Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
45594
View
345
Reply

[Tempatan] Lelaki warga Nigeria dihukum gantung kerana membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-8-2021 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 4-8-2021 04:29 AM

Pembunuh Ketua Jururawat dihukum gantung

https://www.kosmo.com.my/2021/08 ... at-dihukum-gantung/

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
4 Ogos 2021, 11:48 am



SHAH ALAM C Adik kepada Ketua Jururawat Hospital Serdang yang mati dibunuh seorang lelaki warga Nigeria menzahirkan rasa syukur apabila keadilan akhirnya berpihak kepada mereka.

Khairani Mohd. Kamarudin, 38, berkata, keputusan Mahkamah Tinggi di sini jelas melegakan pihaknya selepas mendoakan kebenaran terbukti berhubung pembunuhan kakaknya itu.

Selama ini pun kita mendoakan keadilan didedahkan, hopefully ( diharapkan ) inilah keadilannya.

Harap tiada apa lagi berkait lepas ini (berhubung pembunuhan tersebut), katanya ketika ditemui di luar makhkamah hari ini.


Siti Kharina

Terdahulu, Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas didapati bersalah membunuh Siti Kharina, 40, dua tahun lalu.

Ab. Karim memutuskan demikan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan hari ini.

Mahkamah sukar menerima keterangan tertuduh sebelum ini yang berbeza dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bahawa telah meninggalkan kediaman si mati pada 9 Mei tahun 2019 sebaliknya berada di lokasi kejadian.

Itu rekaan tertuduh sahaja. Malah,pihak pendakwaan juga membuktikan tertuduh satu-satunya yang mempunyai akses ke dalam rumah si mati berdasarkan kad akses digunakan tertuduh.

Kesan darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati juga ada pada baju tertuduh, katanya dalam penghakimannya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman tersebut sehingga selesai keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas dipohon peguam Shafinah Taib yang mewakili tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Alowonle didakwa membunuh Siti Kharina, di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya di sini antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, 15 Mei tahun lalu.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Kosmo! pada 17 Mei pada 2019 melaporkan misteri kehilangan seorang Ketua Jururawat Hospital Serdang akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui di sebuah kondominium sewa di Cyberjaya dekat sini pada 15 Mei tahun lalu.

Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar hasil maklumat orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari salah satu pintu kediaman terbabit kira-kira pukul 2.30 petang. C K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:29 PM | Show all posts
so apa hubungan depa dua sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:29 PM | Show all posts
alhamdulillah..keadilan telah pun ditegakan dan berpihak kepada mangsa..sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.moga-moga keluarga kita dijauhi dari benda begini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:35 PM | Show all posts
Terhukum juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tahu kenapa dia dibunuh..apa hubungan dua org ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:36 PM | Show all posts
Alhamdulillah..moga jadi pengajaran utk semua
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:42 PM | Show all posts
Innrukia replied at 4-8-2021 12:29 PM
so apa hubungan depa dua sebenarnya?

hubungan pisang lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:43 PM | Show all posts
motif pembunuhan??
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap je tau2 mendapat cash, ingatkan kes tak berjalan wartawan pun senyap je

Banyak lagi kes diam2 je tak tau apa cerita ni. Aku nak listkan pun mau cramp tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:45 PM | Show all posts
Edited by TOPwind at 4-8-2021 12:46 PM
darkness replied at 4-8-2021 12:35 PM
Aku nak tahu kenapa dia dibunuh..apa hubungan dua org ni

puncanya mat arang tetiba bawa minah arangnya dok kat kondo tu tampa minta izin= kira mat arang tu ada dua apam satu apam zero income satu apam ada income.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:45 PM | Show all posts
Ohh kes ni
TT mohon link kan kes lama..nak baca balik
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju jgk kes ni..senyap2 jalan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:47 PM | Show all posts
Finally. Kes nilah yg buat aku join forum dengan teori2 aku.
Sape boleh tumpah teh..camne murder berlaku. nak tau jugak
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:52 PM | Show all posts
Finally, jatuh hukum juga...
Habis keluar segala aib arwah...
Moga kita jadikan iktibar...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni kalo dilihat secara detail akan bnyk kemaluan yg akan terdedah.

Ada baiknya scrapkan je la thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ok dh settle tp nak tahu detail perkenalan dorg..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah motip?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 4-8-2021 12:55 PM
ok dh settle tp nak tahu detail perkenalan dorg..

Nak tau gak ..  apakah bagaimanakah mengapakah adakah siapakah haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon kaka sofia zara masuk.balik dgn info2 dari hospital.shaden
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbenang2 psl kes ni. Forumer dok bertekak berpage2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list