Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1234Next
Return to list New
8374
View
74
Reply

Dah 3 Bulan Tak Jumpa Anak, Fiza Halim Sabar Tunggu Hak Penjagaan

[Copy link]

Author: CARI-MRO       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-7-2021 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Reda dan pasrah. Itu yang dilakukan oleh pelakon Fiza Halim selepas dihujani dengan pelbagai hinaan dan kecaman berhubung kontroversi dakwaan ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang baru-baru ini.


Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim, 40, dia enggan melayan segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya kerana menganggap semua itu sebagai ujian kecil dalam hidup.




Foto: IG




“Semua yang berlaku sudah pun tertulis.Ada yang menghina, mengeji dan mencaci tetapi saya hanya mendiamkan diri.


“Biarlah, bagi saya ini ujian. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah tertulis pada lukisan hidup ini. Apapun, hidup perlu diteruskan,” tulisnya dalam satu entri Instagram.


Namun, perkara yang lebih duka ialah apabila dia tidak berpeluang untuk bertemu dengan anaknya bongsunya, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP).


Luahnya, dia sama juga seperti manusia lain yang tidak suka dengan perpisahan terutama bersama zuriat sendiri.




  



“Hampir tiga bulan kami tidak berjumpa disebabkan PKP. Saya hanya hamba yang lemah, tiada seorang wanita mahupun seorang ibu inginkan perpisahan.


“Tidak mungkin seorang ibu sanggup berjauhan daripada anaknya. Sedih saya siapa yang tahu. Hari ini, Allah SWT makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini.


“Terima kasih Tuhan atas kegembiraan dan nikmat yang Kau hadirkan ini. Kesabaran yang cukup bermakna, jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah,” katanya lagi.




  



Meninjau ke ruangan komen, Fiza memberitahu hak penjagaan Baby Aleena masih belum diputuskan oleh pihak mahkamah disebabkan masih dalam tempoh PKP.


“Mahkamah belum putuskan lagi disebabkan PKP,” jawab Fiza kepada seorang pengikut Instagramnya.


Dalam hantaran sama, Fiza turut memuat naik beberapa keping foto bersama Baby Aleena.


Terdahulu, Kosmo! pada 11 Julai lalu melaporkan nama Fiza menjadi bualan dalam Twitter selepas seorang individu yang merupakan bekas adik iparnya mendakwa dia seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang.




  



Individu yang menggunakan nama Afrina Farzana itu mendakwa, Fiza menjadi orang ketiga yang memusnahkan rumah tangga abangnya dengan bekas isteri.


Untuk rekod, Fiza pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun disahkan bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.




  



Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.


Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan kedua juga tak dapat diselamatkan.




  





  



Manakala, perkahwinan ketiga yang dibina pada Disember 2016 bersama juruterbang, Aizat Al Jefri juga tidak berpanjangan apabila Fiza sendiri mengaku sudah bercerai pada Julai tahun lalu.


Hasil perkahwinan bersama Aizat, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Baby Aleena. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel betul anak dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada report weii

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1261453&mobile=2

Cuba laju sikit drp forumer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh lawa la tudung gambar first atas tu
Nak.beli manaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Comey betol anak2 sheolsss. Macam omputih muka..yg besday last tu dengan family ex husband ke..kayaa.
Gambar takda filter terserlah kedutan dan ketuaan fizaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak tua dah.berkedut tepi mata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bole eh lama x jmpa ank
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:04 AM | Show all posts
cantiknya anak dia.. dia pon cantik
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ko usaha, boleh je jumpe pkp ni.. Bkn nye kene rentas negeri... Ko je yg sibuk gelenyar cari vvip..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
anak fiza ni berapa org? comel
& cantik gileee anak dieee
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:15 AM | Show all posts
yer la tu sayang anak
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok kejadiannya... orang cantik jodoh pun senang dapat. Untungla uolls
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ophillea replied at 27-7-2021 11:16 AM
Elok kejadiannya... orang cantik jodoh pun senang dapat. Untungla uolls

Kan.. Untung jd org cantik. Mana2 pergi org syg.. Senang je dpt jodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh ke kakisondol ni jaga anak? Ke atas sbb sakit ati dgn pendedahan ipar yg nak sgt rebut jagaan tuh. Kalo ko masih nak berhuhu haha horey2 xpayahlah lenat2 tuntut hak jagaan. Kesian budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Comey anak dia...fiza nie pun lawa je tpi ntah ler...susah nk bersangka baik dgn dia nie
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel2 ank dia.. Mmg hak penjagaan  dpt kat laki  dia ka
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:28 AM | Show all posts
Cantik comey anak2 sheols ni…
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
MoneyMatters replied at 27-7-2021 11:18 AM
Kan.. Untung jd org cantik. Mana2 pergi org syg.. Senang je dpt jodoh..

I dah otw nak jd andartu dah nie. Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik pula muka fiza ni. Natural gitu anak pun comel..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list