Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12407
View
99
Reply

Raja Ilya Gementar Dengan Aaron Aziz

[Copy link]

Author: babyridz       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-9-2013 08:09 AM | Show all posts |Read mode


Pelakon Raja Ilya menjelaskan dia berasa gementar bergandingan dengan aktor kacak, Aaron Aziz. Ilya kini sedang menjalani penggambaran sebuah 'supertelemovie' yang bakal disiarkan di Astro berjudul 'Suamiku Mr. Perfect 10'. Dalam projek tersebut, selain Aaron, Ilya diberi peluang bergandingan dengan Lisa Surihani dan Jehan Miskin.

"Dalam projek terbaru arahan Feroz Kadir ini, saya pertama kali digandingkan dengan Aaron. Watak saya sebagai tunang Aaron. Pada masa yang sama, saya juga mempunyai hubungan skandal dengan Jehan. Sejujurnya, saya gementar berlakon dengan Aaron. Sebelum melakonkan babak-babak yang memerlukan saya memeluk Aaron atau sebagainya, saya minta izin darinya dahulu kerana saya sangat menghormatinya sebagai salah seorang pelakon yang terkemuka di Malaysia," cerita Ilya.

"Untuk projek kali ini, sekali lagi saya diberi peranan antagonis. Saya merupakan seorang model dan telah bertunang dengan Aaron. Dalam masa yang sama, saya juga menjalin skandal bersama lelaki lain. Pengarah cerita ini memberikan saya kebebasan untuk mencorak watak saya sendiri. Saya rasakan agak berat sedikit kerana saya kena benar-benar jadi 'jahat'. Saya kena menghisap rokok dan sebagainya untuk merealisasikan watak saya," tutur Ilya ketika ditemui di Rafflesia Oriental Rhapsody at The Weld, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ilya juga mendedahkan setelah dia dikenali dengan watak jahat dalam drama bersiri 'Dahlia', dia mendapat banyak tawaran untuk melakonkan jenis watak yang sama. Bersyukur dengan tawaran yang datang, Ilya menjelaskan sedikit sukar untuk dirinya menjayakan pelbagai watak antagonis untuk projek yang berbeza. Ini kerana cabaran yang harus digalas adalah apabila dia perlu mempelbagaikan lagi karakter lakonannya agar setiap watak jahat yang dibawa tidak tampil serupa dengan sebelumnya.

"Walaupun kini saya dihujani dengan tawaran watak jahat, saya rasakan ini sebagai satu perkara yang positif untuk perkembangan karier saya. Orang mula mengenali saya dan penggemar industri hiburan sedar dengan kehadiran saya. Apa yang saya harapkan ialah pengarah-pengarah lain memberi saya peluang untuk mencuba watak-watak yang lain pula," luah heroin filem 'Appalam' ini.

Ketika diusik soal cinta, Ilya menjelaskan yang dia kini selesa menghadapi kehidupan sebagai orang bujang."Saya masih sendiri. Sudah dua tahun saya kekal dengan status ini. Buat masa sekarang, saya selesa bersendiri. Belum lagi masanya untuk saya berdua. Saya mahu fokus dalam perjalanan karier seni saya sebagai pelakon dahulu," ujar pelakon ini penuh optimis.

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:11 AM | Show all posts
"Sebelum melakonkan babak-babak yang memerlukan saya memeluk Aaron atau sebagainya, saya minta izin darinya dahulu kerana saya sangat menghormatinya sebagai salah seorang pelakon yang terkemuka di Malaysia"

mengada2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:19 AM | Show all posts
maxim posted on 19-9-2013 08:11 AM
mengada2...

tu pun nk mintak izin ke?konon2 mintak izin kira halal kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:24 AM | Show all posts
mamapea posted on 19-9-2013 08:19 AM
tu pun nk mintak izin ke?konon2 mintak izin kira halal kot

kan? patutnya die mintak izin dgn tuhan lah!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:26 AM | Show all posts
siap mintak izin bagai..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:28 AM | Show all posts
x nak mintak izin dgn wife aron ke? kalau bab peluk2 aron mesti la suka...bkn LELAKI la kalau menolak
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:30 AM | Show all posts
kekdahnya konon2 minta izin dr isteri AA la kn....yer la seorg suami yg baik idaman ramai

suami yg ramai dpt peluk....

p/s: lg besar lg puas. x bleh blah iklan tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 08:46 AM | Show all posts
aaron kari meggi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:04 AM | Show all posts
confirm tak baca skrip la ni...kalau baca skrip dulu mesti tau kena peluk bagai... tak payah la nak  mintak2 izinnn...hhhmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:11 AM | Show all posts
dia ni mn la glemer pon...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:14 AM | Show all posts
nak glamer la nih kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:22 AM | Show all posts
sapa nie?.. tak kenal pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:24 AM | Show all posts
dia mintak izin kat DH jugak x???
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:28 AM | Show all posts
"saya minta izin darinya dahulu kerana saya sangat menghormatinya sebagai salah seorang pelakon yang terkemuka di Malaysia," cerita Ilya.


xpyh nk mntak izin sgt..haram tetap haram..
baik ko mntak izin kt bini haron 2 yg ko 2 nk b'madu dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:34 AM | Show all posts
dia ni india ke melayu??? confuse aku...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 09:49 AM | Show all posts
so ape isunya? nak mintak izin? takot berlakon jahat ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:03 AM | Show all posts
Ada aku kisah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 02:07 PM | Show all posts
komen2 korang ni mmg x menahan betullah...btw aku pun konpius bgsa ape dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 02:10 PM | Show all posts
aku pun sama menyampah dengan kata nak minta izin tu....hurm...nak juga...


jangan pula ko buat2 salah...pas tu cut..terpaksa amik scene peluk berkali2...


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 02:11 PM | Show all posts
haruslah posted on 19-9-2013 08:30 AM
kekdahnya konon2 minta izin dr isteri AA la kn....yer la seorg suami yg baik idaman ramai

suami y ...

pompan ni x takot kena tengking ke dgn AA?
jgn FLIRT2 ok AA somi mithali taw

ntn ada yg post gambo gesel2 serata forum sambil mencerca


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
2.708545s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list