Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
25144
View
256
Reply

Neelofa A.K.A Jahlop tak nak mengaku dah hamil...hehehe

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-7-2021 07:38 PM | Show all posts |Read mode

Neelofa dilihat kerap memegang perutnya dalam sesi siaran langsung Instagram sebentar tadi.

Kerap pegang perut, netizen sekali lagi dakwa Neelofa hamil

PETALING JAYA C Kerap memegang dan mengusap bahagian perutnya, selebriti terkenal Neelofa sekali lagi dihujani ucapan tahniah selepas didakwa hamil.

Aksi memegang perut itu kerap kali dilakukan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 32 itu dalam sesi siaran langsung bagi mempromosikan produk terbaharu daripada jenama tudungnya, Naelofar.


PEMILIK empayar jenama Naelofar itu dilihat kerap memegang perutnya dalam sesi siaran langsung sebentar tadi.

Paling ketara, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu dilihat memegang dan mengusap perutnya berulang kali kerap duduk kerana dipercayai keletihan kerana berdiri.

Meskipun dihujani dengan soalan dan ucapan tahniah daripada penonton siaran langsung tersebut, Neelofa tidak membalas mahupun menunjukkan sebarang reaksi terhadap pertanyaan netizen.

Meninjau dalam Twitter, terdapat segelintir netizen turut mendakwa bahawa bekas pengacara Meletop itu hamil serta ternampak perubahan saiz pada bahagian perut.

Wah! Neelofa hamil ke? Tengok siaran langsung dia asyik pegang perut dan nampak besar, ciap seorang netizen.


TANGKAP layar beberapa pengguna Twitter yang mendakwa Neelofa sedang hamil.


Selain itu, dakwaan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu hamil semakin kuat selepas terdapat beberapa netizen memberitahu Neelofa mula mengikuti beberapa akaun berkaitan kehamilan dalam Instagram sejak akhir-akhir ini.

Rasanya Neelofa mengandung sebab nampak dia mula mengikuti akaun berkaitan kesihatan kehamilan @healthy.pregnancys dalam Instagram, tulis seorang lagi netizen.


Neelofa juga dilihat mula mengikuti akaun Instagram berkaitan kehamilan.

Terdahulu, Neelofa pernah dikatakan hamil apabila sekeping gambar seolah-olah menunjukkan baby bump usahawan itu tular di media sosial.

Meski sering dihujani pertanyaan mengenai kehamilan , Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang penafian mengenai hal tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. C K! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti Jahlop akan buat PC announce her pregnancy la. Relaks la semua peminat Lopa. Artis world class mana boleh announce kat ig je
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia pregnant pon untuk pertama kali perut dia tak nampak lagi kot..tapi maybe la.pregannt kalau asik pegang saja la kan tarik perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la kot preggy ni
Wah kemain la jahlop lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
oh really? good for u then
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:42 PM | Show all posts
Eh, mampos die la nak hamil ke, gugur ke hape ke.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah pulak aku kau nak hamil ke apa...kau siapa? Penyanyi bernombor? Perdana menteri bernombor? Wanita bernombor?

Sekadar TIBAIUNTA NOMBOR SATU NEGARA x layak nak hebah heboh pasal kau hamil. Menyampah baca berita kau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Another meghan markle ke ni??????
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-7-2021 07:47 PM | Show all posts
slyfynx replied at 17-7-2021 07:42 PM
Eh, mampos die la nak hamil ke, gugur ke hape ke.

jnji x double thread kan....

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by meteorspeed at 17-7-2021 07:49 PM

Biasa la, attention seeker..  duk bg hint..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Feeling Meghan markle pulok dok usap2 perut kasi hint... Hajjah dengan hint2 berpisah tiada. Sukaaaaa la tu org berspekulasi .. dasarrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh..dah berjimak rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi hint tapi2 nafikan, harap2 dinafikan terus la
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dia sudaa mali...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
hajjah kan nak launch produk sejadah, sama pula time launching telekung n sejadah dari duck .eh tiber
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula daaaa
Bosan to max
The female version of el dr segi propaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
riyadhK replied at 17-7-2021 07:47 PM
Another meghan markle ke ni??????

Khennn.. dok pegang2 perut gittew. So kes mahkamah mcm mana eh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
korang ni pn...
kan semalam seteru dia launch tudung..hari ni dia kena la usap usap perut nak mtk attention dari fans dia pulak. nah..dah keluar berita..haha.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
jahlop mmg mengada.sbb sepanjang pregnancy aku,utk 5 bln ke bawah x merasa gerakan baby lagi.dah 6 bln ke atas baru terasa baby tendang semua.ni mmg nk perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
I mmg mengharapkan dia dapat anak seramai2 yg boleh..smpi dia penat,dan takde mood dah nak seek attention..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list