Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
7411
View
34
Reply

[Politik] Pembangkang ragu sokongan terhadap Muhyiddin

[Copy link]

Author: xpdckelate       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-8-2021 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menegaskan mereka tetap menolak kepemimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka menyatakan mustahil Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen kerajaan, semalam.

"Ahli-Ahli Parlimen PH bersama Ahli-Ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan bahawa kami tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri.

"Adalah mustahil Tan Sri Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen Kerajaan, semalam," kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Turut sama, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, dua Ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu (PSB) iaitu Baru Bian dan Datuk Masir Kujat serta Dr Maszlee Malik (Bebas).

Terdahulu, Muhyiddin menerusi Perutusan Khas berkata, keabsahan beliau sebagai sebagai Perdana Menteri akan ditentukan di Parlimen yang akan bersidang pada September depan.

Menurutnya, satu usul undi percaya kepada beliau akan dibentangkan di Dewan Rakyat, ketika itu.

Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

sumber : HMetro
Single Polls, Total 34 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-8-2021 06:31 PM | Show all posts
adakah anda pun ragu??
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
klu betul ada majoriti kenapa tunggu bulan September? tak takut ke majoriti tu berubah fikiran.. lama tu sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:46 PM | Show all posts
aku lagi ragu pada warisan,muda dan atok saka.walau warisan dah keluar statement menafikan sokongan pada PN tapi itu tak membuktikan apa2..sbb general sgt statement tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat yg pening n terus susah

Zahid umum.. esoknya dinafikan.
Zahid umum lagi dinafikan lagi

Hapo..  rakyat dh angkat bendera putih lama dah.. skrg ni jiran yg bantu jiran wehh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 06:49 PM | Show all posts
ni la kan nyah2 PH marah sgt darurat....kunun concern pasal covid kunun....sah sah gila kuasa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-8-2021 06:56 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 4-8-2021 06:41 PM
klu betul ada majoriti kenapa tunggu bulan September? tak takut ke majoriti tu berubah fikiran.. l ...

rasanya sebelum buka parlimen dia dh bubar,buat pru
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:16 PM | Show all posts
Siapa support bakal dapat kerusi menteri dan timbalan menteri umno
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya awloh. Ada lagi yang percaya si cirit tu puppet atok? Dah 'cerai' talak tiga kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 4-8-2021 06:31 PM
adakah anda pun ragu??

Iols mmg ragu. Perkataan absahan pun  iols ragu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:29 PM | Show all posts
harisbee replied at 4-8-2021 06:49 PM
ni la kan nyah2 PH marah sgt darurat....kunun concern pasal covid kunun....sah sah gila kuasa

hoiiiii nyahh ko gila apa ratib PH2 neh..umngok vs bersatu skrg neh.PH tu watak tambahan je.the saga continues





Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:35 PM | Show all posts
Yang pasti nya UMNO kena all out untuk bukti kan PN dah tumbang. Pembangkang nothing to lose sebenarnya. Ada peluang sambar, takder peluang dok dendiam jer hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 4-8-2021 06:49 PM
ni la kan nyah2 PH marah sgt darurat....kunun concern pasal covid kunun....sah sah gila kuasa


Yg gila kuasa ni org yg x layak tp masih nk berpaut pada kuasa.

Siapa yg x layak? Org yg didapati tiada sokongan majoriti di Dewan Rakyat lah indikator ketidaklayakannya.

Bagaimana nk buktikan layak ke x? Dgn buat undi di Dewan Rakyat....as simple as that.....

Kalau terbukti xder sokongan tp masih gak nk buy time utk sogok dptkan sokongan itulah definisi sebenar gila kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Reymz replied at 4-8-2021 07:35 PM
Yang pasti nya UMNO kena all out untuk bukti kan PN dah tumbang. Pembangkang nothing to lose sebenar ...

Itulah, now hargadiri dan maruah UMNO at stake......mmg UMNO yg nk kena all out utk buktikan sokongan PN dah tiada majoriti....gagal usaha UMNO ni mmg gone case lah Najib n Zahid

PH tumpang jer tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi kuburan sana ahli2 politician hantu kose. Bukannya nak bersatu padu seia sekata, malah melancarkan perang sarap lagi. Yang tersepit lalu terkangkang adalah rokyat. Inilah jadi bila veteren sibuk berpolitik. Otak kematu haus kose di kala covid sedang memuncak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb ade masa lagi sebulan lebih untuk tawar menawar kalau berani buat skrg je undi xpercaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 4-8-2021 07:48 PM
Yg gila kuasa ni org yg x layak tp masih nk berpaut pada kuasa.

Siapa yg x layak? Org yg dida ...

Tiap kali beesidang nak kena undi percaya x percaya ka..adoi..ok la pru15 pls
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 5-8-2021 12:49 PM
Tiap kali beesidang nak kena undi percaya x percaya ka..adoi..ok la pru15 pls

Berapa kali dh buat undi sejak boleh bersidang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 01:31 PM | Show all posts
kalo tak abah

najib, kalo tak najib

atok 96, kalo tak atok 96

nuo, kalo tak nuo

takkan 30 ringgek ke kan...


haaa rebutlah parti memasing, padahal sesapa naik pun same old same old je

mentara tu ramai rakyat skang dah kering duit tabung, smua nak kena lelong, kena halau tinggal sehelai sepinggang, yg bunuh diri pun ramai, terkoban cobid pun ramai..

korang  set politaiks tak kira la parti mana boleh  pulakmeeting sampai kul 2-3pagi,  sebab nak jaga poket and jawatan masing2, bukan meeting pasal kebajikan rakyat pun...

apa solution korang nak reduce cobid numbers ni selain dr bg vaccine?
apa solution korang nak tolong syarikat2 tak gulung tikar, tak buang perkerja, atau yg self employed?
apa solution korang utk pekerja2 yg dah kena buang, eg dr M40 terus takde income..?

mintak tiga ni je dulu..  cer citer cer citer

ni buat pc, masuk tv, masuk media setakat nak cakap i hv the numbers jew ke? dapat sokongan majoriti, sokongan rakyat takde pulak nak tanya time2 gini kan...  pooodahh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 4-8-2021 06:41 PM
klu betul ada majoriti kenapa tunggu bulan September? tak takut ke majoriti tu berubah fikiran.. l ...

Tue la kan.. Kata ada majoriti bukak la skrg.. Kilabg pun bleh bukak.. Tak kan parlimen tak bleh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list