Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
27445
View
180
Reply

[Politik] Perdana Menteri Ke 9.... Siapakah?

[Copy link]

Author: BicaraHatiku    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-6-2021 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BicaraHatiku at 4-8-2021 07:24 AM

Update:

KUALA LUMPUR: Tindakan UMNO menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa, bukan satu perkara luar biasa.

Penganalisis Politik, Prof Awang Azman Awang Pawi berpendapat, apa yang terjadi adalah keadaan dinamik biasa dalam politik, malah situasi hampir sama pernah dilihat semasa 'Langkah Sheraton' tahun lalu.

"Dalam politik tidak ada satu lawan atau kawan yang kekal, yang kekal hanyalah kepentingan.

"Untuk seorang ahli politik, 24 jam itu tempoh yang lama kerana banyak perkara boleh berlaku dan berubah dalam sekelip mata.

"Tidak sama sepenuhnya tetapi kita pernah lihat perkara hampir serupa berlaku dalam 'Langkah Sheraton' ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bawa beberapa orang Ahli Parlimen keluar daripada PKR untuk menumbangkan Pakatan Harapan," katanya dalam program Wacana Sinar bertajuk Apa 'Cer' Politik Malaysia, pada Selasa.

Jelasnya, langkah seterusnya yang boleh dijangka adalah campur tangan institusi raja, di mana Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil peranannya.

"Yang di-Pertuan Agong perlu panggil menghadap ketua-ketua parti dan meminta mereka menjelaskan pendirian.

"Ini juga sama seperti selepas berlakunya 'Langkah Sheraton', yang membawa kepada pembentukan PN," ujarnya.

Penyelesaian terbaik ketika ini, kata Awang Azman, adalah pembentukan kerajaan interim untuk tempoh enam bulan atau setahun.

Pendapat yang hampir sama juga dikongsi seorang lagi penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakob yang percaya rakyat kini sedang memerhatikan setiap langkah yang diambil para pemimpin.

"Kerajaan masih ada. Pertukaran kerajaan tak boleh buat macam tukar tempat tinggal.

"Ia perlu dilakukan mengikut prosedur Perlembagaan. Kalau setakat nombor, sesiapa pun boleh cakap dia ada nombor (jumlah) tertentu," katanya.

Tegasnya, politik matang tidak memerlukan istilah propaganda seperti derhaka atau pintu belakang, sebaliknya berasaskan prinsip Perlembagaan, nilai adab dan rasa hormat terhadap rakyat.

-Astro Awani


------------------------


KUALA LUMPUR C Seramai 11 pemimpin parti politik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini sejak Rabu lalu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin pertama menghadap YDPA diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Sesi menghadap turut disusuli Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal.

Seawal pagi tadi, tiga pemimpin parti politik selesai menghadap YDPA iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC, A. Vigneswaran.

Presiden PBS, Maximus menjadi wakil pemimpin parti terakhir selesai sesi menghadap secara fizikal pada pukul 3.24 petang di sini hari ini.

Parti terakhir dijadualkan menghadap adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal dijalankan pada Isnin depan secara persidangan video.

Sementara itu...

PH menolak candangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran), seperti pada 1969, yang dibawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

PH sebaliknya sekali lagi menggesa penguatkuasaan darurat ditamatkan dan Parlimen kembali bersidang.

"Sebagai parti yang menjunjung prinsip demokrasi berparlimen, PH menolak cadangan Mageran ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi Amanah Mohamad Sabu-https://www.malaysiakini.com/news/578474

Apa itu Mageran?


