Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
29257
View
343
Reply

[Tempatan] PKP 3.0 disambung sehingga kes harian bawah 4,000 . UPDATE

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-6-2021 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 27-6-2021 12:18 PM

PKP 3.0 disambung atau tidak, diumum sebelum 28 Jun
Mohamed Farid Noh


Tangkak: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung atau beralih ke fasa seterusnya akan diumumkan tiga atau dua hari sebelum 28 Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman tidak akan dibuat dalam masa terdekat, berikutan perlu menunggu lebih banyak data dianalisa Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes harian, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), situasi sebenar kes di negara ini sentiasa berubah.

"Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

"Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi (sebelum tarikh akhir PKP) sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih (ke fasa seterusnya) sebelum pengumuman rasmi dibuat.

"Perkara itu (PKP diteruskan atau tidak) akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang saya pengerusikan untuk menilai keadaan semasa pandemik negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir di sini, hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Gambir, turut mengadakan lawatan rasmi ke PPV Dewan Serbaguna Pagoh, di sini dan menghabiskan masa kira-kira 30 minit bertanya khabar penerima vaksin daripada golongan Orang Asli.

Muhyiddin turut meluangkan masa selama kira-kira 30 minit meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir di sini.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba supaya meminta pembekal menghantar bekalan vaksin dengan segera.

Katanya, kerajaan sudah membeli dan membayar bekalan vaksin Covid- 19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini, namun masih belum menerima bekalan itu.

Menurutnya, beliau sudah meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di beberapa lokasi yang dibuka dan mendapati ia diuruskan dengan baik, namun menghadapi masalah bekalan vaksin yang tidak mencukupi dan perlu ditambah.

"Beberapa PPV juga bersedia meningkatkan kapasiti pemberian vaksin namun tidak dapat berbuat demikian kerana jumlah vaksin yang tidak cukup.

"Kerajaan sudah beli dan bayar namun bekalan vaksin yang di tempah itu belum sampai apatah lagi seluruh dunia sekarang perlukan vaksin.

"Saya sudah arahkan menteri bertanggungjawab supaya minta pembekal dapat membekalkan vaksin dalam tempoh lebih cepat.

"Jika pengilang sudah keluarkan lebih banyak vaksin, kerajaan harap bekalan vaksin lebih banyak akan dihantar ke negara ini dengan segera," katanya


Disiarkan pada: Jun 22, 2021 @ 6:47pm

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak suruh ramai orang depress dan bunuh diri atau saling berantakan silala sambung pkp...korang kerja gomen mmg la x kisah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 22-6-2021 06:58 PM
Ko nak suruh ramai orang depress dan bunuh diri atau saling berantakan silala sambung pkp...korang k ...

Enche suami dah mulai tunjukkan bunga bunga taichi dgn kau keww nor?

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerclubbing replied at 22-6-2021 07:00 PM
Enche suami dah mulai tunjukkan bunga bunga taichi dgn kau keww nor?

tengokla thread2 yg laki kurung bini dan anak dan kes bunuh diri....yg kes anak mati tu juga....dan ramai lagi yg x de kerja kehilangan kerja bila pkp berterusan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya buka saja semua sektor ekonomi dan sodial. Sesiapa yg mati kovid itu nasib lah... Pandai2 lah mrnjaga diri
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress wei pkp lama2 ni. Nak sambung kasi laa bantuan apa2 .kesian utk sapa keje sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:19 PM | Show all posts
i kesian yang keje carwash kat area rumah
hari2 datang ketuk pintu rumah tanya nk basuh kereta ke tidak
depa cari jua customer dekat parking kedai2
air letak dalam baldi tolak dengan cart
vacuum xde lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:26 PM | Show all posts
sambung sampai next PRU yg tak akan tiba
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 22-6-2021 07:17 PM
Stress wei pkp lama2 ni. Nak sambung kasi laa bantuan apa2 .kesian utk sapa keje sendiri

Kan.. I harap2 boleh la jadi yang next phase, yang boleh travel >10km. I dont mind wfh, tapi dah rindu family yang sama2 terperap dalam rumah bukan la sangat nak pi shopping bagai, cuma rindu betul nak jumpa family yang senegeri
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkp sampai raya haji
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 22-6-2021 07:19 PM
i kesian yang keje carwash kat area rumah
hari2 datang ketuk pintu rumah tanya nk basuh kereta ke t ...

Bestnye ada servis camni Tapi tula, car wash la time2 ni rasa tak berbaloi, melainkan yall kereta pi mana. I hari2 acah2 panaskan kereta but itu je keje dia. Jalannnye tak pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung je la..bak kata porumer porem cari, tade orang bercucuk tanam tepi jalan raya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mana boleh tak sambung..masa ni nak pungut CUKAI paling kurang sorang 2 ribu.GST dah katup sst tokey lari
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah lah..tolong lah..tak tahan dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nak kerja dh lah kerja tusyen tak jalan. parent x mau online skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 22-6-2021 07:04 PM
tengokla thread2 yg laki kurung bini dan anak dan kes bunuh diri....yg kes anak mati tu juga....da ...

Soalan aku kau tak faham kewww?

Nak suruh aku lukis?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka teruk betul kepimpinan Muhyiddin. Tak sangka ada juga yang betul2 bodo tapi boleh naik pangkat tinggi gila dalam kerajaan. TMJ taknak pulak claim yang PM terbaik ni anak jati Johor? Si Sadiq tu sibuk dia kutuk konon bukan Johor sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 22-6-2021 07:19 PM
i kesian yang keje carwash kat area rumah
hari2 datang ketuk pintu rumah tanya nk basuh kereta ke t ...

Ini mmg kesian nyaaaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
saya rasa sambung

itu la satunya weapon pemimpin pengecut
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 09:19 PM | Show all posts
buka tutup buka tutup. kes tak turun2 gak
italy yg terok gila kes dulu pon dah turun ke bawah 1k sehari sedangkan 3 bulan lepas 20k lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list