Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
11041
View
116
Reply

[Dunia] Hikmah berlatih di rumah kampung di Melaka, atlet Filipina raih emas Olimpik Tokyo

[Copy link]

Author: truememe    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-7-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEMALAM, atlet Filipina telah melakar sejarah khususnya buat negara dan dirinya selepas berjaya merangkul pingat emas di Olimpik Tokyo 2020.

Hidilyn Diaz, 30, berjaya mencipta sejarah apabila berjaya mengetepikan juara dunia, Liao Qiuyun dari China dalam acara angkat berat kategori 55 kilogram (kg) wanita dengan angkatan seberat 224kg.

Bagaimanapun, terdapat satu fakta yang menarik mengenai atlet berkenaan.

Menerusi satu laporan yang disiarkan oleh Business Mirror, Diaz dan pasukannya yang dikenali sebagai Team HD pernah terkandas di Malaysia atau lebih tepat di Jasin, Melaka ekoran pandemik Covid-19 yang berlaku di negara ini dan di seluruh dunia.

Sebelum ke Melaka, mereka berada di Kuala Lumpur dan menginap di sebuah blok pangsapuri di ibu kota Kuala Lumpur selama berbulan-bulan.

Diaz yang juga pemenang pingat perak edisi Sukan Olimpik di Brazil sebelum ini dikatakan membuat keputusan untuk datang berlatih di Malaysia pada Februari 2020.

Tindakan itu dilakukan kerana jurulatihnya dari China, Gao Kaiwen, berpendapat itu lebih baik untuk dirinya jika mahu memberi tumpuan untuk layak ke Tokyo, lapor AFP.

Namun, keadaan telah mengubah sedikit perancangannya kerana selepas beberapa minggu, sekatan pergerakan akibat Covid-19 dikuat kuasakan di negera ini.

Situasi tersebut telah memberi impak yang cukup besar kepada anak seorang pengayuh beca itu.

Masakan tidak, pada ketika itu, gimnasium telah ditutup, tidak ada akses kepada peralatan angkat berat dan lagi membimbangkan atlet itu, ketidakpastian sama ada sukan itu akan diadakan atau sebaliknya.

Bagi memudahkan urusan latihan diteruskan, Diaz dan pasukannya telah berpindah ke kawasan perkampungan di Jasin pada Oktober 2020.

Rumah berkenaan dipercayai dimiliki oleh seorang pegawai persatuan angkat berat Malaysia.

Menggunakan kesempatan yang ada, Diaz menjadikan gimnasium yang terletak berdekatan rumah yang ditumpanginya itu sebagai tempat beliau berlatih dan bersenam.

Beliau membuat latihan di tempat letak kereta di rumah tersebut dan perlu membiasakan diri dengan tempat terbuka dan panas.

Sebagai pemanas sebelum ke Sukan Olimpik di Tokyo, Diaz yang bertugas sebagai anggota Tentera Udara Filipina bertanding di Kejohanan Angkat Berat Asia di Tashkent, Uzbekistan pada April lalu.

Beliau hanya meraih tempat ke-4 sahaja.

Namun, berkat kecekalan dan semangat juang yang tinggi, beliau mencipta kejayaan luar biasa di Tokyo.

Saya tidak tahu jika saya adalah hero kebangsaan. Saya berterima kasih kepada Tuhan yang memberi kesempatan kepada saya untuk memberikan inspirasi kepada generasi muda dan semua rakyat Filipina untuk terus berjuang ketika pandemik, katanya.

Wah, pasti Diaz akan disambut sebagai wira apabila pulang ke Filipina kan!

---------------------------------------
Hasil penangan asam pedas melaka agaknya!

ONLINE-4.jpg
1-1-1.jpg
3-5.jpg
IMG_20210727_121932.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Emas olimpik pertama bagi Filipina..tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:26 PM | Show all posts
tak sia sia orang melaka bagi tumpang rumah
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu tempat latihan fancy2 pun boleh raih emas
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
itu jelah org kits boleh bangga.. asam. pedas
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 27-7-2021 12:27 PM
itu jelah org kits boleh bangga.. asam. pedas

Huhu. Betol tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:28 PM | Show all posts
tumpang gembira dengan beliau

seronok ummah pinay
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:30 PM | Show all posts
hazabedah boleh training angkat tong gas kat rumah sebab gym tak bukak........
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-7-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid19 replied at 27-7-2021 12:26 PM
Emas olimpik pertama bagi Filipina..tahniah

Hebat kan.mintak2 the pocket rocketman pun dapat emas kali ni
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-7-2021 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid19 replied at 27-7-2021 12:26 PM
Tak perlu tempat latihan fancy2 pun boleh raih emas

Kannn..berlatih kat garaj pun boleh dapat emas!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu fasiliti canggih ye boleh dpt emas..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh philipin bru 1st dpt emas eh

Malaysia x lama lg la kut
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
rumah kt melaka tu boleh la letak banner rumah ini pnh melahirkan jaguh emas olimpik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
congratssss!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
truememe replied at 27-7-2021 12:30 PM
Hebat kan.mintak2 the pocket rocketman pun dapat emas kali ni

Hopefully
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysia bila lagi?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 27-7-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 27-7-2021 12:42 PM
rumah kt melaka tu boleh la letak banner rumah ini pnh melahirkan jaguh emas olimpik.

Ada baca komen tuan rumah kat fb,dia cakap nanti ada dokumentari pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuyoo mesti org tak sangka beliau belatih utk olimpik
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:18 PM | Show all posts
KIM.K replied at 27-7-2021 01:14 PM
Fuyoo mesti org tak sangka beliau belatih utk olimpik

berlatih satu hal,,..menang emas dan pegang rekod tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list