Multiple Polls: ( Max 5 choices ), Total 316 Users voted

Count down: 2 Days6 Hours43 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklaaa bersidangg.. leh ade kluster parlimen ko kluster politik kaa.. kluster berbahas ke.. dah bersidang nantii pastikaannnn rkyt semua dpt mkn.. pstikan rkyt dpt vaksin.. pasktikan rkyt dpt koje balik.. kitaorg nak duit.. ni ramai yg dah rumah kena lelong.. kete kena tarik.. yg munuh diri pun ade.. apevpertolongan hangpaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
bab batalkn darurat ni aku sokong yela beriya ckp nk kawal covid tp tgk ape jd skrng?,bab PM baru ni plk aku tawakal jela sape pon yg jd mn x nya blk2 muka sama je org nya bosan btl politik mlysia ni muka sekor2 mnjahanamkn mlysia klau diaorg keja fikir nk kayakn diri kroni2 diaorg je aku serahkn pd DIA diatas je la jwpnya ape yg patut bt ke bahalol2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:41 PM | Show all posts
sapepun sama je penderitaan rakyat nanti, cuma lain bentuk dan sifat je
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts


Sejak ABAHcow jadi PM tak pernah sama sekali beliau berani nak berhadapan dgn wartawan samada isu negara mahupun isu rakyat tu kenapa?

Adakah kerana skrip tak sempat nak disediakan?

#PMbacul
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 02:21 PM | Show all posts
Edited by ifanonline at 11-6-2021 02:23 PM

saya pilih Azalina Othman Said andartu forever!

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilerr tak hensem.
Screenshot_20210611_163430.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 11-6-2021 07:32 PM
MissYouSayang replied at 11-6-2021 05:32 PM
Kalau sodomi jadi piyem. Korang nak ke muka2 ini ada dalam kabinet baru tu nanti ?


iol redo jah kalo abg mat jadi menteri balik..


Ucapan mat sabu baru2 ni yg menerima sebanyak 1.5juta tontonan di fb
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pengikut mereka berangan dulu ke.. rajin betul mereka edit
Tahniah.JPG
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka aje keadaan macam sekarang ni . Aku suka tengok melayu sebok membodohkan sesama depa sendiri . Kalau time ph , melayu sebok nak bergado dengan cina .. segalanya disabit dengan dap . Sekarang lantak ..  dengan 99% mp melayu dlm kerajaan ..  dah aman sikit kaum cina ..  alhamdulillah takde lah hari2 nak mengadap melayu nak sembelih aje ..  macam manusia tak siuman .
tapi sekarang ..  hehehe. ..  melayu sama melayu pulak maki2 . hahaha ..    gemok aku makan maggi .
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku piley2 lagi, piley2..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang2 Umngok boleh belah.

Ntah tatau nak pilih sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa wak ponorogo and hitam manis kacak tu?

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 11-6-2021 01:25 PM
Aku suka aje keadaan macam sekarang ni . Aku suka tengok melayu sebok membodohkan sesama depa sendir ...

Kannnnn.. kit siang dah diamm.. lutong dah masuk hutan.. salah sape lg.... koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed Sadique!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
I want to vote for Jacinda malangnya not in the above option uhuk uhuk
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 11-6-2021 01:32 PM
Siapa wak ponorogo and hitam manis kacak tu?

Wak jahid n kj?..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 11-6-2021 01:36 PM
bab batalkn darurat ni aku sokong yela beriya ckp nk kawal covid tp tgk ape jd skrng?,bab PM baru ni ...

Dah memang bukan asalnya langsung nawaitu dia nak kawal covid kan. Dia takut kat ura2 nak undi tak percaya tu sebab tu kelam kabut nak darurat.
Nak bersidang online pula tak habis2 mengkaji macam nak buat thesis je
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 11-6-2021 01:36 PM
Wak jahid n kj?..

Oh hamba allah yang zuhud tu wak ke.. baru tahu.

KJ = kacak???
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Imkhai replied at 11-6-2021 01:36 PM
bab batalkn darurat ni aku sokong yela beriya ckp nk kawal covid tp tgk ape jd skrng?,bab PM baru ni ...

Jgn riso yg pasti konpom mesti stok muka recycle... aku lakkk tetap hidup gini jahhh.. kobik pung tak settle
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon buang org2 tua atas 50..bg yg muda2 teraju negara..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
X kisah sapa...yg penting berani...jgn lemau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:58 PM | Show all posts
tok mat pleaaseee..wak tolong la berundur wak kasi org yg layak jadik pm/presiden umngok..aku org somban beza sgt somban zaman isa samad dengan zaman tok mat..i sokong tok mat yooo ooo
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Presiden Parti Muda  dipanggil mengadap tak??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list