Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1724
View
17
Reply

Aishah alami kerosakan paru-paru

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-9-2021 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-9-2021 01:57 AM

Aishah alami kerosakan paru-paru

https://www.utusan.com.my/gaya/2 ... erosakan-paru-paru/

Oleh MOHAMMAD AL FAIZAL ABDUL KARIM
15 September 2021, 9:50 am



PETALING JAYA: Penyanyi, Aishah mengalami kerosakan pada organ paru-parunya akibat jangkitan wabak Covid-19.

Berita mengejutkan itu dikongsikan penyanyi lagu Camar Yang Pulang tersebut menerusi Instagramnya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia bersyukur dengan paras oksigen, gula dalam darah dan tekanan darah yang dalam keadaan baik.

Lima hari selepas keluar hospital, Alhamdulillah, paras oksigen, gula dalam darah dan tekanan darah semua okay.

Saya diberitahu kerosakan pada paru-paru saya lebih kurang dalam 20 peratus.

Walaupun anda nampak saya macam hyper (bertenaga) dan ada yang risau mungkin saya terlalu hyper. Sebenarnya saya paksa diri saya untuk buat macam itu, tulisnya.

Pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin ini dibenarkan keluar hospital selepas 12 hari bertarung dengan virus tersebut.

Dia dimasukkan ke Hospital Ampang hujung Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, Aishah berkata jangkitan Covid-19 bukan sahaja menyerang fizikal, malah mentalnya yang turut terjejas dek virus tersebut.

Justeru katanya proses pemulihan untuknya akan mengambil masa yang cukup lama.

Tak tahulah sama ada saya sahaja yang merasakan impak ini. Pemikiran saya ini, kalau tak kuat, lawan dan selalu berzikir.

Traumanya boleh buat kita termenung sahaja. Otak bercelaru dan trauma, kalau saya layankan boleh jadi zombie. Kadang-kadang, bila bercakap, pemikiran itu hilang. Sampaikan perkataan pun boleh lupa, macam jadi kurang cerdik pula.

Alhamdulillah, kesan itu saya lawan dengan sentiasa mengaji dan berzikir. Kalau ikut hati, sedap layan dinding sahaja, tulisnya lagi.

Sementara itu, juara Gegar Vaganza musim keempat ini juga mengakui cepat keletihan dan sering merasa dirinya seperti tidak stabil.

Dari segi fizikal, saya rasa cepat penat terutama bila naik turun tangga dan tidak boleh berdiri lama.

Badan rasa melayang, kena cepat-cepat baring.

Tetapi, saya sangat bersyukur masih berada di sini. Mohon doakan saya pulih sepenuhnya, tambahnya.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:45 AM | Show all posts
rest and jaga makan ya kak ecah....
artikel atas tu typo ke apa yg sedap layan dinding?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah. Kurangkan sikit merempan di sosmed yer. She kalu betul2 boleh jadi peguam berkaliber.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 10:52 AM | Show all posts
semoga cpt sembuh kak aishah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:04 AM | Show all posts
layan dinding = termenung ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:16 AM | Show all posts
dulu gemok sgt kan, sekarang dah susut muka pon cantik siket
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:40 AM | Show all posts
Ambil sebagai kifarah, iols tak setuju perbuatan sheol tempohari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:57 AM | Show all posts
KIM.K replied at 15-9-2021 11:40 AM
Ambil sebagai kifarah, iols tak setuju perbuatan sheol tempohari.

dia buat apa sis? tertinggal lak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 11:58 AM | Show all posts
mama_neko replied at 15-9-2021 11:57 AM
dia buat apa sis? tertinggal lak..

katanya dia tengok2 barang kemas tapi tak minat nak beli. Eh rasanya orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:06 PM | Show all posts
KIM.K replied at 15-9-2021 11:58 AM
katanya dia tengok2 barang kemas tapi tak minat nak beli. Eh rasanya orang lain

hahahaha.. adududu sis.. tertukar artis ka
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 15-9-2021 12:12 PM

Semoga kembali sembuh, adakah ianya akan menjejaskan nyanyian dia ya?
Contoh nak tarik nafas panjang2?

Abang siti sarah pun dah discaj lama juga kat hospital sebulan lebih.
Tu pun tukar hospital kan lepas dh makin ok dia tukar ke hospital pantai plak.
Sblm tu kat icu hosp serdang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:15 PM | Show all posts
Suchi replied at 15-9-2021 12:07 PM
Semoga kembali sembuh, adakah ianya akan menjejaskan nyanyian dia ya?
Contoh nak tarik nafas panjan ...

ooo da baik yaaa abg si sarah tu...
kalau pantai tu hospital swasta la kann...alhamdulillah la ada duit boleh bayar swasta kann..


kalau hospital serdang tu gomen ker semi gomen??

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh ye kak Ecah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 15-9-2021 12:15 PM
ooo da baik yaaa abg si sarah tu...
kalau pantai tu hospital swasta la kann...alhamdulillah la ad ...

Haah baru lagi kuar semalam ke kelmarin lupa dah.
Paru2 kanan dia rosak, belah kiri ade sikit kena.

Taktau la napa tukar maybe sbb dah negatif kot so boleh la tukar hospital.
Ada claim insurance bagai la kot kan.
Biasanya yg lama2 duk hospital ni dah negatif dah tapi yela kerosakkan yg virus tu dah buat pada organ2 tu belum sembuh.
Sebab tu kalau meninggal bila buat test kalau dah negatif family boleh uruskan mcm biasa.
Tapi biasa org tuduh ninggal sbb vaksin bila nampak family tu boleh uruskan.
Tak memasal jd fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 04:23 PM | Show all posts
slyfynx replied at 15-9-2021 12:08 PM
Walaupun Dah Pulih, Aishah Trauma Efek Covid

@Cari-Azza dah bukak thread ni



TQ tag kita wak

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 05:40 PM | Show all posts
sleepandream replied at 15-9-2021 10:45 AM
rest and jaga makan ya kak ecah....
artikel atas tu typo ke apa yg sedap layan dinding?

layan ayat pendinding kot?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dah vaksin ke belum?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list