam barang2 no expiry, ada by COD macam makanan. Ada download je macam e-workshop. SOP kena simple dan pantas. Customer experience rapat dan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-6-2021 03:54 PM
Aku tak pegi, wakakaka. Actually nama aku dah naik tapi kebetulan weols dalam self kuarantin sebab ...

Ahaaa..sama level ss jugak rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:57 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-6-2021 03:54 PM
Aku tak pegi, wakakaka. Actually nama aku dah naik tapi kebetulan weols dalam self kuarantin sebab ...

start from now cari cara lain utk tambah pendapatan ... better don't wait ...successs tak datang tiba2 tapi amek masa
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 6-6-2021 03:57 PM
Ahaaa..sama level ss jugak rupanya..

Vaksin lain aku oke je ya. Aku cuma meragui vaksin C19 ni. Sila jangan samakan aku dengan SS yang lansung tak vaksin anak2 tu. Korang nak sangat vaksin, moga dipercepatkan la supaya tak risau tak gusar pi memana nak berjimba di musim Covid. Aku bukan kaki jimba macam korang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 6-6-2021 03:57 PM
start from now cari cara lain utk tambah pendapatan ... better don't wait ...successs tak datang t ...

Am thinking and planning. If diizinkan Allah, umo 40 aku dah nak berenti keja. Mental health aku deteriorate banyak lepas jadik cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-6-2021 03:58 PM
Vaksin lain aku oke je ya. Aku cuma meragui vaksin C19 ni. Sila jangan samakan aku dengan SS yang  ...

Aku seram nengok time cucuk tu.dalam gila,macam satu inci masuk daging.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2021 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 6-6-2021 03:27 PM
heret diri sis.. i buat zumba online dgn kawan2 once a week.. and workout sendiri2 1-2 times a wee ...

Yes definitely will have to do that
Bef covid hidup aku mcm ada timetable
Lps hantar ank gi skolah, ada time utk mengemas, excercise, masak
Lps ank pdpr ni melalut2 dah aku...haish!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list