Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
8598
View
84
Reply

[Tempatan] Kenyataan bersama TMJ dan ayahnya melalui twitter dan IG

[Copy link]

Author: ResellerMaxis    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-7-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ResellerMaxis at 26-7-2021 02:25 PM



  


Sultan Johor kecewa kadar vaksinasi perlahan

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menzahirkan kekecewaan terhadap kadar vaksinasi di negeri ini yang dilihat masih perlahan.
Baginda bertitah, setakat ini hanya 10 peratus daripada 3.78 juta populasi di negeri ini telah menerima suntikan vaksin menerusi Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

"Kadar pemberian vaksin masih rendah dan perlu dipertingkatkan dengan segera. Saya menyeru kerajaan pusat supaya mempertingkatkan jumlah bekalan vaksin kepada Johor.

Jentera kerajaan negeri bersedia untuk memberikan 50,000 suntikan sehari dengan sasaran memvaksinasikan 50 peratus populasi Johor dalam tempoh dua bulan," titah Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasmi baginda hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas menerima menghadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani, Penasihat Undang-Undang Johor Amir Nasruddin dan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu hari ini.

Sultan Ibrahim pada masa sama turut menzahirkan kebimbangan berdasarkan maklumat yang dipersembahkan mendapati jangkitan di tempat kerja, kawasan perindustrian serta pembinaan menjadi penyumbang utama kepada bilangan kes setiap hari.
Baginda bertitah keadaan menjadi lebih parah apabila 69 peratus kes baharu adalah jangkitan sporadik dalam masyarakat yang tidak dapat dipastikan puncanya.

"Langkah penyelesaian yang terbaik hanyalah dengan pemberian vaksin kepada semua rakyat dengan cepat dan menyeluruh. Ini telah terbukti berjaya di banyak negara yang telah melaksanakannya," titah baginda.

Sementara itu, menerusi info grafik yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor menunjukkan setakat 20 Jun, jumlah kumulatif dos vaksin yang telah diberikan kepada rakyat di negeri ini membabitkan 370,186 dos pertama dan 160,007 dos kedua.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 02:52 PM | Show all posts
ahh sembang je lah. dari awal tahun kata nak beli vaksin sendiri, nak collab dengan singapore nak beli pzifer & moderna sampai ke sudah takda, hujung2 minta dengan federal juga
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-7-2021 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 26-7-2021 02:52 PM
ahh sembang je lah. dari awal tahun kata nak beli vaksin sendiri, nak collab dengan singapore nak be ...

Masa tu belum sign contract gold.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:00 PM | Show all posts
masa tu memang dia nak beli sendiri bila calculate cost itu ini last tak jadi....dia org handover balik kat federal
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makneng at 26-7-2021 03:08 PM

Tak payah nak kecewa no.. Smlm pegi PPV kat KKTM ledang ramai gila manusia.. Yang muda.. Yg tua.. Yg dtg berpimpin, yg naik kerusi roda. Kira Johor cepat la jugak. Melaka.. Mcm nak mampos tunggu..tau tak?? Family mak kat Johor@Jamaica dah 80% vaccinated.. Yg lagi 20% tu peknen tp dah daftar mysejahtera.. Ada yg dah complete dua dos. Melaka ni.. Jiran2 mak lom vaccine lagi. PPV belakang taman je pun.. Haduihai
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 26-7-2021 02:52 PM
ahh sembang je lah. dari awal tahun kata nak beli vaksin sendiri, nak collab dengan singapore nak be ...

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 26-7-2021 02:55 PM
Masa tu belum sign contract gold.

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 26-7-2021 03:04 PM
Tak payah nak kecewa no.. Smlm pegi PPV kat KKTM ledang ramai gila manusia.. Yang muda.. Yg tua.. Yg ...

Makneng duduk Melaka ke, Johor?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:10 PM | Show all posts
kalau orang johor cakap acah mak enon
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 26-7-2021 03:08 PM
Makneng duduk Melaka ke, Johor?

