Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1234Next
Return to list New
3896
View
77
Reply

[Tempatan] Isu guru 'duka lara' lagi. Guru di Sabah, Sarawak. Pasangannya di Semenanjung

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-6-2021 11:53 AM | Show all posts |Read mode
KPM minta sedikit masa lagi untuk selesaikan ‘guru duka lara’

Wartawan MalaysiaGazette -
23 June 2021


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminta sedikit masa lagi untuk menyelesaikan isu ‘guru duka lara’.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau ambil maklum mengenai perkara ini kerana ia juga adalah isu lama dan telah dibincangkan sejak bertahun-tahun.

Beliau berkata, KPM banyak kekangan dalam menangani isu ini termasuk opsyen ke tempat guru-guru hendak pergi.

Dalam konteks isu ini, KPM menelitinya secara menyeluruh kepada pertukaran guru.

“Apabila saya masuk ke kementerian dan melihat isu ini, kita tak buat sewenang-wenangnya sekadar hendak bercakap, ikut sedap mulut, tidak.

“Kita susun terperinci, kita fahami apa masalahnya, kita tengok di mana puncanya, kita tengok strategi yang boleh dilaksanakan.

“Apabila kita selesa bahawa ini satu kerangka yang jelas, pendekatan yang baik, barulah kita akan umumkan,” katanya dalam wawancara semalam.

Istilah guru ‘duka lara’ ini merujuk kepada guru-guru yang sudah berkahwin dan terpisah dengan pasangan masing-masing dalam tempoh lapan dan sembilan tahun.

Kebanyakan kes melibatkan guru yang bertugas di Sabah dan Sarawak dan pasangannya di Semenanjung.

Radzi memberi komitmen untuk menyusun pendekatan menyeluruh dalam menyelesaikan isu ini, biarpun mungkin tidak sepenuhnya.

“Walaupun tindakan yang diambil tidak dapat memuaskan hati semua pihak tetapi sekurang-kurangnya perkara-perkara asas diselesaikan, meskipun tidak sepenuhnya.

“Sebab itu saya kata berikan kami sedikit masa lagi,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pekerja gomen lain ada yg macam ni jugak ke? selalu dgr guru saja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kezen aku la..laki dia buat odd job je kat kampung johor tu
tp sibuk suruh bini pindah ke johor.
eh patutnya ko tu yg pindah ikut bini ko duk sabah sarawak sana. ko tu bukan hada permanent job pun kat johor..jantan bingai
kurang2 bini ko tu dpt gak skim pencen

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 23-6-2021 12:15 PM
pekerja gomen lain ada yg macam ni jugak ke? selalu dgr guru saja.

Tentera,  nurse, dan polis pun selalu juga. Lain2 jawatan,  jarang.

Selalu dengar sebab jawatan ni paling ramai kat Malaysia.

Lain2 tu biasanya PJJ sebab naik pangkat. Hidup dah stabil,  anak dah besar2.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-6-2021 12:20 PM
mcm kezen aku la..laki dia buat odd job je kat kampung johor tu
tp sibuk suruh bini pindah ke johor ...

Apa punya laki la,  ingat senang kot nak minta2 pindah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 23-6-2021 05:16 AM
Tentera,  nurse, dan polis pun selalu juga. Lain2 jawatan,  jarang.

Selalu dengar sebab jawata ...

haahla nurse penah dgr. ada kawan laki dia guru dari sarawak dapat tukar satu skolah dgn dia di selangor.

rasanya kabel sbb masing2 baru 29.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:22 PM | Show all posts
aku cadang setiap guru btugas ikut negeri kelahiran beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:24 PM | Show all posts
Bukankah semasa dulu snggup saja jika kena berpindah?
atau semata mata nampak $$?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 23-6-2021 01:20 PM
haahla nurse penah dgr. ada kawan laki dia guru dari sarawak dapat tukar satu skolah dgn dia di se ...

Kadang rezeki,  kadang kabel juga
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 23-6-2021 05:30 AM
Kadang rezeki,  kadang kabel juga

kes sheols meols rasa kabel
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa staff gomen ni perlu dicampak keluar dari negeri kelahiran or mastautin dorang? Contoh cikgu dari Sarawak mengajar kat Semenanjung and vice versa. Doktor, misi pun sama. Ni honest question meols memang tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 23-6-2021 01:16 PM
Tentera,  nurse, dan polis pun selalu juga. Lain2 jawatan,  jarang.

Selalu dengar sebab jawata ...

Len2 jawatan chill je. Cikgu yg meroyan jauh la itu la

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 23-6-2021 01:22 PM
aku cadang setiap guru btugas ikut negeri kelahiran beliau.

Better sruh ciku tu quit je kjer gomen
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-6-2021 02:06 PM | Show all posts
nurse pun mcm tu
kerja di Arab Saudi
suami di Malaysia
jaga anak2

ni bukan duka lara
pasal gaji lebat

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 23-6-2021 01:55 PM
Better sruh ciku tu quit je kjer gomen

Kebanyakan cikgu yg duka lara plat D, tu belum lgi laki, bini nk balik kampung plat D
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhenti lah. Xdak paksaan untuk menjadi cigu. Sementelah lagi, anak2 borneo lepasan maktab dan upsi ramai menganggur. Bersedia untuk ambil alih. Take it or leave it
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 23-6-2021 02:06 PM
nurse pun mcm tu
kerja di Arab Saudi
suami di Malaysia

Tk payah jadi nurse arab. Jadi nurse kkm pon kena pjj. Ada rezeki dpt pindah. Dapatla. Tkde pula kecoh2 duka lara
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 23-6-2021 02:11 PM
Kebanyakan cikgu yg duka lara plat D, tu belum lgi laki, bini nk balik kampung plat D

Sebab nk kerja sng. Gaji lebat tp nk dok kg. Bole beli rumah dkt kg kos sara hidup lg murah
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman pandemik ni bukan cikgu je duka lara. Yg bukan kerja kerajaan pun duka lara takleh merentas negara .. sob sob sob
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-6-2021 12:20 PM
mcm kezen aku la..laki dia buat odd job je kat kampung johor tu
tp sibuk suruh bini pindah ke johor ...

Perangai2...haritu ada kes yg sama jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list