Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
20234
View
349
Reply

[Jenayah] No.2 NGO Islam turunkan peguam mereka, 5 budak rider foodpanda ditahan polis sebab ramai-ramai belasah lelaki tempatan yang telah menghina Islam

[Copy link]

Author: Makcik.Kiah       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-6-2021 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Makcik.Kiah at 12-6-2021 06:21 PM

Pelanggan, lima penghantar makanan ditahan kes gaduh
MUHAMMAD AMINNURALIFF | | 11 Jun 2021


PETALING JAYA - Enam individu terdiri daripada seorang pelanggan dan lima penghantar makanan ditahan selepas disyaki terlibat pergaduhan melibatkan sensitiviti agama di Sungai Way di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berhubung tindakan seorang pelanggan yang didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama kira-kira jam 2.30 petang.

"Penghantar makanan itu kemudiannya telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan tersebut serta menularkannya kepada aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan (rider) di kawasan tersebut.

"Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan (rider) yang lain dan mereka telah pergi ke rumah pelanggan tersebut yang terletak di kawasan Sungai Way di sini," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Fakhrudin berkata, pelanggan yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun itu dipukul oleh sekumpulan penghantar makanan (rider) tersebut.

"Pelanggan itu kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan selanjutnya.

"Polis kemudiannya memberkas pelanggan dan lima penghantar makanan berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.

Menurutnya, polis masih mengesan beberapa suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana telah menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang- undang," katanya.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menimbulkan apa-apa isu atau membuat provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan bangsa lain yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat serta tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang serta menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2021 10:11 PM | Show all posts
Edited by Makcik.Kiah at 12-6-2021 09:49 PM

Panas hati makcik tengok video lelaki tempatan tu hina Islam dan makcik kagum dengan budak-budak rider foodpanda sebab bersemangat pertahankan Islam. Tapi makcik sedih tengok budak-budak foodpanda ni kena tahan polis.
  
Edit: Sejuk hati makcik tengok ada NGO Islam turunkan peguam-peguam mereka untuk bantu budak-budak rider Foodpanda ini. Ini sangat berbeza dengan sikap beberapa forumer dalam forum ini, tak pasti makcik adakah mereka ini liberal atau pun bukan Islam sebenarnya.


DEMI MARUAH DAN AGAMA!

Susulan kes 5 rider FoodPanda yang cuba mempertahankan agama Islam kerana dihina, NGO Pejuang Nusantara bersama-sama dgn Semboyan Malaysia, PEMBELA, Persatuan Peguam Muslim Malaysia cuba untuk membela dan membadai nasib perjuangan mereka.

InsyaAllah, segalanya dipermudahkan


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2021 10:14 PM | Show all posts
Edited by Makcik.Kiah at 12-6-2021 06:27 PM




Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok leh carik duit bg ank bini, makpak mkn,acah2 samseng. Udah le rata2 ramai hilang keje. Korg ni nnt,dh la ade rekod polis, turun nek court kalo kna pendakwaan bukan takat duit, silap2 freedom melayang. Nk pertahankn agama,alih2 ko busukkn agama sendri ngn tindakan mcm ni. Moga Allah prmudahkn urusan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2021 10:29 PM | Show all posts
Edited by Makcik.Kiah at 11-6-2021 10:33 PM





Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-6-2021 10:35 PM | Show all posts
Dan-dan OKU

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:54 PM | Show all posts
https://www.instagram.com/00fi_cial/

Dah IG dia pun dah boleh nampak macam mental,  tapi kau belasah dia dengan harapan dia akan ok balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgok cara dia ckp pun dah tau tak brp ok....

Rider ni nk tunjuk sam seng tak bertempat.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 11-6-2021 10:59 PM
Tgok cara dia ckp pun dah tau tak brp ok....

Rider ni nk tunjuk sam seng tak bertempat.....

rider pon bebudak....drp kacamata bebudak..depa igt dia memain kot....kita tunggu siasatan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 11-6-2021 10:59 PM
Tgok cara dia ckp pun dah tau tak brp ok....

Rider ni nk tunjuk sam seng tak bertempat.....

Apa salahnya kalau yang belasah pun ngaku mental..baru ngam ,gila sama gila.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cm tu pun triggered gila babi smpai bawak geng pukul ke ? Adoyaiii. Emotional intelligence bawah tapak kaki jah. Sia2 jd isele
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo nak belasah org hina agama sekali pon, perlu ke rakam video? Tak pasal2 semua ada rekod masuk lokap pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 11-6-2021 11:09 PM
Apa salahnya kalau yang belasah pun ngaku mental..baru ngam ,gila sama gila.


bior doktor pi chek depa tu semua...'sapa yg gila' dan sapa yg 'sakit mental'....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dak dak rider ni pon....menghina agama ko report jah lah..pandailah polis angkut...ko lagi.menghina dengan perlakuan ko yg membelasah orang beramai ramai camtu...budak tu sorang jah kot...elok elok jd rider lepas ni tanam anggur....siap rekod merusuh lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa yg dipukul oku
Ada kad
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape x hina agama lain klau ye oku pun?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk mangsa tu ckp pun dh tau spesis femau kan..mcm ada mslh mental sikit..mayb terencat..
yg bgsnya rider fp ni ada sikap teamwork..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 12:35 AM | Show all posts
Membela agama, pastu maki orang.. Pukima*

Hero sangat la konon tu.

Nabi kena hina lagi teruk lah tapi takda lah feeling terhina macam dorang ni. Menyampah pulak budak2 terlebih ni.  Report polis kan senang dari bergaduh siap body contact semua ni. Dapat covid baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Samseng taek kucing ke ni
Kalau OKU tu salah pun mana boleh sesuka pukul ramai2 cmtu
Pastu dia kan bgtau dia kristian n dorang pun allowed kan guna nama allah tu utk tuhan dorang
Bukan hr tu ada ke berita
Tp mmg mental la jugak masa i tgk bideo td

Org tgh serabut covid2 ni dok buat samseng ramai2 plak
Apa laa
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan dan oku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list