Dedua.. Boleh mcm tu? Keje kat johor, kampung pun johor.. Rumah sendiri je kat melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 26-7-2021 03:11 PM
Dedua.. Boleh mcm tu? Keje kat johor, kampung pun johor.. Rumah sendiri je kat melaka.

Jadinya suntik vaksin kat mana ye kalau macam tu?
Makneng sekarang ulang alik kerja Johor - Melaka ke, or wfh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 26-7-2021 03:11 PM
Dedua.. Boleh mcm tu? Keje kat johor, kampung pun johor.. Rumah sendiri je kat melaka.

Makneng bkn org perlis ke?...
Atau akk confused..acikgomen yg org perlis..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by amyza82 at 26-7-2021 03:34 PM
makneng replied at 26-7-2021 03:04 PM
Tak payah nak kecewa no.. Smlm pegi PPV kat KKTM ledang ramai gila manusia.. Yang muda.. Yg tua.. Yg ...


Melaka mmg hanat. Lambat macam siput.
N tak tau mcm mana dia bahagi ppv, tanjung minyak kena pegi peringgit, semabuk kena pegi sg udang.

ps - kena selalu update my sejahtera, baru dpt date. Aku reg bln 2 tak panggil, last 2 days aku update, terus dpt date.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-7-2021 03:24 PM
Makneng bkn org perlis ke?...
Atau akk confused..acikgomen yg org perlis..

Awat jauh benar kaka jazaa oii.. Acikgomen x sure perglih ka kedah.. Yg pasti utagha..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mclaren replied at 26-7-2021 03:15 PM
Jadinya suntik vaksin kat mana ye kalau macam tu?
Makneng sekarang ulang alik kerja Johor - Mela ...

Skrg wfh..zaman x da kobid ulang alik.. Tak jauhlah.. 20mins je. Suntik vaksin boleh je rentas negeri..Tunjuk mysejahtera kat polis jaga roadblock tu.. Member melaka lg best.. Daftar ikut alamat KL sbb kampung kat KL, diorg dah dpt dulu berbanding mak. Melaka lambat sgt. Mak mula daftar Melaka.. Lepas tu tukar alamat Johor. Ikut alamat mana you daftar dekat mysejahtera tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makneng at 26-7-2021 08:36 PM
amyza82 replied at 26-7-2021 03:32 PM
Melaka mmg hanat. Lambat macam siput.
N tak tau mcm mana dia bahagi ppv, tanjung minyak kena pe ...


Kannn uolls.. Rokyat x lah juta2. Kes sama naik dgn Johor@Jamaica.. Latest mak dengau, aeon bandaraya tutup ada kes. Then FS ada 40org +ve.. Tapi vaksin nak bagi pun bertunggu.. Hawau nau2.
Mujurlah uolls dah dapat. Syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 26-7-2021 03:33 PM
Awat jauh benar kaka jazaa oii.. Acikgomen x sure perglih ka kedah.. Yg pasti utagha..

Acikgomen tu org peghelih. Habeh ke kg tok aku pun dia sebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-7-2021 03:24 PM
Makneng bkn org perlis ke?...
Atau akk confused..acikgomen yg org perlis..

U tertukar dengan rita rudaini kottttt..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza82 replied at 26-7-2021 03:32 PM
Melaka mmg hanat. Lambat macam siput.
N tak tau mcm mana dia bahagi ppv, tanjung minyak kena pe ...

Adik aku dr tangga batu kena pegi batu berendam. Hahaha. Nasib baik parents dapat dekat2 rumah je
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 26-7-2021 03:04 PM
Tak payah nak kecewa no.. Smlm pegi PPV kat KKTM ledang ramai gila manusia.. Yang muda.. Yg tua.. Yg ...

Melaka diketuai oleh Leman Lembab. Segala2nya lembab. Yg dia tau buat billboard gambau dia besau2 pacak tepi jalan. Membazir duit kerajaan negeri je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list