Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
8917
View
120
Reply

Hero lembik’ tetapi penonton suka – Shukri Yahaya

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-6-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “’Hero lembik tetapi ramai suka tengok drama ‘cintan-cintun’.”

Itu ayat yang terluncur di bibir aktor Shukri Yahaya ketika mengulas jolokan ‘hero lembik’ yang dilabelkan kepadanya, susulan sering menjayakan drama cinta dan air mata.

Jolokan tersebut dilemparkan ke mukanya ekoran watak Nazril Nazim yang sering menitiskan air mata sehingga digelar lelaki lemah menerusi drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN).

Shukri atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Yahaya, 33, bagaimanapun tidak pernah menganggap semua watak utama yang dipegangnya sebagai ‘hero lembik’.

“Agaknya perkara tersebut tercetus kerana saya sering berlakon dalam drama-drama berkisahkan cinta dan air mata.

“Sepatutnya tidaklah wujud label ‘hero lembik’ kerana watak-watak air mata dan drama genre sebegini muncul kerana banyak permintaan daripada penonton sendiri. Sambutan yang mereka berikan sangat hebat,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Bercerita lanjut, permintaan syarikat produksi menerbitkan drama bergenre lain seperti aksi atau thriller juga sangat kurang ketika ini.

“Ramai yang suka dengan drama cinta berbanding cerita lawan-lawan,” tambahnya.

Berkongsi mengenai pelbagai mesej yang diterimanya mengenai RASN, dia tidak menyangka karya arahan Along Kamaludin itu ditonton segenap lapisan usia.

Mengakui gembira menerima banyak mesej positif daripada penonton, Shukri bersyukur kerana hasil kerjanya diterima ramai.

“Selain penonton yang berbeza lapisan umur, mereka juga hadir daripada negara lain seperti Indonesia, Australia. Terkejut dan lucu membaca semua komen mereka.

“Rata-rata mereka memberi komen terkesan dengan watak saya, ada yang marah dan puji. Pesan saya, jadilah penonton yang bijak menilai fantasi dan realiti,” ujarnya. – K! ONLINE
IMG_20210613_013003.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ramai? siapa? bebudak wechat?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni klu berlakon romantic mesti pegang2 kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehhh.. Aku tk suka.. Tah hapa2 ja.. Kdg bkn lembik dh nampak mcm bodoh ja.. Ni mesti kes tersilap info Muhaya.. Muhaya suruh bini yg bodoh bkn laki yg bodoh.. Setakat tu la kualiti drama me-layu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting masyukkk

Lembik kereh separuh kereh..who bloody care

Oang offer keje..kita trima..masyukkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 07:23 AM | Show all posts
memang hero dan heroin drama tv3 tu semua lembik pun...

dia ikut tips prof muhaya la tu kena bodo bodo sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa je yg suka tu? Meols benci hero & heroin lembik yg bodoh lagi lurus bagaikan pembaris. Hidup xde pendirian & mudah percaya dgn kata2 org. Benda boleh setel pun tetap la nak cari penyakit. That’s why meols mmg pangkah drama2 Melayu ni. Kalau tengok konfem leh mendatangkan kemarahan. Kalau scene romantic lak sgt la cringe X faham dgn org yg leh layan drama cmni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh turn off dengan mamat.selekah lepas tu mulut boleh tahan, bagus jugak semenjak dia  geng dengan Nanas terbongkar sekali sisi buruk dia yang selama ini dia cuba untuk simpan.


Walau pun kau pandai berlakon kalau muka kau asyik keluar cerita lembik orang dh start mual dan bosan tengok kau
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 12-6-2021 07:22 PM
Dia ni klu berlakon romantic mesti pegang2 kan

Ye ke.. ala2 jalaluddin hassan dulu2 lah ye. Shukri yahya ni sbb mata dia yg buat i rase kalo die berlakon kisah cintan cintun tu mmg nmpak feel.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
X pernah tgk dia berlakun..tgk live dgn nanas ada ler..suka gek nengok..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Addrianna replied at 12-6-2021 11:44 PM
Aku dh turn off dengan mamat.selekah lepas tu mulut boleh tahan, bagus jugak semenjak dia  geng deng ...

Setuju dgn hujah2 sis ke bro ni?

Mamat ni x pernah blakon citer action ke? Tgk bdn dia lembik semacam je..

Dulu dia ni ada kes apa? Burung terbang jg ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 13-6-2021 07:52 AM
Setuju dgn hujah2 sis ke bro ni?

Mamat ni x pernah blakon citer action ke? Tgk bdn dia lembik s ...

Aku sis pak dol.hero lembik mana boleh berlaku cerita action nanti acik kepam tak boleh berimginasi.zul tu walau pun ada  ambik berlakon cerita bbnu lembik tapi seimbang banyak buat action movie.

Tak pasti pulak Burung tu rasa dia kantoi dulu kes main WeChat walaupun dimaafkan sebab hero pujaan malaya.dinafikan bukan dia katanya tak tahu lah aku tak follow cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Addrianna replied at 13-6-2021 12:01 AM
Aku sis pak dol.hero lembik mana boleh berlaku cerita action nanti acik kepam tak boleh berimgin ...

Baru igt psl wechat tp x igt dia buat apa ms tu..mcm kecoh jg ms tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak.dolla replied at 13-6-2021 08:08 AM
Baru igt psl wechat tp x igt dia buat apa ms tu..mcm kecoh jg ms tu..

dah Google kes we chat dia. masa tu dia belum mendonia sgt rasanya. dia ni naik lepas 7 hari mencintaiku kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Addrianna replied at 13-6-2021 08:01 AM
Aku sis pak dol.hero lembik mana boleh berlaku cerita action nanti acik kepam tak boleh berimgin ...

Dia ni xde kes pasal burung terbang cuma kantoi minta perempuan boobs je.tp klu ade burung terbang tak tau lah pula.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka tgk cite ni sbb uqasha jekk.. Xsuka syukri. Geli geram sume ada. Ni la cth laki yang Mcm bodo2 sikit tu.. Dayus acah miskin pdhl kaya.. Pastu kejap baik bijak mcm malaikat pastu ego ke pangit mcm setan. Masa cite 7HM pun xsuka lakonan dia.. Haih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Addrianna replied at 13-6-2021 07:44 AM
Aku dh turn off dengan mamat.selekah lepas tu mulut boleh tahan, bagus jugak semenjak dia  geng deng ...

Ye setuju. Mmg selekeh n geli.. Ajet hensem pon satu hal.. Lakonan xbest mana pon. Uqasha n sally blakon mantop je tu yang ramai tgk smpi letop drama dorg.. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak minat nak tengok drama melayu pukul 7
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia cam lawo gk.  Tapi iols kurengla n Jemu tgok dia berlakon. Lagi preFer kamal
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan lembik tapi macam psiko bila aku tgk nazril tu. eeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list