Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1234Next
Return to list New
4010
View
62
Reply

[Tempatan] Pasangan kekasih ditahan kerna buat biskut n kek Ganja.Rm100 sebalang.dah jual 5 bulan

[Copy link]

Author: YgBenar    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-9-2021 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 10-9-2021 07:15 AM

Pasangan kekasih masing-masing berusia 34 dan 28 tahun ditahan kerana terlibat dengan sindiket memproses dan mengedar biskut dan kek yang mengandungi dadah jenis ganja.

Kedua-dua mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Storm yang dilakukan kira-kira 3.50 petang kelmarin.


Serbuan pertama dijalankan ke atas sebuah kereta jenis Honda City yang berada di hadapan lobi sebuah residen di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Menerusi serbuan tersebut, polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas dua buah kotak dan satu beg kertas yang mengandungi 25 balang biskut berasaskan ganja (7.5 kg) dan 53 kek berasaskan ganja (5.3 kg).

Siasatan kepada suspek pertama telah membawa kepada serbuan kedua di sebuah residensi di kawasan PJ Midtown, Jalan Kemajuan, Petaling Jaya dan berjaya menahan seorang wanita.

Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah 131 balang biskut berasaskan ganja (35kg), 41 kek berasaskan ganja (4.3kg), lapan ketulan mampat ganja, empat periuk berisi cecair ganja, dua ketuhar elektrik dan sebuah mesin pengadun.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, hasil siasatan mendapati pasangan kekasih itu menjadikan rumah mereka sebagai tempat memproses kek dan biskut berasaskan ganja.

Premis tersebut disewa selama lapan bulan oleh suspek lelaki dengan bayaran sewa RM3,000 sebulan.

Modus operandi sindiket ini adalah dengan mendapatkan bekalan dadah jenis ganja dan seterusnya memproses sendiri dadah tersebut untuk dijadikan kek dan biskut sebelum dipasarkan dengan harga RM100 bagi sebalang biskut serta RM50 bagi sebiji kek seberat 100 gram.

Pelanggan sindiket ini terdiri daripada kenalan rapat suspek lelaki di dalam media sosial iaitu Instagram, katanya.

Selain tangkapan, pihaknya turut menyita wang tunai berjumlah RM11,790 dan sebuah kenderaan jenis BMW X3. Nilai keseluruhan sitaan termasuk dadah berjumlah RM491,089.

Jelasnya, menerusi tangkapan ini, pihaknya telah menumpaskan kegiatan memproses dan mengedar kek serta biskut berasaskan dadah jenis ganja yang dikesan aktif selama lima bulan di sekitar Lembah Klang.

Suspek lelaki ditahan reman selama enam hari sehingga 13 September manakala suspek wanita pula selama tujuh hari sehingga 14 September depan, katanya.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. -SM

IMG_20210910_065853.jpg
IMG_20210910_065943.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kreatif dan inovatif. nmpak rangup gak biskut tu. teringat ayah ckp, asal klu kedai mkn tu penuh, kita selalu repeat g mkn kt situ, kedai tu letak ganja agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 10-9-2021 07:18 AM
kreatif dan inovatif. nmpak rangup gak biskut tu. teringat ayah ckp, asal klu kedai mkn tu penuh, ki ...

Ataupun ketum. Pati ketum tu org jual kat kedai2.
Hampas bagi matpet
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengajaran tak register SSM
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia jual kat orang ramai ke kawan2 dadah dia je. Kretip lak korang ni

Aku bayangkan kalau jual kat merata-rata kek tu. Repeat order sebab dah jadi ketagih ganja
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak sedap pulak. jd teringin nak try 1. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:43 AM | Show all posts
ni dpt inspirasi dari siri Grey's Anatomy- The Weed Cookies ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Magadharunya kalau yg oblivious pegi order and consume
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dia jual kt org awam ke geng2 ganja jer? blh try sbb nampak krup krup
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual to public ke? Mamposss kalau bg anak mkn
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni dah lama kwn iols antara yg buat & supply hashies dkt club2 dulu ya
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lo_la replied at 10-9-2021 11:53 AM
Magadharunya kalau yg oblivious pegi order and consume

bkn open utk public gitu2 sis ni semua dah ada regular customer so dont wery
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 11:02 PM | Show all posts
kucingitam replied at 10-9-2021 11:43 AM
ni dpt inspirasi dari siri Grey's Anatomy- The Weed Cookies ke?

citer weeds lagi lama kot...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nmpk bentuk n size biskut pun tak sekata..biasa org yg mmg meniaga cookies cantik sekata je saiz n bentuk.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
apa beza biskut ni dgn kek poppy seed apa jadah nama tah yg ramai ummah jual kt insta dan fb?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Lemon Poppy Seed cake ni akak tgk cikki2 hijabistas tudung lilit pun selamba je mencekik kek tu
so kek tu dikira halal ke hapa? kan pakai biji popi tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-9-2021 12:41 AM
Lemon Poppy Seed cake ni akak tgk cikki2 hijabistas tudung lilit pun selamba je mencekik kek tu
so  ...

Iols pernah bake poppy seed ni.. tp buat kek la layer dgn lemon cream sedap.. poppy seed ni ade je jual kat kedai jual barg2 buat kek nuu.. tp ada yg xsuka rasa dia mcm rempah2 skit kalau telebih taruk
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sydasyda replied at 11-9-2021 12:55 AM
Iols pernah bake poppy seed ni.. tp buat kek la layer dgn lemon cream sedap.. poppy seed ni ade je ...

takde ke rasa mabuk2 khayal ke makan kek tu?
i x penah makan sbb i cuma reti makan kek2 basic je mcm butter cake (no icing or additional ingredients lain2)
see betapa minimalistnya aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-9-2021 12:58 AM
takde ke rasa mabuk2 khayal ke makan kek tu?
i x penah makan sbb i cuma reti makan kek2 basic je  ...

Xpon heheh sbb resepi letas 1 tsp je popy seed ni..  klu u buat butter kek just masuk kan 1 tsp popy seed ni.. dh jadi popy seed butter kek, mcm i kata dia xrasa sgt pon biji popy tu..klu nk rasa kuat tambah kn 1 tsp lg.. tp xjamin la rasa mcmana  mungkin keras sikit la
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sydasyda replied at 11-9-2021 12:55 AM
Iols pernah bake poppy seed ni.. tp buat kek la layer dgn lemon cream sedap.. poppy seed ni ade je ...

la i mkn jah lemon poppy seed cake..kwn bg..xjd pape pun huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list